August 30, 2017

Tonton Drama Pinggan Tak Retak Nasi Tak Dingin [ Full Episod]



SINOPSIS NASI TAK RETAK NASI TAK DINGIN

Sehari sebelum majlis perkahwinannya, Yuhanis dikejutkan dengan berita tunangnya, Sharul Nizam enggan menikahinya. Bimbang maruah keluarga tercemar, Yuhanis menebalkan muka merayu dan memaksa supaya Saiful Mizan merangkap abang kepada Sharul Nizam supaya mengahwininya.

Pada mulanya Mizan, menolak sekerasnya kerana tidak mahu menjadi pak turut. Mizan juga masih trauma dengan perceraianya dua tahun lalu.

Akhirnya Saiful Mizan bersetuju namun bersyarat. Dia tidak mahu diganggu dan menganggap ikatan perkahwinan hanya bersifat sementara.

Kata-kata Saiful Mizan memakan diri apabila lama-kelamaan dia mula terpaut hati dengan Yuhanis gara-gara sifat Yuhanis yang penyabar dan patuh kepadanya walaupun tidak dilayan selayaknya. Mereka mula mengecapi bahagia tetapi muncul pula bekas tunang Yuhanis dan muncul juga Suraya, bekas isteri Saiful Mizan yang mahu merebut cinta mereka kembali.

Rumah tangga yang dibina mula goyah. Kebahagiaan mereka mula dilanda badai. Ada rahsia yang belum terlerai. Ada cinta yang belum terucap. Ada perkara yang belum selesai. Mampukan Saiful Mizan mempertahankan Yuhanis sebagai isterinya?

Lakonan : Raysha Rizrose, Azrel Ismail, Idris Khan, Aprena Manrose, Zera Hariz, Zulkifli Ismail, Sheila Mambo, Zain Hamid, Daim Jailani, Haeriyanto Hassan, Jesse Lim

Kredit kepada Layan Drama & Selamat menonton :)

August 9, 2017

Langkawi Calendar Of Event 2017

Assalamualaikum

Aku tak akan kongsi sesuatu yang tak menarik untuk diheboh hebohkan kepada keluarga atau pun kawan-kawan. Tetapi hari ini aku nak sangat bagi tau korang sesuatu yang pasti akan menarik korang untuk lepak, makan dan shopping di Pulau Langkawi!

Wei, bulan Ogos nie banyak giler aktiviti makan, lepak dan shopping yang korang boleh buat di Pulau Langkawi!

Macam-macam aktiviti sepanjang bulan Ogos 2017 korang boleh chek-out melalui Langkawi Calendar Of Events 2017 ( Ogos - Oktober). Hadooi, ruginya tak jalan-jalan di Langkawi.



Asean Food Festival 2017 – ini festival yang sangat sangat aku harapkan selama ini ada di Langkawi. Himpunan makanan dari 10 Negara-negara Asia..pasti meriah dengan kepelbagaian makanan.






 Rujukan :Lembaga Pembangunan Langkawi

Artikal terkini dari Babab.net