June 25, 2016

Resepi Ayam Bakar Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum dan salam Ramadan

Hari ini aku nak kongsi resepi Ayam Bakar yang sangat mudah nak buat tapi sedap.



Tak nak cakap banyak jom lihat bahan yang diperlukan untuk membuat Ayam Bakar.

Bahan yang diperlukan:
1. Ayam (aku buat empat(4) ketol je)
2. Sosej
3. Minyak zaiton
4. Lada hitam( aku pakai yang dah hancur)
5. Garam
6. Herba campur(boleh dapat dipasaraya)
7. Lobak Merah
8. Kentang

Haar, mudah kan bahan yang diperlukan..tak perlu nak beria sangat bahan tu ye.

Nanti ayam tu korang perap dulu dengan minyak Zaitun, Lada Hitam, Herba dan Garam.

Kemudiannya baru gaul sekali dengan Kentang dan Lobak Merah. Kalau korang nak tambah sayuran lain pun boleh.

Okes, selamat mencuba.

June 18, 2016

Kad Raya Pertama Diterima Dari Blogger Kathy R'bain

Assalamualaikum

Kad raya pertama untuk tahun ini, Alhamdulliah terima kasih sis kathy, tiap -tiap tahun pos kad raya kat fizi. 

Ucapan untuk sis Kathy semoga bulan Ramadan ini memberi sinar baru, semangat baru dan keazaman yang kental dalam dunia penulisan blog.

Akhir kata, selamat menyambut Hari Raya Aidil Fitri Maaf Zahir buat sis Kathy dan keluarga tersayang.



June 11, 2016

Mengucapkan 'Bismillah' Ketika Makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)

image google

Huraian Hadith: 
 
  1. Islam menggalakkan umatnya makan bersama.
  2. Setiap makanan yang dimakan bersama akan diberkati, tambahan pula apabila membaca Bismillah.






sumber: Jabatan kemajuan Islam Malaysia
                

June 9, 2016

Pertandingan : Melukis Poster Talasemia 2016

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Peluang adik-adik atau anak anda memenangi wang tunai sehingga RM 1,000( Satu Ribu Ringgit Malaysia). Pertandingan Melukis Poster Talasemia 2016 adalah anjuran Bahagian Pembangunan Kesihatan Keluarga, Kementerian Kesihatan Malaysia. Pertandingan ini dibuka dari 3 Mei hingga 30 Jun 2016  sempat lagi nih!

kepada yang mahir menghasilkan video pula, anda juga boleh menyertai pertandingan Iklan Pendek Talasemia 2016 dan penyertaan ini terbuka kepada warganegara Malaysia berumur 18 hingga 30 tahun.


dapatkan borang dan syarat-syarat di www.infosihat.gov.my.

Berpuasa di Bulan Ramadhan

Assalamualaikum

Daripada Abu Hurairah RA lagi bahawa Rasulullah SAW bersabda : Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis.
(Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim)


 Huraian Hadith :
Ramadhan merupakan bulan yang paling banyak mempunyai kelebihannya bagi orang yang berpuasa, antaranya ialah : 
  1. Semua pintu syurga dibuka dan orang yang telah meninggal dunia dihentikan azab mereka buat sementara.
  2. Pintu-pintu neraka pula ditutup, oleh itu orang yang mati dibulan puasa terlepas daripada azab kubur.
  3. Pada bulan puasa juga dirantai serta dibelenggu syaitan dan iblis daripada mengganggu dan menggoda orang yang berpuasa.
Digalakan orang yang berpuasa berlumba-lumba membuat kebajukan dan kebaikan, kerana setiap kebaikan akan diberi ganjaran pahala yang perlipat ganda.




sumber : Jabatan Kemajuan Islam Malaysia(JAKIM)

Artikal terkini dari Babab.net