December 28, 2016

Lelaki ini kongsi kebaikan Brokoli & Asparagus Yang baik Untuk Kesihatan Dan Diet Anda

Assalamualaikum,

Lagi 3 hari nak masuk tahun 2017, kau orang buat persedian apa untuk tahun baru nanti? mesti ramai yang tengah siapkan persediaan atau pun perancangan untuk tahun baru kan. Kalau tanya blogger, for sure ada yang dh fikirkan untuk lebih aktif berbogging kan, natah-ntah dh siap draf posting huhu. tau dah!

Azam tahun baru pasti ramai yang mahu kurangkan berat badan, jogging, makan makanan yang sihat aje, saving money dan macam-macam perancangan. Merancang memang elok untuk mengelak dari kau orang main petik je buat kan haha.

pasti ramai dan termasuk aku sendiri meletakan sasaran untuk fit kan badan mahupun kurang berat badan untuk azam tahun baru ini. Aku nak kongsi dengan kau orang apa yang brother ini amalkan untuk mendapatkan berat badan yang di idamkan mana tau kau orang boleh dapat inspirasi untuk ber-diet.

Kebanyakkan kita beranggapan bahawa semua sayur adalah baik untuk kesihatan, memang betul kerana sayur merupakan sumber nutrien yang amat penting kepada badan. Namun, saya ingin berkongsi berkenaan dua jenis sayur yang amat baik untuk kesihatan serta mampu menurunkan berat badan jika di amalkan secara konsisten :-
Brokoli
Ramai yang pasti kenal akan sayur ni yang berwarna hijau serta mempunyai rambut "afro" tetapi mungkin tidak ramai yang mengamalkan kerana rasanya yang kurang enak. Secara umum, brokoli mengandungi Vitamin K, Vitamin C, Chromium dan Folate serta banyak lagi nutrien lain yang penting untuk tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa kandungan Isothiocyanates (ITCs) yang tercetus daripada Glucosinolates yang terdapat dalam brokoli ada kunci untuk menghindari Kanser. Untuk diet, brokoli mempunyai kadar Glisemik Indeks (GI) yang sangat rendah dan amat baik sebagai makanan untuk menurunkan berat badan. Selain itu, kandungan serat yang tinggi dalam brokoli juga amat baik untuk menurunkan paras glukos & kolesterol dalam darah.
Penyediaan - Saya gemar merebus atau mengukus brokoli dengan menambah sedikit garam sebagai perasa. Pastikan brokoli tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkan nutriennya hilang. Jika mampu, brokoli juga boleh dimakan mentah dengan menjadikannya salad. Caranya, potong brokoli, salad & lettuce, campurkan sedikit minyak zaitun (extra virgin) sedikit dan terus dimakan. Jika ingin rasa yang lebih enak, brokoli boleh dicampur minyak zaitun (pure), sedikit serbuk black pepper, garam, serbuk paprika dan rosemary. Selepas itu, bolehlah di grill bersama potongan dada ayam. Satu hidangan yang lengkap untuk diet anda!
Asparagus
Ramai yang kurang sinonim akan sayur bernama asparagus ni, mempunyai bentuk memanjang dan tajam dibahagian hadapan serta berwarna hijau. Asparagus merupakan antara sayur yang kerap dihidangkan di hotel kelas 5 bintang kerana cara penyediaannya yang agak mudah dan mempunyai tekstur rasa yang enak. Mengikut kajian, asparagus mempunyai Vitamin A, C, dan K serta mempunyai kandungan Chromium iaitu bahan mineral yang mampu meninggkatkan keupayaan Insulin mengangkut Glukos dari darah ke dalam sel badan. Asparagus juga mempunyai Glutathione iaitu bahan yang baik sebagai detox badan. Asparagus juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser tulang, payudara, kolon dan paru-paru. Mengikut Glisemik Indeks (GI), asparagus dikelaskan antara sayur yang mempunyai kadar GI 15 sahaja menjadikannya antara sayuran yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Penyediaan - Saya gemar membuat grill asparagus iaitu dengan menyapu sedikit minyak zaitun (pure) atau mentega sebelum digrill. Selain itu, asparagus juga boleh dikukus bersama ikan. Walaubagaimanapun, pastikan asparagus diletak kemudian dalam periuk kukus iaitu antara 3-5 minit sahaja bagi mengelakkan nutrien pentingnya hilang.
Disini adalah sedikit perkongsian diet yang baik diamalkan untuk menurunkan berat badan. Selain itu, pengambilan brokoli dan asparagus secara konsisten juga mampu mengelakkan risiko-risiko penyakit berbahaya lain. Sekiranya mempunyai kaedah-kaedah penyediaan lain, komen anda sangat dialu-alukan sebagai perkongsian kita bersama. Bak kata orang putih, "Sharing is caring". TQ


Sumber facebook : Mochtar Mustaffa Mok
 Follow Brother ini untuk tips dr beliau.
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net