June 11, 2016

Mengucapkan 'Bismillah' Ketika Makan

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Daripada Aishah RA katanya, “Rasulullah SAW menghadapi hidangan bersama enam orang sahabat Baginda, tiba-tiba datang seorang arab (badwi) lalu makan makanan tersebut dengan dua kali suapan sahaja. Lalu Baginda bersabda, “Sekiranya orang itu membaca Bismillah sebelum ia makan nescaya makanan itu mencukupi untuk semua (ada keberkatannya pada makanan tersebut).”
 
(Hadith Riwayat at-Tirmizi, katanya hadith hasan sahih)

image google

Huraian Hadith: 
 
  1. Islam menggalakkan umatnya makan bersama.
  2. Setiap makanan yang dimakan bersama akan diberkati, tambahan pula apabila membaca Bismillah.






sumber: Jabatan kemajuan Islam Malaysia
                
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net