December 29, 2016

Segmen, Kenapa Syarat Banyak Sangat?

Assalamualaikum,

Aku suka join segmen dalam blog nie, tak kisahlah Giveaway ke Bloglist ke,Teka bilangan barang atau apa saja segmen yang dianjurkan Blogger. Memang best join segmen, tambah bila blog kau orang masih baru. segmen seperti ini lah tempat kau orang tambah follower, kenal blogger, join group blogger dan apa lagi? banyak kot manfaat yang boleh kita dapat bila sertai segmen dalam blog.

tapi sayang lah, syarat sertai apa jenis segmen yang ada dalam blog kadang tu tak terlarat nak ikot, Follow blog INI, INI, INI, INI, INI ,INI like facebook page INI, INI, INI, INI, INI, INI, INI ,INI tak cukup lagi follow Instagram INI, INI, INI..fuhhhh letih bhai.

kekadang tu syarat macam ini yang buat pengunjung/ blogger lain jadi tak jadi sertai segmen kau orang bikin dik. Apa pun abang ucapkan selamat bersegmen.

google image

December 28, 2016

Lelaki ini kongsi kebaikan Brokoli & Asparagus Yang baik Untuk Kesihatan Dan Diet Anda

Assalamualaikum,

Lagi 3 hari nak masuk tahun 2017, kau orang buat persedian apa untuk tahun baru nanti? mesti ramai yang tengah siapkan persediaan atau pun perancangan untuk tahun baru kan. Kalau tanya blogger, for sure ada yang dh fikirkan untuk lebih aktif berbogging kan, natah-ntah dh siap draf posting huhu. tau dah!

Azam tahun baru pasti ramai yang mahu kurangkan berat badan, jogging, makan makanan yang sihat aje, saving money dan macam-macam perancangan. Merancang memang elok untuk mengelak dari kau orang main petik je buat kan haha.

pasti ramai dan termasuk aku sendiri meletakan sasaran untuk fit kan badan mahupun kurang berat badan untuk azam tahun baru ini. Aku nak kongsi dengan kau orang apa yang brother ini amalkan untuk mendapatkan berat badan yang di idamkan mana tau kau orang boleh dapat inspirasi untuk ber-diet.

Kebanyakkan kita beranggapan bahawa semua sayur adalah baik untuk kesihatan, memang betul kerana sayur merupakan sumber nutrien yang amat penting kepada badan. Namun, saya ingin berkongsi berkenaan dua jenis sayur yang amat baik untuk kesihatan serta mampu menurunkan berat badan jika di amalkan secara konsisten :-
Brokoli
Ramai yang pasti kenal akan sayur ni yang berwarna hijau serta mempunyai rambut "afro" tetapi mungkin tidak ramai yang mengamalkan kerana rasanya yang kurang enak. Secara umum, brokoli mengandungi Vitamin K, Vitamin C, Chromium dan Folate serta banyak lagi nutrien lain yang penting untuk tubuh badan. Kajian juga mendapati bahawa kandungan Isothiocyanates (ITCs) yang tercetus daripada Glucosinolates yang terdapat dalam brokoli ada kunci untuk menghindari Kanser. Untuk diet, brokoli mempunyai kadar Glisemik Indeks (GI) yang sangat rendah dan amat baik sebagai makanan untuk menurunkan berat badan. Selain itu, kandungan serat yang tinggi dalam brokoli juga amat baik untuk menurunkan paras glukos & kolesterol dalam darah.
Penyediaan - Saya gemar merebus atau mengukus brokoli dengan menambah sedikit garam sebagai perasa. Pastikan brokoli tidak dimasak terlalu lama bagi mengelakkan nutriennya hilang. Jika mampu, brokoli juga boleh dimakan mentah dengan menjadikannya salad. Caranya, potong brokoli, salad & lettuce, campurkan sedikit minyak zaitun (extra virgin) sedikit dan terus dimakan. Jika ingin rasa yang lebih enak, brokoli boleh dicampur minyak zaitun (pure), sedikit serbuk black pepper, garam, serbuk paprika dan rosemary. Selepas itu, bolehlah di grill bersama potongan dada ayam. Satu hidangan yang lengkap untuk diet anda!
Asparagus
Ramai yang kurang sinonim akan sayur bernama asparagus ni, mempunyai bentuk memanjang dan tajam dibahagian hadapan serta berwarna hijau. Asparagus merupakan antara sayur yang kerap dihidangkan di hotel kelas 5 bintang kerana cara penyediaannya yang agak mudah dan mempunyai tekstur rasa yang enak. Mengikut kajian, asparagus mempunyai Vitamin A, C, dan K serta mempunyai kandungan Chromium iaitu bahan mineral yang mampu meninggkatkan keupayaan Insulin mengangkut Glukos dari darah ke dalam sel badan. Asparagus juga mempunyai Glutathione iaitu bahan yang baik sebagai detox badan. Asparagus juga dipercayai dapat mengurangkan risiko kanser tulang, payudara, kolon dan paru-paru. Mengikut Glisemik Indeks (GI), asparagus dikelaskan antara sayur yang mempunyai kadar GI 15 sahaja menjadikannya antara sayuran yang baik untuk mengurangkan berat badan.

Penyediaan - Saya gemar membuat grill asparagus iaitu dengan menyapu sedikit minyak zaitun (pure) atau mentega sebelum digrill. Selain itu, asparagus juga boleh dikukus bersama ikan. Walaubagaimanapun, pastikan asparagus diletak kemudian dalam periuk kukus iaitu antara 3-5 minit sahaja bagi mengelakkan nutrien pentingnya hilang.
Disini adalah sedikit perkongsian diet yang baik diamalkan untuk menurunkan berat badan. Selain itu, pengambilan brokoli dan asparagus secara konsisten juga mampu mengelakkan risiko-risiko penyakit berbahaya lain. Sekiranya mempunyai kaedah-kaedah penyediaan lain, komen anda sangat dialu-alukan sebagai perkongsian kita bersama. Bak kata orang putih, "Sharing is caring". TQ


Sumber facebook : Mochtar Mustaffa Mok
 Follow Brother ini untuk tips dr beliau.

December 25, 2016

Genap 4 Tahun Blogging

Assalamualaikum

Alhamdulliah, hari ini 25 Disember 2016 genap 4 tahun  bersama blog kesayangan aku. Banyak kenangan dalam tempoh bergelar blogger. Bermula dari suka-suka ada kalanya serius kemudian hangat-hangat tahi ayam. Blog pun terbengkalai.

bila baca balik posting yang lelama tu, sumpah lawak..siap boleh ingat balik kat mana aku ketika posting blog, siapa bersama aku semasa posting blog dan berbagai lagi keluar diingatan. rindu masa awal-awal main blog huhu

posting pertama aku bertarikh 25 Disember 2012 di Hostel UNISZA, bertajuk HANTUEE..hahah sumpah lawak.. seingat aku masa first posting aku rindukan zaman politeknik dulu.


dulu punya post blog dengan sekarang rasanya tak banyak berubah, sedu je memanjang..dalam tempoh 4 tahun berapa kerat je aku post blog. Tatabahasa dan cara penulisan pun tak banyak berubah, ada la jugak satu dua post cam formal, tapi bila baca balik rasa gelimat pulak  hahaha.

bestnya pasal blog, apa-apa yang aku tulis, gambar yang aku tampal dalam blog masih kekal ada. kau orang tahu kan, hard-disk tak selamanya elok, memori handphon kau orang tu tak selamanya tak penuh kan, jadi bila dah tempek kat blog boleh lihat balik kisah lama korang tu. mengamit kenangan sangat!

blog aku dah banyak kali mengalami fasa kehidupan. banyak kali berubah mengikut mood semasa, berubah sebab terpengaruh dengan blog kekawan yang lain pun ye. Tapi konsep dan rekabentuk tetap utuh kebudak budakan walau pun usia meningkat tetiap tahun..Hishh


Header nie inspirasi dari Facebook, buat sendiri dengan bakat yang dianugerahkan. Agak terkinjal-kinjal dengan saiz, banyak kali jugak aku pasang dan padam balik header nie,

okey cukup sampai sini, nanti kita borak lain pulak.


December 19, 2016

Tiga Perkara Ini Pasti Membuatkan Anda Ingin Datang Melancong Ke Pulau Langkawi


Assalamualaikum,
Berbaki lagi 2 minggu cuti persekolahan, kau orang melancong kat mana je?. kalau sebelom ini aku ada kongsi Tempat Menarik Di Pulau Langkawi tapi kali ini pula aku nak kongsi antara destinasi yang menjadikan Pulau Langkawi antara pulau yang kaya dengan cerita lagenda.
Pulau Langkawi bukan sahaja menjadi destinasi pelancong warga asing untuk bersantai dan membeli belah, pulau ini turut menjadi pulau pilihan pelancong warga tempatan untuk mengatahuhi sejarah serta perubatan tradisional yang sekian lama diamalkan.
mari kita lihat antara 3 perkara yang pasti membuatkan kau orang ingin datang melawat Pulau Langkawi.
"Mahsuri merupakan anak perempuan kepada pendatang Siam yang beragama Islam. Mahsuri telah dituduh melakukan perbuatan sumbang oleh ibu mertuanya sendiri kerana ibu mertuanya merasa iri hati dengan kecantikan dan penghormatan yang dimiliki oleh Mahsuri. Akibatnya, Mahsuri dihukum mati.
Pada hari hukuman berlaku, keris keramat kepunyaan keluarga Mahsuri sendiri digunakan untuk membunuhnya. Namun begitu, terdapat satu perkara aneh berlaku dimana darah yang keluar dari badan Mahsuri berwarna putih dan itu membuktikan bahawa tuduhan yang dilemparkan kepadanya adalah fitnah semata-mata.
Disaat-saat akhir kematiannya, Mahsuri telah bersumpah bahawa Langkawi tidak akan aman selama tujuh keturunan. Kebenaran sumpah Mahsuri itu telah termakbul apabila Langkawi telah diserang oleh tentera Siam dan semua bekalan makanan dan tanaman telah dimusnahkan.
Antara kebenaran lagenda atau terbuktinya sumpahan itu, Langkawi hanya mula berkembang maju setelah tujuh keturunan berada di dalam kepayahan."
"Tasik Dayang Bunting, tasik ini diberi nama sedemikian kerana menurut satu lagenda lama, ia mengisahkan tentang perkahwinan seorang puteri kayangan dengan seorang putera raja kerajaan bumi. Anak yang lahir hasil daripada perkahwinan mereka ini telah mangkat selepas saja ia dilahirkan. Oleh kerana puteri ini sangat sedih dan kecewa dengan kejadian yang berlaku, beliau telah menyemadikan mayat anaknya ke dalam air tasik ini.
Setelah itu, beliau telah meninggalkan bumi dan kembali pulang ke kayangan. Puteri itu telah menjampi air tasik tersebut sebagai penawar kepada pasangan yang tidak dapat mendapat zuriat dan dipercayai perempuan yang mandul boleh kembali subur."

"Mat Chinchang dan Mat Raya adalah diantara keluarga gergasi yang tinggal di pulau utama di Pulau Langkawi. Disebabkan oleh saiz mereka yang besar serta kekuatan tenaga luar biasa yang dimiliki oleh mereka, bentuk mukabumi Langkawi telah berubah dengan dramatik.
Lagenda mereka bermula apabila Mat Raya bercadang untuk mengadakan kenduri bersempena dengan pertunangan anak perempuannya dengan anak lelaki Mat Chinchang. Pada hari majlis itu berlangsung didapati anak lelaki Mat Chinchang telah berlaku sumbang dengan seorang dara dan ini telah mencetuskan kemarahan Mat Raya.
Akibatnya, persahabatan diantara kedua keluarga ini terputus dan mereka saling bermusuhan sehingga berlakunya pertumpahan darah dan kehilangan nyawa. Pergaduhan di antara dua keluarga ini telah mengubah kawasan pulau utama ini dimana tempat cincin pertunangan itu jatuh selepas dicampakkan, dan dinamakan sebagai Tanjung Cincin.
Kawasan dimana peralatan yang digunakan untuk memasak itu pecah, dan dinamakan sebagai Kampung Belanga Pecah. Manakala kuah yang mengalir itu dinamakan Pekan Kuah dan tempat dimana kuah itu meresap ke tanah dinamakan Kisap serta kawasan Air Hangat yang mempunyai perigi air panas berasal dari bekas memasak air yang telah pecah semasa majlis tersebut berlangsung.
Mat Raya dan Mat Chinchang pula telah bertukar menjadi gunung batu yang dikenali sebagai Gunung Raya dan Gunung Chinchang. Manakala Mat Sawar yang menjadi orang tengah bagi menyelesaikan masalah pertelingkahan mereka berdua ini telah bertukar menjadi sebuah bukit yang menjadi pemisah kepada dua gunung ini."

sumber :Majlis Perbandaran Langkawi 

November 30, 2016

Tempat Menarik Di Pulau Langkawi

Assalamualaikum,

Cuti sekolah dah mula, anda semua cuti dimana? jom lah ke Pulau Langkawi ! Pulau permata Negeri Kedah ini mempunyai banyak tempat menarik yang boleh dilawati sepanjang musim cuti persekolahan ini. Rugi tau tak keluar jejalan bawak keluarga, anak-anak makan angin, bukan selalu kan, setahun sekali je.

jom lihat gambar tempat tempat yang menarik yang boleh dilawati di Pulau Langkawi.
































best kan?? kalau ahli keluarga anda tak boleh datang ajak ler kawan-kawan yang tengah free tu, hehe. Okey selain tempat seperti yang terdapat dalam gambar diatas, tempat-tempat membeli belah seperti tempat memborong coklat pun banyak di Pulau Langkawi nie antaranya Haji Ismail Group, Kompleks Haji Ismail Group, Teow Soon Huat, Ram Home Decor, Cenang Mall dan banyak lagi .

Dimana Boleh Saya Dapatkan Minyak Gamat, Terapi Resdung Dan Sebagainya??

Oh ya, tak lupa selain terkenal dengan tempat yang menarik dan kepelbagaian coklat, Pulau Langkawi juga terkenal dengan ubat-ubatanya. Antaranya Minyak Gamat, Terapi Resdung, Ban, Minyak Urut, Majung untuk kesihatan dalaman dan sebagainya. wah rupanya Langkawi nie mempunya kepelbagaian produk jualan yang tidak terdapat di Negeri- Negeri lain di dalam Negara kita nie.

Produk-produk kesihaatan seperti yang dinyatakan diatas tadi boleh didapati di Mukim Ulu Melaka. Di situ terdapat banyak kedai menjual ubat-ubatan hasil tangan orang Pulau Langkawi. Anda juga boleh mendapatkanya di gerai-gerai bersebelahan Makam Mahsuri yang terletak di Ulu Melaka, Pulau Langkawi.

bestnya..jom la jejalan di Pulau Langkawi wei..huhu

November 29, 2016

Dashbord blog tak mau keluar, siapa boleh bantu?

Assalamualaikum,

Selamat pagi, korang dah sarapan? pepagi dah update blog hari nie, bukan apa, pagi niebuka blog nak jenguk blog kawan-kawan yang lain, tapi tiba-tiba dah tak keluar ''Dashbord''.. Ada sesiapa yang boleh bantu? semalam buka blog tak perasan pulak pasal hal nie..huhu



sebelom nie aku cuma tekan icon 'Blog' yang berwana oren dalam kotak hitam tu sahaja, tiba pagi nie tak dapat pulak..Ada sesiapa yang boleh bantu? pertolongan anda amat dinanti..

November 28, 2016

Rawat masalah resdung anda dengan Aroma Herbanika

Assalamualaikum,

Hai, hai semua, fuhh lama beno tuan tanah tak datang menjenguk ye dah bersarang, berkulat bagai, sampai password pun hampir lupa kikiki

Apa khabar abang, kakak, adik blogger, harap sihat disana. Disebabkan dah lama tak bebel kat sini, hari ini kita kasi up satu ye..hehe

Rawat masalah resdung anda dengan Aroma Herbanika


Alhamdulliah, aku amal terapi resdung ini hampir setahun, sebelom nie selalu kene migrain, pening denyut-denyut tak pasai je..selepas diperkenalkan dengan terapi resdung Aroma Herbanika barulah nampak kesan pengurangan migrain dan pening tadi.

Terapi nie sangat best tau!, sebabnya mudah nak bawa kemana, tahan lama dan ringan je.

Masalah apa yang boleh dirawat menggunakan terapi resdung Aroma Herbanika ini ?


Selain boleh merawat masalah Migrain dan Pening kepala, sebenarnya banyak lagi masalah yang boleh dirawat dengan menggunakan terapi resdung  ini tau. Antara yang lainya 

1. Mampu mengurangkan masalah pernafasan yang berbau.
2. Mengurangkan rasa gatal dibahagian muka dan hidung terutamnya selepas pegambilan makan laut.
3. Boleh menghentikan masalah hidung berair.
4. Mampu melegakan masalah kerap bersin.

             


Sebenarnya produk nie macam mana ek, bau dia macam mana? cara pakai macam mana pulak?

Ok, Ok, sabar sat na,..hehehe. Bau produk ini sangat wangi tau, Bau Herba dan kedinginan. Untuk pengatahuan anda  terapi resdung ini dihasilkan dengan menggunakan herba yang ada didapur anda saja tau, seperti Bunga Cengkih dan lain-lain, tapi memang ler anda ada bahan tersebut tapi proses pembuatan nya memerlukan beberapa teknik dan keadah tersendiri, aku pun tak tahu macam mana cara pembuatannya, cumanya aku dapat lihat dari sudut penggunaan bahan saja lah..

Untuk pakai pula tak susah pun, takder nye nak kene sapu ke telan ke apa, hanya buka penutup dan hidu...korang hidu sampai rasa lega..jangan ketagih pulak heheh



p/s: kalau ada yang nak cuba ws ye 0179682013

June 25, 2016

Resepi Ayam Bakar Yang Sangat Mudah Dan Sedap

Assalamualaikum dan salam Ramadan

Hari ini aku nak kongsi resepi Ayam Bakar yang sangat mudah nak buat tapi sedap.



Tak nak cakap banyak jom lihat bahan yang diperlukan untuk membuat Ayam Bakar.

Bahan yang diperlukan:
1. Ayam (aku buat empat(4) ketol je)
2. Sosej
3. Minyak zaiton
4. Lada hitam( aku pakai yang dah hancur)
5. Garam
6. Herba campur(boleh dapat dipasaraya)
7. Lobak Merah
8. Kentang

Haar, mudah kan bahan yang diperlukan..tak perlu nak beria sangat bahan tu ye.

Nanti ayam tu korang perap dulu dengan minyak Zaitun, Lada Hitam, Herba dan Garam.

Kemudiannya baru gaul sekali dengan Kentang dan Lobak Merah. Kalau korang nak tambah sayuran lain pun boleh.

Okes, selamat mencuba.

Artikal terkini dari Babab.net