November 24, 2015

Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie

Assalamualaikum,

Segmen "Segmen Blogwaking dan Tambah Followers bersama Impiana Cik Yanie" mengigatkan siapa diri aku dulu sewaktu memula bina blog. Daripada suka-suka bina blog, follow blog, join contest, giveway., sekarang dah boleh buat side income melalui blog. Peluang yang ada jangan disalah gunakan, in sha Allah rezeki diman-mana.

pada yang sudi join segmen, sila-silakan..
pada blogger senior, otai ke apa, jangan memilih sangat, jom support blogger baru..

*Seorang pemenang yang bertuah akan memenangi sebuah hadiah misteri*



Segmen Tamat : 15 December 2015




November 17, 2015

Nasi Dagang Pak Malau Langkawi

Assalamualaikum,

Apa khabar semua, lama tak update story kat sini, buka blog je terus jengg kepala, nampak sangat dah lama tak berkunjung ke sini huhu. sebenarnya aku berhasrat untuk share dalam blog dah lama, tapi disebabkan kekangan masa terpaksalah tangguh  tangguh  dan tangguh dan hari-hari pun berlalu dengan penuh ketanguhan..haha

Bebulan yang lalu, aku sangat-sangat mengidam nak makan Nasi Dagang! disebabkan dah lama sangat tak merasa maka berjumpalah aku dengan satu tempat yang terletak di Jalan Makam Mahsuri, Ulu Melaka dan tempat tu dikenali sebagai Warung Nasi Dagang Pak Malau! aku panggil warung sebab konsepnya yang menarik dan unik.


























Aku sampai lebih kurang jam sepuluh pagi, masa tu orang tak ramai sangat dan kat sini tempat makan sangat terhad, sampaikan ada yang sanggup menunggu.

First time datang ritu terus jatuh cinta dengan permandang kawasan tersebut. sangat-sangat cantik dan mendamaikan, tak tipu!.kene pulak nasi dagang yang tak kurangnya sedap! memang berbaloi datang bersarapan di Warung Nasi Dagang Pak Malau.


























Rasa nasi dagang kat sini walaupun berada di Langkawi tapi masih lagi mengekalkan rasa pantai timur ( kata orang terengganu, kene dengan tekok). pilihan lauk pauk boleh dihidang dengan gulai ikan Tonggkol ( ikan aye), Daging Kerutub dan Ayam Goreng Berempah, urpmm bestnyeeee..

dan satu benda yang paling win, paling aku suka kek pisang! sedapnyeeeeee.... memang sedap, tak tipu!.


































Warung Nasi Dagang Pak Malau dibuka hari-hari kecuali hari isnin. lokasi seperti mana yang aku bagi tau kat atas tadi atau korang boleh pakai waze atau  korang google je orang-orang kampung huhu.

terima kasih kerana sudi membaca entri ini.




Artikal terkini dari Babab.net