June 26, 2014

Kepada Mereka Yang Payah Senyum



Assalamualaikum

Hi,adakah korang tahu bahawa senyuman merupakan perbuatan paling disenangi manusia, Hurmmm… senyuman juga merupakan cara paling mudah untuk kita mendapatkan sesuatu ieYekee?, lagi..senyuman merupakan cara paling sweet dan bergaya untuk berkenalan dengan sesorang Uuuu…, dan yang bestnya senyuman adalah perbuatan yang disukai oleh Nabi kita serta ganjaran pahala apabila senyum.



So senyum lah, apa susah kan.. J












June 15, 2014

Cara Mudah Meloloskan Diri Dari Terus Dibebel

Assalamualaikum


Boleh bengan corong telinga bila terpaksa mendenger leteran yang tidak kesudahan.. sikap sesetengah manusia yang tidak pernah rasa tenang dengan diri orang lain dan paling buruk membebel  je memanjang.

Tidak salah sebenarnya handak membebel, ia juga sebagai terapi diri dari memendan rasa marah, benci, kurang senang dan memacam lagi. Cuma kalau dah pokpek..pokpek je memanjang siapa sanggup tahan kan..kau sanggup?

Haaa…..

sebenarnya tidak rugi dan memang bertuahlah korang google pasal ‘membebel’ ..kini korang boleh ciplak serba sedikit tip membolos diri korang ketika dibebel..terutamanya bebelan yang berpanjangan dan dan tidak reti diam..

jeng..jeng..jengg..

1) abaikan apa yang dibebel tu…kalau dah mengarut sangat bebelan ibarat pergi kerja balik kerja tak henti-henti ada baiknya korang abaikan..kelaut je lebih

2) ketika korang menerima bebelan tsunami, adalah lebih baik korang fikirkan perkara yang lebih baik untuk dibuat sambil mengangguk- ngangguk apa yang dibebel..kiranya masuk telinga kiri kuar telinga kanan..lalaala

3) buat muka annoying.. muka tembok ke..muka tak pernah bersalah pun jadi gak..Haha kesian..

4) bersembang dengan rakan-rakan korang yang bersebelahan..topic perbualan tu biorlah jauh dari bebelan…atau pun buat-buat angakat call, atau baca mesej/sms.. atau yang paling pailang itu pun kalau korang sanggap buatlah cara ajuk mengajuk apa yang dibebel dengan mengunakan isyarat mulot dan tangan sambil gelengkan kepala..Wakaka

5) cari alasan untuk ke tandas ke, ajak kawan-kawan lain pergi lunch ke, atau baca majalah hiburan..hahah

tip diatas sememang nya gila dan agak tidak sopan santun bagi sesentengah orang kalau korang pratickan cuma kalau terpaksa boleh cuba salah satu dari tip bebal kat atas..


apa pun maafkan aku kerana mengajar perkara yang tidak betul, sebab ini adalah realiti manusia sekarang,aku melihat, mendengar segala macam gelagat manusia.. memasing punya cara mengelak dari masalah..lagi pun bukan korang tak pernah laluinya kan J





June 14, 2014

MakCik Facebook

Assalamualaikum


Umurnya hampir memasuki  50an kiranya boleh digolongkan dalam golongan opah..tapi gelagatnya umpama wanita pertengahan..comel dengan telatahnya apabila menggunakan smart phone..cute gitue..

image google 

Katanya seronok dapat melihat perkembangan anak-anak serta cucu yang dikajauhan, apatah lagi dapat mengubat kerinduan kepada cucu kesanyangan.

Aku melihat perkembagan teknologi sejajar dengan kehendak dan keperluan manusia. Bagi mereka yang bijak mengurusakan dan menggunakan kemudahan teknologi rasanya tidak patut timbul masalah penyalahgunaan teknologi.

Bijak cara kita gunakan , faedahnya tentu bermanfaat untuk kita juga, cuma perlu lah berhemah serta pandai mengurusakannya. Perbazaan umur serta keupayaan bagi aku bukan lah satu alasan untuk tidak mengikut perkembangan zaman, semuanya bergantung kepada diri kita serta tujuan apa kita gunakan.

Teknologi tidak membunuh akal manusia, cuma manusia yang silap menggunakan teknologi  kerana sanggup mencipta jalan untuk membunuh sasama mereka.





p/s: agaknya disekaliling korang ada ke makcik yang sedang online facebook..hikhik





Liebster Award dari Blogger Kathy R'bain

Assalamualaikum

Haha,.. sekali lagi aku post entri Liebster Award di pagi hujung minggu anda,..soklan yang telah ditag dari blogger khaty  R’bain pemilik blog Diari Resipi dan Ceroten Hati kathy  a.k.a kak kathy




jelaskan dua fakta berkaitan anda?

Fakta yang sememangnya tercatat di surat beranak fizi iaitu anak kandung mak dan ayah . dan menjadi rekod terpenting dalam diri adalah usia semakin meningkat..hehe
pendapat anda tentang dunia blog

blog sesangatlah best ibarat tinggal dalam rumah yang kita decorate sendiri..huhu

penyanyi kegemaran anda?

Untuk pengatahuan kak khaty, fizi tidak lah terlalu minat pada penyanyi sehingga wujud penyanyi kegemaran, sebab rata-rata bagi fizi semua bagus.

warna paling banyak untuk pakaian anda?

Antara koleksi yang yang banyak adalah hitam dan purple..

cita-cita anda semasa kecil?

Dulu masa kecik-kecik suka main permainan ‘cikgu-cikgu’..cikgu la kot..

kerjaya anda sekarang?

masih lagi menuntut sebagai pelajar degree..

anda suka filem seram?jika tidak,mengapa?

Suka..jawapan nak ngelak sebab x nak jawab mengapa..hikhik

idola dalam blogging?

Hurmm, bloger top kot

cara anda blogging?guna pc,lappy,tab atau smartfon?

Alhamdulliah masih menggunakan lappy yang dah bertahun hangin..

siapakah Kathy R'bain menurut pandangan anda? 

Bagi fizi, akak Kathy merupakan seorang suri rumah, ibu kepada 4orang anak, seorang blogger yang suka menulis, mengarang cerita, seorang blogger yang pandai memasak dan yang fizi kenal sangat adalah seorang blogger yang bijak dan hebat dalam selok belok mengedit blog.

apakah kelemahan blog Diari Resipi?


Memasing punya kelebihan dan kelemahan tersendiri, bagi fizi blog Diari resipi punya identiti tersendiri, penuh dengan koleksi rasipi yang sesuai kepada golongan bujang.



orite, tatatututiti :)





June 13, 2014

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih

As-Salam

[Siala nak join sila tekan banner di atas]

Giveaway Cash RM350 by Emas Putih ini di anjurkan oeh Emas Putih dan disponser oleh Emas PutihNasibah KhushairyKasih Lestari Abadi Nor Farihan AyobNannie Isa , dan yangbaik .






Liebster Award Dari Blogger Ainim Rashihah

Assalamualaikum

Ini jawapan kepada soalan blogger Ainim Rashihah, Hurmm  sebenarnya dah lama aku di tag oleh kak ainim, cuma baru sekarang aku mampu jawab..




Tujuan asal berblog?


Memasing punya tujuan dah hala tuju yang tersendiri dan tujuan aku berblog adalah untuk berkongsi apa yang aku rasa tidak betul serta betul dan pandangan terhadap isu-isu semasa…dah serupa reporter kau

Warna yang paling disukai


Aku nie bukanlah punctual sangat pasal warna, agak-agak tengok warna tu cantik, aku rambat je..mood juga memainkan peranan yang penting dalam mempengaruhi warna yang aku sukai

Destinasi percutian impian

Aku mengimpikan percutian ke negara beriklim sejuk haha mengada, maklumlah negara kita kan panas je memanjang..hurmmm kak Ainim taknak ke taja percutian fizi ke huhu..

Makanan paling nikmat pernah dirasai


Sepanjang 24 tahun aku hidup dimuka bumi ini, air tangan ummi aku lah paling istimewa, sedap , nikmat , lazat apa lagi..semua lah..kalau tanya kawan-kawan blogger yang lain pun rasanya akan beri jawapan yang sama kan..

Entri blog yang paling mendapat sambutan hangat


Huyoo,..memang tak la kan..aku nie takderlah yang jenis,, : “wah..entri aku yang nie banyak gilos viewer lah..pastue kagum jap”.. aku bukan lah manusia yang macam gitu..entri pun cincai-cincai je buat santapan anak raja je..huhu


ok tata :)

June 2, 2014

Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih

Assalamualaikum

jom join GA, mudah-mudahan ada rezeki anda

Syarat-syarat penyertaan:

  1. Mestilah mempunyai blog/website dan akaun Google+.
Tugasanya tersangatlah mudah, nak join sila ikuti langkah-langkah dibawah ini:
  1. Buat satu entry bebas yang bertajuk "Giveaway RM300 By Blog Pancing Elih".
  2. Follow blog ini dan Follow Google+ saya. 
  3. Letakkan banner giveaway diatas. Dan, link kan ke entry ini. 
  4. Jangan lupa tinggalkan link entry anda di ruangan komen dibawah.
Pemilihan pemenang:

Pemilihan pemenang akan ditentukan 100% oleh uncle Random.org. So, kebarangkalian untuk anda semua menang adalah adil dan saksama.

Hadiah-Hadiah Giveaway:

Hadiah-hadiah yang bakal dimenangi adalah seperti berikut;
  • Tempat Pertama: 1 X RM100
  • Tempat Kedua: 1 X RM60
  • Tempat Ketiga: 1 X RM40
  • Hadiah Saguhati: 5 X RM20
 Ok. Mudah kan?

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 04 Jun 2014. Jika penyertaan kurang daripada 100 orang, mungkin giveaway akan dilanjutkan, bagitau kawan-kawan yang lain biar giveaway ini tamat tepat pada tarikh ini.

Artikal terkini dari Babab.net