April 28, 2014

Nak Cakap Pasal Cinta La Sangat

Assalamualaikum


Kata manusia kalau dah jodoh tu tidak kemana..hurmm kalau.. lapar apa pulak?? Kalau lapar tu makan lah jawabnya..ye idok?? ok ini tak membina langsung kan..

Bila  bercakap pasal cinta..sememangnya aku bukan lah manusia yang reti sangat bak bak cinta nie..sebab aku melihat cinta ini terlalu besar untuk dihuraikan..terlalu banyak ruang yang boleh dibicarakan..

Orang melayu bila bercinta kemain..yang hodoh boleh jadi kuitmiut..yang busuk boleh dihidu selambe je..tapi bila dah berumah tangga..semua bertukar jari rimau..


Okey stop..aku memang tak boleh karang pasal cinta..pening2.. kalau karang jugak orang cakap aku jiwang Haha









April 23, 2014

Love Overcomes Impossible

Assalamualaikum

Wordless Wednesday- sumber disini






















p/s: belum sempat update blog, blogwalking..anyways, happy blogging guys :)







April 12, 2014

Terserempak Dengan Manusia Comel Sedang ber Tweet Dalam Tandas

Assalamualaikum

Dalam dunia yang sadang meningkat dengan kecangihan gadget mahu pun kelibat laman social..terselit juga kisah-kisah lucu yang berlaku kepada pengguna laman social nie…tak hairan lah kalau tengok pakcik mak cik yang tersenyum sesorang kat screen phon.

Mahu dijadikan cerita, week ago sebelum cuti ,aku sempat lah keluar untuk habiskan boucer buku dengan housemate..hurmm..housemate..

gambar hiasan

Benda nie berlaku masa aku tengah cuci tangan kat sabuah tandas awam..sebelum sebelum nie aku memang tak suka ambil pot pun pasal apa yang berlaku kat dalam tandas tu..dah nama tempat privasi manusia manusia sekalian alam menyimpan..


Tapi kali nie pelik sikit..aku terdengar bunyi “tweet..tweet”…. “tweet..tweet”…haishh..dalam kepala aku nie..dan dan aje bertweet tweet waktu gi nie..nie yang nak buat aku gelak dengan ragam manusia sekarang..tak dan dan nak post pone dulu Hehe.. ~~pak cik..pak cik..baru ada account tweeter kee…



terima ksih baca entri ini^^


April 11, 2014

Fakta Anak Bongsu

Assalamualaikum


Today, my sense kata nak post fakta anak bongsu..kebetulan pula terjumpa image yang telah di kongsi dilaman facebook..

image dari facebook


1.senang memaafkan orang.
2.garang macam harimau tapi hanya pada sesentengah orang.
3.kalau gelak tak ingat dunia.
4.Sensitive, hati lembut.
5.ramai peminat.
6.Mudah menyanyangi orang lain jika orang itu mengambil berat tentang dirinya.
7.sukar melupakan orang yang disanyangi.
8.selalu menjadi tumpuan orang ramai.
9.senyum tetap dibibir walaupun sedang bersedih.
10.sentiasa mengigati kawan lamanya.
11.romantik dan penyayang.
12.manja dan pemurah hati.
13.peramah.
14 takut gelap (takut kepada kegelapan kot)
15.kaki shopping dan suka melancong.
16.suka memasak dan bagi orang makan masakanya.
17.rajin
18.diam tanda merajuk.
19.kalau ada orang minta tolong mesti mereka akan menolong
20.kalau tengah tidur senang nak dikejutkan, sebab tak tidur mati.



April 10, 2014

Sejauh Mana Kasih Sayang Kita Terhadap Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum


Bila hati berdetik, jantung mula berdebar-debar…bila perasan rindu mula meiringi, air mata mula mengalir..hari ini aku menulis bukan sebagai admin yang hanya mahu mengaut ‘keuntungan’  , tapi sebagai seorang anak yang melihat sejauh mana kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa.

gambar sekadar hiasan
Ibu bapa merupakan harta yang tiada dapat kita temui dimana-mana..mereka juga merupakan pendorong dan latar belakang kepada setiap kejayaan kita hari ini..terbukti bila kita mula mengungkap kata-kata penghargaan dalam kerja seperti kerja kursus dan seumpanya.

Manusia hari ini, bila di tuduh sebagai anak emak ke, anak bapa ke..cepat sangat melenting.. kenapa? Malu sangat ke bila mana orang lebelkan diri kita dengan kasih sayang ibu bapa kita sebagai ‘anak emak’ /bapa’?..eh, Awak, semestinya kasih sayang awak, sifat peribadi awak tu datang dari kedua ibu bapa awak juga kan…

Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa kita yang paling dekat dengan kita untuk dicontohi,. Sifat peribadi kita hari ini datang dari darah dagin mereka, kasih sayang kita terhadap anak kita datang dari kasih sayang mereka, kesemulajadian kita sebagai manusia yang di hormati, dikasihi, di cintai datang dan bermula dengan titik peluh kedua ibu bapa kita yang bersusah payah membentuk kita menjadi manusia yang berguna.





p/s: rasa sedih masa lihat pertemun antara seorang anak yang dipenjarakan bertemu dengan ibu dan abang di Wanita Hari Ini -10/04/2014



April 9, 2014

Tonton Drama Aku Isterinya- full episod


Aku Isterinya adaptasi dari novel Aku Bukan Mistress ini bersiaran di slot Akasia TV3, setiap Isnin hingga Khamis pukul 7 malam. Arahan Fairuz Loy, terbitan GLOBAL STATION, pelakon Mikail - Izzue Islam, Mya Arlissa - Anzalna Nasir, Adam - Syazwan Zulkifli, Lisa - Elizad Sharifuddin, Datuk Luthfi - Eizlan Yusof, Datin Adiba - Marissa Jasmin, Mardiana Alwi.

by MiromrokTV & Kepalabergetar

Episod 18 
Episod 19 
Episod 20 
Episod 21 
Episod 22 
Episod 23
Episod 24 
Episod 25 
Episod 26 
Episod 27 
Episod 28 (Akhir) 



**Mohon klik iklan iklan yang berlegar di blog fizizaidi sebagai tanda sokongan dan terima kasih :)





Sebab Kenapa Pertolongan Kita Ditolak

Assalamualaikum


Pertamanya aku nak ucapkan selamat menyambut ulang tahun kelahiran kepada rakan blogger atau pembaca blog kakikerja yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan April ini..im happy for you guy.. :)

Dan Alhamdulliah,..aku masih di beri kesempatan untuk menyuarakan pendapat dan pandangan secara peribadi..baik mahu pun buruk..

Orite..aku nak ajak korang berfikir, kenapa pertolongan kita ditolak, secara rambang dalam sehari berapa banyak kita meminta pertolongan dari kawan ke, housemate ke, officemate atau sesiapa saja yang berada di sekitar kita?? Dua, empat kali.. ok itu bergantung kepada keperluan kita dan ‘kedesakan’ kita.

Orite, sekali lagi..dalam bebanyak pertolongan yang kita pinta itu, berapa ramai manusia yang sudi membantu atau menolong kita bila diperlukan??

Orite,..last.. last ok.. berapa ramai makhluk yang kita minta pertolongan yang menolak pertolongan kita itu??..itu korang jawab sendir lah..


Beb..beb,..aku nak minta tolong ko lah,..boleh tak..bla..bla… “ owh, aku ada hal malam nie…hurmm…sorry erk”..

… “weh korang, aku nak mintak tolong sekali boleh??..( member tu buat- buat acuh tak acuh je atau buat-buat sibuk)…hurmm lain kali je lah”…


Sedar tak kita kenapa pertolongan kita ditolak?? Pernah tak kita fikir?? Mungkin ada yang fikir..mungkin tak der kot sebab dah terlalu fikirkan nak minta tolong sapa lagi nih…

Diri kita sendiri..kenapa diri kita pula?? Pernah tak kita hargai pertolongan orang yang kita minta tolong..almaklumlah, masa nak minta tolong kemain bahasa tetiba je jadi sopan santun, siap berpantun lagi tuh…tak boleh belah langsung..

Pernah tak kita menolong orang yang pernah menolong kita ketika mereka memerlukan pertolongan kita?? Ini pun salah satu sebab kenapa orang dah tak minat nak tolong kita…mereka sedih bila mengigati perangai kita yang tak reti bahasa..

Sebab ketiga pula,..kalau korang asyik duk ‘nganjing’ kawan ko tuh,..cam mana kawan korang nak menolong ko doew,..tahu pula korang nak minta pertolongan mereka..sedangkan kat belakang korang asyik ‘bakor’ je… tak patut,..tak patut….

Dah orang tolong tu, tak payah la korang nak merungut, mencarut, memaki hamun pula bila mana pertolongan korang tu tak agak ‘rare’ atau cam tak best je,,cam tak kene dengan jiwa dan raga korang tu..


“Jai,..aku dah puas cari benda yang ko minta belikan tu,..tak derlah…ini je yang ada”….( apa nie, aku tak nak yang nie…hurmm tak der ke bla..bla…)…eh dia nie, sumpah tujuh keturunan tak nak dah aku tolong dia lepas nie”…


Orite sampai sini dahulu entri ini, kalau diizinkan lagi akan aku kongsikan untuk bacaan ringan-ringan sambil hilangkan stress kerja korang tu..ahakss!






April 4, 2014

Kiter Balik Bercuti Dulu Yer

Assalamualaikum

image  facebook UNISZA

Nampak tak banner kat atas?? sekarang sedang gigih sumbat pakaian dalam baldi bawak masuk kereta,..sebab?? malas nak basuh..nak suk mak juga basuh..ish-ish,..nawaitu kau dah salah fizi

kami bercuti tak lama,..seminggu sajo..Alhamdulliah dapat gak cuti pertengahan semesta,.kepada korang yang turut bercuti atau bakal memulakan cuti,..selamat bercuti (padahal baru minggu lepas korang amik cuti sekolah kan)


okey, bye, Assalamualaikum..

April 3, 2014

Jonker Walk, Melaka - Taman Warisan Dunia Tumpuan Pelancong

Assalamualaikum

kalau sebelum nie aku pernah tulis pasal trip ke melaka yee,..aku tak tahu lah kalau ada yang tak sempat atau tak tahu langsung pasal entri yang lepas tu..dan memang tak nak utamakan pun..

cuma bagi yang belum pernah sampai lagi dan nak mengenali macam mana dan apa yang ada di Jonker Walk nie, jom roll ke bawah lihat gambar-gambar yang telah aku kumpulkan dari geng-geng fotografi..


Nie dia harr, pintu gerbang masuk ke pasar malam Jonker Walk yang terletak di Jalan Hang Tuah.




Deretan garai yang menjual cenderahati, makanan dan pakaian..tapi aku hanya mampu melihat saja =_=


Suka dengan konsep kedai minuman coffee nie..old school kot..





Hand made rantai dan gelang yang boleh mencaikan hati girl yang lalu lalang kat sini..


Tengok! baru tadi aku cakap..dah ada girl2 duk belek-belek gelang..Hahaha



Dihadapan pintu gerbang Taman Warisan Dunia Jonker Walk..kat dalam nih ada beberapa aktiviti hiburan, sambil-sambil tu boleh la rehat kan badan sambil picit-picit kaki...wakaka


ini, aku tak pasti,..cuma aku perasan dalam bungkusan tu terdapat seketul ayam, nasi dengan lauk kot..DAN yang pasti makcik kat belakang tuh, panas je dengan aku Haha,..



Amboi uncle..seronok yee layan karok kat depat tu...aku snap pon mereka selamba je..sempoi habis..


Salah satu hiburan yang ada di Taman Warisan Dunia Jonker Walk- ..'okey,.. paling lawak member aku cakap, "kesian dyeorang tak der duit terpaksa entertain kiteorang demi tiket nak balik..adeh"


Natural beauty amoi Jonker Walk..



Aku perasan sesuatu kat dalam gambar tuh..bahahah




okey sedikit maklumat mengenai waktu operasi Jonker Walk :
Friday, 6pm- 10:00pm
Sabtu & Ahad , 11am:00-10:00pm

April 2, 2014

Belajar Buat Pilihan Sendiri

Assalamualaikum

Orang kata pilihan ditangan kita, kalau tanya aku, ..aku akan cakap pilihan aku, ditangan aku,..apa aku mahu, apa aku tidak mahu..aku punya suka kan..sama juga dengan korang kan..pilihan ditangan korang..

Sebelum itu perlu kita tahu, pilihan apa yang berada ditangan kita itu??..pilihan itu banyak..dan sangat banyak..sebab kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan dalam hidup kita..

….Beb, beb cantik la tudung tu, tengah hot kot…jom beli nak??..ko nak yang mana??..aku ikut ko je.
….Lu nak yang mana nie??...hurmm,..lu nak yang mana..waa ikot  lu je…

…kita nak makan apa rienie??..mekD nak ?? pun bolehh.. (dalam hati,..aku dah la tengah kering nie..tapi, boleh la…)

Bunyi macam normal kan, tapi..

Kalau hidup kita terlalu bergantung kepada pilihan orang lain kita ibarat lembu yang dicucuk tali di hidung..camon la beb, burung merpati pun boleh terbang bebas dan pergi kemana dia nak terbang than siap boleh pulang sendiri, tak kan kita manusia yang berakal nak ikut telunjuk manusia yang sentiasa berkepentingan.


Sebab itu pilihan terletak ditangan kita,..kita berhak memilih jalan yang kita mahu..kita berhak mengubah diri kita menjadi apa yang kita inginkan..turun naik kejayaan kita yang tentukan..tidak dinafikan kita mampu merancang tapi Allah yang tentukan..tapi sekurang nya bagilah sedikit ruang untuk diri kita sendiri berubah dan menjadi apa yang kita inginkan dan buat apa yang kita suka..

InshaAllah,..mudah-mudahan dengan pilihan yang kita pilih mendapat keberkatan serta berkat dari-Nya dan mampu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dari yang baik..amin..

Rasanya cukup saja entri hari ini, semoga kita semua berada dalam kalangan manusia yang bijak membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri..




Terima kasih baca entri ini J

Artikal terkini dari Babab.net