March 27, 2014

Apabila Rasa Diri Sempurna, Mulalah Bercerita Prihal Orang Lain

Assalamualakum

Maaf kiranya tajuk entri dah boleh dikira sebagai karangan..memang sengaja dipanjangkan tajuk entri supaya pembaca faham akan maksud entri yang bakal dikongsikan.

Kekadang kesian aku melihat manusia yang duk mencari kelemahan dan kekurangan orang lain, sedangkan diri sendiri pun masih banyak yang perlu diperbaiki..

Dalam situasi ini, kita haruslah selidik terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan diri kita sebelum kita melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Aku faham situasi manusia –manusia yang selalu mengeluarkan status di pacebok yang kekadang punya maksud dan niat tersendiri,..tidak kira lah kepada sesiapa pun dia tujukan..bagi dia siapa makan cili, dia terasa pedah..

ada dua niat yang aku rasakan juga dari pengalam sendiri;

1. Dengan niat ingin menegur, Cuma mungkin teguran sebegini akan disalah anggap atau disalah erti.

2. Dah memang niat nak mendajal kawan awak tu kan..melepas geram dengan mengeluarkan kata-  kata kias lagi berkias serta maksud yang dalam.

Berfikir lah sebelum mengelurkan kata-kata yang tidak manis yang boleh menguriskan hati kita sesame manusia... :)

  

March 24, 2014

Minggu yang sangat menduga

Assalamualaikum

Tiga minggu tanpa sebarang pengisian entri di blog kakikerja persis kemisteri-an MH370…kalau minggu lalu entri aku mengenai  beratnya mulut untuk ucap terima kasih..dh baca? Sentap tak? Hehe

Relek lu brother, entri lepas bukan nak menyentap mana-mana pihak yae..tegur2 kosong aje.. 8 March 2014 negara kita digegarkan dengan berita kehilangan pesawat MAS- MH370.. memang duk menyongok depan Tb je time awal-awal kehilangan tu,.sedih dengan kehilangan passenger dan semua anak kapal, semoga dipermudahkan urusan meraka yang berada dalam misi mencari dan menyelamat  #DoauntukMH370

Btw, aku dapat tahu ahli keluarga salah seorang staf kat UniSZA turut terbabait dalam misteri kehilangan ini, semoga mereka sabar dan tabah mengahdapi  ujian Allah S.W.T, kami seluruh warga UniSZA mendoakan yang terbaik untuk misi menyelamat ini .

kredit gambar untuk bro. Syed Alwi

At same time, three  week ago punya lah sibuk dengan assignment dan sketch..punya lah banyak sketch tuk Industrial Design nie..bukti nya? Tengok bawah..penat siak..


Orite, tiga minggu itu juga aku perlu dan memang nak attend pun trip nie wakak, projek akhir subjek fotografi di Melaka..berjalan, haruslahkan..:P


Ya Allah, terasa jakun diri ini bila dapat naik menara Taming Sari..Seluruh pandangan bandaraya Melaka dapat tengok, tak yah penat-penat kan diri jejalan lagi dah, cukup tengok dari menara yang boleh pusing 360 darjah..Haha jakun sangat..




sekian, melapor diri setelah tiga minggu menghilang.. :P
Terima kasih baca dan kunjung blog ini..



March 3, 2014

Beratnya Mulut Untuk Ucap Terima Kasih

Assalamualaikum


Alhamdulliah..kerena masih berkesempatan menerbit entri..walaupun melangkah dua, tiga hari untuk menerbit entri kan..sekurangnya ada juga lah perkara yang nak dikongsikan…so, apa cerita entri kali ini!..meh baca

Sesetengah masyarakat kita berat untuk berterima kasih..apa tah lagi nak beri pujian ke atas kebaikan orang lain..ada makhluk Allah yang suka dipuji, ada setengah tu  tidak, cuma kalau berterima kasih atau puji-puji tu, ada juga orang yang mengahargai jasa kita.. sedangkan Nabi kita sendiri ajar kita untuk menghargai sesama manusia..apa lah sangat kita manusia yang kerdil ini..

Aku bukan bercakap pasal orang yang suka dipuji than, timbul rasa riak oH noo.. itu urusan dia dangan tuhan .. sebenarnya tidak!..aku bercakap kepada mereka yang sependapat sahaja..

Terima Kasih kerana sudi habiskan ubi kentang 'tiga orang makan' kawan


Bukan nak mengharap dihargai sepenuh masa, Cuma sekali sekala apa salahnya beri pujian yang baik-baik..itu kan doa juga..

Ibu bapa kalau beri pujian yang baik-baik kepada anak mereka, in sha Allah anak -anak pasti  jadi manusia yang baik dan berguna kelak, begitu juga dengan kawan-kawan beri pujian bior ler ikhlas, ini idak asyik pujian menganjing aje..puji dah elok tapi niat pula tak betol…

Mentality masyarakat sekarang banyak dah berubah, dah kurang berterima kasih, pujian apatah lagi..keji mengeji ada lah..kadang tu bila kita lontarkan senyuman manis pun orang pandang pelik.. “ Eh, dah kenapa dia senyuk kat aku”..  atau “dia senyum ke aku ke?”.. cakap sesorang dalam hati..pastu gelak, gelak pilak..kekeke


Ok cau dulu deh..Thanks baca entri ini^^



Artikal terkini dari Babab.net