February 26, 2014

Jangan Mudah Menilai Kekuragan Orang Lain

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulliah, dalam kesibukan dengan kerja nie, sempat aje aku terbitkan entri siput.. bukan sebarang siput, tapi siput yang boleh diteladani tau..hehe

Sejak kebelakangan ini memang aku busy memanjang..tapi dalam kesibukan ini terpapar coret-coret kehidupan yang boleh kita ambil iktibar..



Aku tidak backing sesiapa pun, but this is my opinion about what happen around me.. and i care about it!.. “ awak, awak biar lah mereka nak bercinta dengan siapa, orang mana sekalipun, asalkan mereka bahagia dengan pasangan yang dipilih..kita tak berhak nak menghalang atau nak kata.. “Eh, eh..awak nie tak sesuailah jadi couple”.. atau  “ makwe dia dah tua tiga tahun dari dia..tak sesuai langsung” ..

Apa yang berlaku adalah, sikap manusia yang mudah menilai tidak tanduk orang lain tanpa selidik terlebih dahulu..aku tak cakap aku tak pernah menilai orang lain, Cuma kekadang tu nampak melebih tindakan mereka menilai orang lain.. sudah tu nak menghukum pula tindakan orang lain..jadah nya..



Nota ibu jari kaki;  Jodoh itu pertemuan yang telah diatur oleh Allah SWT, sejauh mana sekalipun jarak percintaan mereka, itu hak Allah SWT., 



terima kasih baca entri ini^^


February 25, 2014

Bila Lelaki Suka Pakai Perfume

Assalamualaikum


Zaman sekarang kalau tengok kaum adam apakai perfume ‘tok seh’ hairan la.. berlambak-lambak lelaki kat luar sana tu pakai perfume..termasuk aku..

Perfume nie memang bagus dipakai sebagai wangian diri dan banyak kelebihan pada si pemakai..antaranya, awek kite pun suka bila hang out..ada bau-bau sikit.. kawan pun senang hati bila lepak bersama,..dan yang penting diri kita pun rasa macho dan kacak lagi bergaya bila diri kita bersih dan wangi..kan, kan

(image google) Agak-agak begini kot gaya mereka waktu sembuq perfume..bak tu tak sedor perfume cepat habis!..

Cuma, aku agak hairan la kat sesetengah lelaki kat luar sana tuh,..hang memang suka sembuq perfume tu seluruh badan eh..boleh pening kepala orang sekeliling hang tu..

Aku nak cerita, sebelum jumaat yang lalu seperti biasa aku akan berkampung di sudio, semestinya berbagai bau berlegar-legar..memulanya aku sangkakan wangian yang mencanak-canak datang dari aweks yang baru datang…so memang aku tak kisah sangat lah, pempuan kan..


Tiga jam berlalu ada lagi bau perfume tu..


Tiga jam lagi berlalu, masih ada lagi ( masa nih aweks-aweks tadi dah belah dah..)



Rupanya bau yang mencanak-canak tu datang dari bebudak lelaki..aduh, bapak kuat bau perfume..agak-agak la dah pukul tiga pagi still wangi..nie melebih namanya..keke




terima kasih baca entri ini^^

February 20, 2014

Saya Pilih Fatin Liyana Asri

Assalamualaikum


Pertama sekali aku nak minta maaf bebanyak, kat blogger yang selalu datang ke sini kerana banyak entri yang diterbitkan berkaitan kerja-kerja kelas.. bukan niat nak menunjuk, cuma entri-entri ini digunapakai sebagai rujukan buat rakan-rakan kelas yang turut sama berjuang demi segulung ijazah.

Entri dua tiga hari nie, agak sama dan mungkin membosankan, aku ingat nak selang -seli kan antara kerja dengan entri yang biasa aku terbitkan..


Ini salah satu kerja yang sedang berjalan, baru sahaja bermula, tidak siap sepenuhnya lagi...submit date..minggu hadapan setahu aku dan, tetiba terfikir blog tak berupdate untuk hari ini..Blogger Fatin Liyana Asri - tutorial?  sory, aku tak pandai nak buat tutorial pasal ini, kalau nk dicerita panjang sangat..ponat lolah deng nanti..





terima kasih baca entri ini^^

February 19, 2014

Design Game Menggunakan Microsoft Power Point -Wordless Wednesday

Assalamualaikum










happy Wednesday^^



February 18, 2014

Platform Blogspot Dalam Kuliah

Assalamualaikum


Selalu bila kita dengar orang berborak pasal blog, mesti ada kaitan dengan jana wang ( income katanya), nak cari kenalan, nak luahkan apa yang terbuku dihati dan bermacam lagi, tapi tahun ini aku belajar perkara baru mengenai blogspot..

Har, best nya blogspot nie bila diaplikasikan dalam pembelajaran dan pengajian semasa kuliah atau sebagai platform penyampaian hasil kerja pelajar kepada para pensyarah..

.. “ awak akan gunakan platform blogspot sebagai profile kerja awak untuk menyampaikan hasil kerja cam Art work, hasil kajian dan apa juga projek yang membabitkan subjek pengajian..sebab ada company akan melihat hasil kerja awak melalui platform sebegini”…ini apa yang pensyarah aku cakap lah



Sekarang sapa-sapa yang suka memperlekeh medan blogspot nie, sila betulkan pendirian balik ye..and one more, selain blogspot korang boleh menggunakan platform wix.com dan prezi.com secara percuma untuk menyampaikan idea-idea korang yang ohsem selain boleh dijadikan sebagai profile kerja..mana tahu semasa temuduga kerja nanti tetiba korang lupa bawa profile kerja, platform beginilah yang boleh menolong korang menambat hati penemuduga nanti.




terima kasih baca entri ini^^



February 15, 2014

Pasang Header Blog [Blogspot]

Assalamualaikum


Alhamdulliah, akhirnya hasrat untuk tukar design header tercapai juga..niat nak tukar tu dah lama ada cuma masa tidak mengizinkan..^^




p/s : Sambung balik siapkan kerja Kids play's design menggunakan  Microsoft Power Point  :)



February 13, 2014

Perkara Yang Tak Best Pernah Berlaku

Assalamualaikum


Kalau ikutkan selera aku la, dah nama tak best, memang tak best la kan, tapi apa kan daya ada perkara yang tak best tu kena juga kita buat..tapi dalam banyak-banyak perkara yang tak best tu ada yang perlu dilakukan juga.


Wajib ulang exam mute – korang pernah tak kena ambil ujian mute berkali-kali sampai dapat band 4? Aku tak..Hahaha..aku bersukur dengan keputusan mute dulu..sekarang dah masuk universiti pun tak perlu risau pasal muet lagi..Lalal..tapi  kesian kat kawan-kawan yang sambung degree ( tempat belajar lain ), mereka kata kena dapatkan band 4 sebelum tamat belajar..Hoho


Signal minyak menyala ketika jalan jem! – sepanjang bergelar pemandu berhemah nie.. ada lah dua tiga kali  aku mengalami situasi signal minyak menyala..nak- nak lagi masa tu jem teruk..nie kira kes lupa isi minyak, bajet lepas nk jalan 50-100 km..keke


bayang kan korang tengah drive, tiba-tiba minyak lenyap dari tangki..Hoho

Pernah sekali dulu, ingat nak pergi isi minyak, belum sempat sampai Pum minyak lagi dah tersungkur di tepi jalan..adeh, jawabnya isi minyak dalam botol la sebelum isi dalam tangki minyak..


Datang kelas, tiba-tiba dapat info last minitmaaf kelas ditunda hari ini, saya ada kerja luar’ – ini perkara yang paling best sebenarnya..terutamanya bagi pelajar ipt..dan yang tak best nya..dah sampai  kelas baru dapat maklumat kelas ditunda atau batal… memang sedih la kan.. “kita datang nak belajar”   Hoho



February 12, 2014

Nak Dapakan 5 Mata Pun Susah -Wordless Wednesday

Assalamualaikum


Assignment banyak sangat..release tension main Flash Flappy Bird melaui laptod /pc kejap, tapi aku rasa makin stress ada ar..kekeke




happy blogging^^



How To Start The Day - Wordless Wednesday

Assalamualaikum



happy blogging @ semangat nih! keke

February 8, 2014

Rezeki Anak Sulung

Assalamualaikum


Sememangnya rakyat Malaysia percaya kepada rezeki anak sulung. Kehadiran cahaya mata pertama dalam sesebuah keluarga, sedikit sebanyak membawa kepada limpahan rezeki dan kebahagian dalam rumahtangga yang dikendaki oleh-Nya.



Bertuah dan bersyukurlah korang yang dilahirkan sebagai anak pertama dalam sebuah keluarga.

Sedikit kelebihan anak sulung (kelahiran pertama dalam keluarga);

      1- Tahukah korang yang dilahirkan sebagai anak sulung, sebenarnya korang telah mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapa yang lebih, yang tidak pernah didapati oleh adik-adik korang..cuba Tanya ibu bapa korang, bagaimana masa kecil korang dahulu..


2- Betapa bertuahnya korang apabila dilahirkan sebagai cucu sulung..pasti ketika itu betapa gembiranya nenek dan datuk korang kerana menerima kehadiran korang sebagai cucu pertama mereka.. tengok sudah la drama melayu, bagaimana layanan datuk dan nenek mereka setelah kehadiran cucu..suka kan mereka..begitu juga lah datuk dan nenek korang sewaktu ketika dahulu..


        3- Anak sulung sangat lah istimewa, korang tahu tidak bagaimana persedian menanti hari kelahiran korang di dunia, punyalah bertuah disediakan pelbagai peralatan dan pakaian baru untuk menyambut kehadiran korang. Kalau nak di bandingkan kehadiran anak kedua dan seterusnya, kebanyakan persediaan banyak yang di “kitar balik” (sekiranya masih elok) seperti buaian, pakaian, stoken, mainan dan lain-lain.


       4-  Layanan anak sulong sebelum tiba waktu persekolahan iaitu tadika, taska atau pra sekolah..punya lah cerewet terutamanya ibu korang. Mereka ingin memastikan korang berada dikawasan yang terbaik dan mendapat didikan yang bagus. Sekiranya korang menampakan prestasi yang cemerlang, kemungkinan besar adik-adik korang turut serta di tempatkan seperti mana korang dahulu..so, korang sebagai contoh kepada adik-adik la..


       5- Ibu bapa korang sanggup berbelanja lebih sedikit kepada korang semata-mata nak memastikan korang tidak menangis kerana tak dapat itu ini , memastikan korang kelihatan voge dikalangan anak kawan –kawan mereka..senang cerita serba baru dan bermacam lagi perkara.


February 7, 2014

Cara Terbaik Elakan Anak Kita Dari Bermain Suiz

Assalamualaikum

gamabr suiz

Nampakan gambar suiz diatas, idea sebegini tersangatlah menarik untuk melindungi anak-anak kita dari bermain dengan suiz ketika kita sedang leka dengan urusan kerja, rumah dan online ( blogger kekeke ).

suiz multinational sebegini bukan saja dapat mengelak anak-anak kita dari bermain, bahkan boleh mewujudkan satu konsep rumah yang mesra pengguna serta membawa kita kepada perubahan cara hidup..faham kah?. hehe

semoga perkongsian ini membawa satu idea yang menarik untuk digunapakai bagi rumah-rumah yang berkonsep moden dan memerlukan ketelitian dalam keselamatan..maksud aku, utamakan keselamatan la..terima kasih





February 5, 2014

Pasar Payang Kuala Terengganu - Wordless Wednesday

Assalamualaikum
















Langkah Mengenalpasti Kawan Atau Lawan

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu, nenek aku selalu berpesan berkawan biar seribu (dua ribu pun boleh katanya kekeke) tapi musuh jangan sekali..masa nih memang banyak nasihat kuar dari mulot nenek je..ummi aku pula tak dang nak nasihat, sibok mengiling bawang katanya..jadi nenek aku lah yang selalu basuh aku dengan nasihat dan peribahasa..


Dan kewujudan facebook ketika ini memang tepat pada masanya, kalau dilihat budaya berkawan manusia sekarang boleh dilihat dari jumlah kawan facebook..

.. “maa, maa…adik ada 1589 kawan,..ramai tak maa”.. dalam hati mama terfikir, anak aku nie kuar rumah pun tidak, sekolah baru masuk darjah dua..tiba-tiba ada kawan seramai tu,..mana datang..“Mana adik tahu kawan adik seramai itu”..,  anak dia pun jawab… “dalam facebook!”

Untung lah kan ramai kawan…( buat muka annoying )

Memandangkan mukadimah aku mengenai berkawan biar seribu, musuh jangan sekali..rasanya elok benar aku kongsikan langkah mengenalpasti kawan atau lawan.

Langkahnya ;

Korang tinggal satu rumah bersama, tetiba korang keciciran atas sebab-sebab tertentu atau lambat maklum..dalam situsi ini korang harus terlebih dahulu menyelidik beberapa perkara sebelum bertanyakan kepada housemate korang tu.. bertanya dahulu mengenai perkara yang ingin tahu dari pihak yang benar dan boleh dipercayai, cari dua atau tiga sumber yang korang rasa boleh dipercayai..setelah dapat maklumat tersebut, Korang boleh la bertanyakan kepada housemate ke, officemate ke atau kawan korang tu mengenai perkara yang ingin diketahuhi.. (Tanya dengan nada blur)

Sebagai contoh korang bertanya kepada housemate korang mengenai apa yang ingin diketahuhi..well, kalau jawapan yang diberi sama dengan jawapan dari sumber yang boleh dipercayai..dia merupakan kawan anda…, kalau jawapan tidak sama atau seperti ingin mengelak dari menyampaikan maklumat secara betul atau sahih..better korang berjaga-jaga..sebab orang sebegini dia hanya perlukan maklumat tepat dari kita saja untuk kepentingan diri sendiri.

injet injit semut, siapa sakit naik lalala...







February 4, 2014

Dungun - Photographer Sambilan

Assalamualikum

Semalam dan semalam punya semalam selamat sudah majlis akad nikah dan majlis persandingan sepupu fizi.. Alhamdulliah dengan sekali nafas termakbul ikatan yang sah..sepupu aku yang perempuan tuh..bila tengok mereka dah selamat diijabkabul..terasa makin dekat pula giliran aku..mudah mudahan kan...amin


Ini first time aku belajar ambil gambar kahwin..skung masih belajar lagi..tapi aku ketogori unoffical nyer photographer..tak leh nak lawan lagi lah brother Zahar Harun..



brother Zahar Harun sempat berpesan kat aku, "kalau kita nak berguru dengan photographer, kita kenalah berguru dengan mereka yang tidak lokek dengan ilmu fotografi..sebab ada antara mereka jenis yang menikam"..so aku mengangguk tanda faham akan maksudnya.

To my dear cousin Anisah Ismail, tahniah beb..InshaAllah i'm NEXT Haha ( ayat cam dah tak sabar! )




Terima kasih Baca entri ini^^

Jangan Berkasar Dengan Ibu Saudara Kamu

Assalamualaikum

Syukuran, aku masih dapat berkongsi pendapat dan pandangan kepada masyarakat..daripada masalah masyarakat kepada masyarakat juga aku kongsikan..well, selagi ada kudrat mengarang..insyaAllah aku akan kongsikan.

Lately, masyarakat kita semakin kurang sopan dalam tuturkata mahupun perbuatan..dalam kata lain semakin kurang hajar.. ,especially dalam konteks hubungan kekeluargaan.



Apa yang aku kongsikan merupakan kisah benar yang berlaku sebelum ini. Sikap kurang sopan anak saudara yang menghalang ibu saudara dengan melarang sambil menunjuk memberi isyarat ‘tidak’ dengan jari di hadapan muka ibu saudara mereka serta mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan kedengaran biadab selaku anak saudara.

Apa yang aku kesali adalah, sikap dan perbuatan mereka yang tidak menghormati ibu saudara mereka, perbuatan mereka ibarat menderhakai dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Masyarakat melayu seharusnya mengamalkan sikap hormat menghormati, yang tua di hormati, yang muda disayangi..tetapi perbuatan mereka tersebut telah mengundang rasa kecil hati, dan marah yang teramat  dan membawa kepada terputusnya hubungan yang terjalin sejak sekian lama…nasib la dia yang mulakan dulu.


Apa yang aku harapkan dari peristiwa ini, janganlah kita cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebaliknya kita siasat dahulu apa yang berlaku, sebelum kita menghukum.




February 1, 2014

Free topup Mini Giveaway

Assalamualaikum

Mari meriahkan mini GA Blog Madah Cinta Cik Akak 







Artikal terkini dari Babab.net