January 29, 2014

Home Made Chicken - Worldless wednesday

Assalamualaikum







^__^
Selamat Hari Rabu






January 28, 2014

Ilmu Blogspot Blogger Malaysia

Assalamualaikum

Sememangnya ilmu blogspot sangat luas..seluas mata yang memandang..kalau dulu aku rasa ilmu blogspot semudah makan kacang sambil layan Ariana Rose tu je..ambil satu, makan dan makan lagi..sudahnya aku tercekik jugak..harr, begitulah juga ilmu blogspot..dalam kita merasa ia sudah mencukupi untuk kita, sebaliknya tidak..banyak lagi ilmu yang yang tidak diketahuhi dan perlu dipelajari..

#- Tahukah kita wujudnya ‘broken link’ dalam blog kita? Apakah benda itu? Cam mana nak bersihkan/ buang kerosakan link? Meh sini baca..

Kalau sebelum nie aku tak tahu pun terdapat link rosak pada blog aku..sehinggalah aku menemui beberapa entri yang dibuat oleh rakan-rakan blogger mengenai kerosakan link..

Broken link atau pautan rosak/mati adalah pautan atau direktori yang tidak dapat dicapai, sama ada termasuk dalam kategori: http 403, http 404 - not found http 500 - internal server error, network - dns lookup error dan selainnya”-search by google

Pautan rosak boleh berlaku dari penganjuran apa jenis segmen yang telah dibuang dari blog oleh penganjur atau kita sendiri , juga boleh berlaku apabila pemilik blogspot bertukar kepada domain , pertukaran link iklan dan banyak lagi.

Korang boleh rujuk di FreeBroken Link untuk mengatahui jumlah kerosakan link atau klik Tutorial Cara Buang Link Rosak  untuk melihat cara membuang link yang rosak dari blog kita.



#-Review blog..indah khabar dari rupa..

Review blog bukan setakat buat tinjauan luaran semata-mata. Ia memerlukan kesungguhan dan masa untuk menyesuaikan diri dengan pemilik blog untuk direview..sebelum nie pernah dibincangkan Keseronok Bila Blog Kita Di Review, Tapi nak tahu? Klik je pautan itu.

Antara contoh review blog yang sangat ohsem, korang boleh klik banner blog MamaNiza


atau banner blog Saudara Bin Muhammad


Review yang baik dan berjaya mampu menarik pembaca untuk berkunjung ke blog kita..mungkin juga boleh menjadi pengikut blog..banyak contoh yang boleh diteladari dari kedua blogger ini melalui penulisan mereview blog orang lain.

#-Tingkatkan pageview dan tambah kenalan melalui ping blog!..

Ping blog atau kongsi link blog boleh meningkatkan pageview dan menambahkan kenalan..bagi newbie cara sebegini sesangatlah berkesan untuk mewawarkan kepada blogger lain akan kehadiran kita dalam duni maya ini.

Cara perkongsian boleh di buat melalui pelbagai cara mudah..semudah jari menaip katakan..antaranya menggunakan khidmat ping.je , blogr.my , ping busuk atau menggunkan khidmat group blogger di facebook seperti kelab emas putih dot com  atau Denaihati Network  atau korang boleh klik pautan ini untuk mengatahuhi group blogger di facebook.

Kekangan masa membataskan usaha gigih aku untuk mendalami ilmu blogspot secukupnya..hanya skadar mengatahui perkara-perkara umum dalam dunia blog seperti teknik SEO, ilmu tutorial , coding cod HTML dan beberapa lagi..

diharap dengan perkongsian ini dapat lah sedikit sebanyak membantu rakan-rakan blogger..terutamnya newbie.. because aku dulu pun merangkak seperti mana korang yang baru memulakan diri dalam dunia blog..Thank You..you


Kontes Ilmu Blogspot Blogger Malaysia dianjurkan oleh HASRULHASSAN.COM dan ditaja utama oleh Blog Hebat Syuhada1981.com, Dikbee.com, AbangEnsem.com, EjamOthman.com, Saji.my serta ditaja bersama oleh Blog Mesti Baca Babyaimacomel.blogspot.com, MawardiYunus.com, MiziSempoi.com, DindaMaisarra.blogspot.com, Ecadwinkyasha.com, Terbaek.net, DuniaFarisya.com, Paly.my, Phat.my dan Blog Ieta. Kontes Hadiah Utama Tunai RM400 disokong KomisenJobdirumah serta iBiasiswa.my.

January 27, 2014

Bila Hati Disakiti Dengan Siapa Kita Hendak Mengadu

Assalamualaikum

Zaman kanak-kanak aku dahulu tak der perasaan lain selain gembira, gembira dan terus gembira sampailah menangis yang dapat hentikan perasaan gembira.

Setiap hari pula banyak habiskan masa bermain dengan geng-geng kampung..dah tak fikir makan minum..dapat bermain dah  kenyang kata nya..paling best..bila mak turut suh balik..boleh pula nyorok bawah rumah..kalau tak harus kena bedal  Haha..

Bila dah besar panjang..memacam perasan datang menyelubungi secara misteri..sedih, marah, malu getik bagai kan..tambah lagi bila muncul facebook nie bertambah-tambah perasaan kat status tu..feeling excited , feeling Annoying , feeling love bagai kan..

Tapi pernah tak kita berfikir dengan siapa kita akan mengadu bila hati kita sedang bersedih..mengikut kitaran alam yang mendamaikan..yang belum 100% dicemari dengan adegan tak senonoh manusia Haha, kita pasti mencari makhluk Allah yang kita sanyangi.

Tapi siapakah mereka?

Tuhan Pencipta Alam


Bila hati kita sedang bersedih atau tengah disakiti..pendekatan paling dekat ialah kembali kepada fitrah kita sebagai munusia..

doa merupakan senjata paling mustajab untuk kita mengubati hati kita yang dibelengu kesedihan diatas kesakitan yang kita alami..mengadulah setiap dari kita kepada-Nya akan masalah yang kita hadapi..kerana Allah menyukai umatnya yang selalu menadah tangan , bersujud dan berdoa kepada-Nya.

Ibu Bapa


Ibu bapa merupakan darah daging kita..manusia yang menyayangi kita dari hari pertama kita dilahirkan sehinggalah kita berbulu bagai..

Semestinya ibu bapa merupakan manusia yang paling dekat dengan perasaan kita bila kita disakiti atau ketika kita sedang bersedih..

Ada setengah tu ibu bapa dijadikan tempat melepaskan geram anak-anak..sebab? hanya mereka dan ibu bapa mereka saja tahu..

Adik Beradik


Honestly, tidak semua dalam bilangan adik beradik boleh dibawa mengadu..setuju? kalau tempat untuk bergaduh..aku rasa ramai kot..Haha

Memandangkan adik-beradik aku under kindergarten gitu.. sangat tak secocok dengan jiwa aku..

Kawan Atau Bff


Kawan rapat agak ‘rare’ untuk aku mengadu..geli weh..jiwa harus kental..tak kan kita nak tujuk kat sahabat cam geng-geng najwa masa buat persembahan AJL 28..Haha takder kena mengana.

har, geng cam ginih jangan buat ngadu Haha
Tetapi sepanjang aku bergelar mahasiswa nie..ada je housemate ke, classmate ke duk ngadu sesame sendiri.. ada yang post di facebook dengan bahasa-bahasa kisan..ada yang buat kata-kata motivasi kepada diri sendiri dan yang tak boleh belahnya boleh pula tuju kat orang yang disakiti…mungkin itu cara mereka untuk meluahkan ketidak pusan mereka..how know right?

kawan sekarja kalau kita mahu kongsikan bersama mereka untuk menyelesaikan masalah rasanya tak dermasalah..kita boleh minta pendapat mereka atau meminta pertolongan mereka jika perlu.



Well, menulis entri kat blog pun salah satu cara kita meluahkan rasa ketidak puasan hati kita..Cuma berpadalah dengan kata-kata manis..jangan pula sampai terkeluar kata yang tidak sesuai dibaca oleh lapisan masyarakat..




Terima kasih baca entri ini ^^








January 20, 2014

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Mai dekat! Mai dekat! Ni segmen cari kawan, bukan segmen cari jodoh...hehe

Lately ni sally jarang blogwalking sebab sally dalam mood final exam...sebab tak nak hampakan korang...Sally buat satu segmen...sambil korang cari kawan, sally blogwalking...okay tak ni..?

http://sallysamsaiman.blogspot.com/2014/01/segmen-jalan-jalan-cari-kawan.html

Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan

Syarat-syaratnya:

  1. Follow blog Sally, Add To Circle Google+ Sally, Follow Twitter Sally dan Like Fanpage Sally
  2. Buat satu entry bertajuk Segmen Jalan-Jalan Cari Kawan.
  3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish.
  4. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen.
Segmen ini akan berlangsung dari  12/1/2014 sehingga 22/1/2014 (10pm)

2 orang blogger yang bertuah akan menerima hadiah saguhati (undian melalui random.org)

Kes Yang Boleh Buat Kita Bengang!

Assalamualaikum

Dulu kalau  orang kenakan aku tak kisah sangat..siap boleh buat muka ala-ala geomi lagi..lepas tu bila akhir baligh mula rasa menyentap..mungkin sebab masa itu jerawat berebot-rebot nak kuar..dan menyebabkan tahap sensitiviti mula menyerang.

Bila dah besar sikit..muncul perasaan nak pukul orang..tanpa balas kasihan..tapi tak jadi nak pukul sebab aku dilahirkan dengan jiwa yang penyayang..

Nampak tak riak wajah yang penyayang..krik..krik

Sampai sekarang aku memang tak kisah sangat kalau orang nak kata atau kenakan aku.. bukan aku tak nak balas balik..sebab aku dilahirkan dengan jiwa yang penyayang..perasaan itu tebantut dan terkentut bila nak pukul..nampak kan permainan aku..-_-‘

Cuma semenjak aku membesar dan makin diminati oleh adik-adik sekolah  nie, timbul perasaan yang tak boleh belah, iaitu kalau orang tumpang kereta aku..dah la makan boleh buang sampah dalam kereta aku merata-rata..selit sana sini…lepas tu boleh pula ‘leset’ tangan yang lepas makan kat kusyen kereta..ini memamg tak boleh terima.

Kes ke dua nie pula pasal kereta juga..kita kalau banyak sangat buat syarat orang nak tumpang kereta..nanti kata kita ni cerewet la..banyak soal la..ok begini..aku memang pantang kalau orang tutup pintu kereta bunyi dia macam nak tercabut..woi!! ko nak tanggalkan ke pintu kereta aku ke?.. aku kan kalau tupang kereta orang punya la sopan santun tutup pintu kereta..kot-kot la orang lain pun punya pendapat cam aku nie..kan tak pasal-pasal aku kena basuh..
google
Kes ketiga nie banyak berlaku semenjak aku pakai kereta..iaitu masalah pakir..pakir boleh jadi isu hangat . korang pernah tak time nak pakir je..nampak ruang cam kosong dari jauh..sampai je terselet kereta kancil atau kelisa tersorot kat celah-celah pakir..dah boleh jadi teka teki pula bila nak cari pakir..

Lagi pasal pakir..kita punya lama tunggu nak masuk pakir..duk tunggu empunya kereta isi barang dalam bonet kereta..alik-alik boleh pula bawak troli pergi masuk pasar raya balik..boleh hilang sifat penyayang aku bila kes sebegini berlaku..

Walauapa pun perasan korang bila ada yang mengata atau mengenakan korang..better u abaikan mereka-mereka ini..jangan fikir sangat..buat penat otak kita je..yang penting jadi diri kita…jangan balas apa yang mereka buat pada kita..insyaAllah u will be better kelak.



Terima kasih baca entri ini^^




January 19, 2014

Opening Degree Design Showcase

Assalamaulaikum

Alhamdulliah Degree Design Showcase hari pertama berlansung seperti mana yang telah dirancang..hari pertama pameran sangat sesak dengan bilangan pengunjung yang bukan saja datang untuk melihat pameran bahkan juga pengunjung yang hadir untuk membaca.

cakap banyak tak guna kan..meh kita lihat gambar yang sempat aku tangkap









Har, lelaju je aku tempek gambar tuk tontonan korang yang tidak dapat datang.. ini hanya sebilangan..banyak lagi hasil kerja pelajar UNiSZA …so mana-mana yang berdekatan dengan Perpustakaan kuala Terengganu dijemput datang ke pameran ini.

DEGREE DESIGN SHOWCASE
FACULTY OF ART AND ENGINEERING TECHNOLOGY
UNIVERSITI SULTAN ZAINAL ABIDIN
Date : 18-20 January 2014
Venue: Perpustakaan Awam Kuala Terengganu

January 17, 2014

Ciri Lelaki Pilihan Sebagai Suami

Assalamualaikum

Alhamdulliah entri seminggu dua nie cam banyak..biar seketul dua je yang updatenye haha...tapi tetap bersyukur kepada-Nya kerana diberi idea untuk disampaikan..kata orang ilmu perlu disampaikan..jangan loket..ye idok cik senah ooi..

agak istimewa topic aku hari ini..kebiasaan aku mengutarakan topic mengenai lelaki kepada pempuan..kali ini mengenai pempuan yang tengah mencari pasangan pilihan yang harus dibaca oleh kaum Adam...harr pempuan kepada lelakilah tu kan..

creadit to http://syakirahradzali.blogspot.com

anda lelaki kat luar tu tahukah kita apa yang dicari oleh seorang perempuan yang membabitkan soal jodoh..bukan kita je yang nak memilih pempuan mana yang sesuai untuk kita..mereka pun nak memilih siapa bakal suami mereka kelak..

#1-Lelaki yang ego tapi penyayang

Bagi mereka pilihan bakal suami yang ego dan penyayang tersangatlah romatik. Sebab ada sesetengah wanita sukakan lelaki yang ‘memerintah’ mereka. Maksudnya lelaki yang bertegas dengan pendirian dia dalam menjalani pelayaran rumahtangga dan pada masa yang sama seorang yang penyayang terhadap isteri dan keluarga.


#2-Lelaki yang rajin dan romantik

Pilihan sebegini banyak berlaku kepada wanita yang berkerjaya. Memandangkan mereka (wanita) bekerja, schedule mereka tidak menentu dan kurang terurus terutama setelah melangkah ke alam perkhwinan.( maklum lah sekarang kalau setakat pasangan kau sorang yang tanggung agak susah la sikit ..than, kalau nak harapkan kangkung je..memang tak la kan) dalam hai ini wanita memerlukan pasangan yang boleh menguruskan kerja-kerja rumah seperti masak ke, kemas rumah, atau jaga anak..dan jangan pula si isteri mengabaikan tanggunjawab sebagai isteri ye..takmo..takmo..


#3-Lelaki yang tidak cerewet

Ada dikalangan wanita menyukai lelaki yang tidak cerewet dalam pelbagai perkara. Bagi mereka pilihan suami yang tidak cerewet memudahkan dan sangat membantu mereka menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri.. well pasangan haruslah serasikan..kalau tidak bukan jodoh pula kan.


#4-Lelaki matang

Hurmm, pilihan lelaki yang ingin dijadikan suami yang matang sangat dititikberatkan oleh wanita sebelum menerima lelaki itu sebagai pasangan sehidup semati..kematangan haruslah merangkumi perbuatan, pertutran, pemikiran mahupun personality lelaki. 

Wanita yang menyukai lelaki yang matang dari pelbagai aspek mudah merasakan pasangan mereka memahami kehendak, rasa diri dihargai dan disanyangi dengan perbuatan dan tingkah laku si suami yang matang.


#5-Lelaki soleh

Aku banyak prefer kepada rakan-rakan pempuan  yang aku kenal.. so mereka ini sangat menyukai lelaki yang boleh membimbing mereka dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Jadi tidak hairanlah ramai dikalangan wanita mengimpikan lelaki yang soleh dalam list pasangan hidup mereka.

Suami yang soleh untuk wanita yang solehah..so kalau nak memiliki pasangan yang soleh/ah diri kita dahulu yang harus berubah. insyaAllah mudah-mudahan kita memperolah pasangan yang diimpikan.


Har,apa pun tidak kira lah perempuan atau lelaki..soal jodoh sudah ditentukan cuma kita perlu berusaha sikit untuk mendapatkan nya..ingat..kalau kita baik..insyaAllah kita akan dapat pasangan yang baik..


terima kasih baca entri ini^^

Exceed'III - Degree Design Showcase

Assalamualaikum

Penguruman kepada makhluk Allah yang awesome! bahawasanya pada 18 hingga 20 January 2014 akan diadakan satu showcase untuk mempamirkan hasil kerja pelajar tahun akhir Ijazah Rekabentuk yang dikenali sebagai Exceed'III - Degree Design Showcase.


So..korang yang ketika ini berada di Kuala Terengganu atau kebetulan ada appointment kat area Kuala Terengganu atau yang sedang menuntut di Kuala Terengganu atau pun yang sedang bercuti bersama keluarga..meh-meh sini, ajak anak-anak, kalau boleh ajak je sedara mara..tuk nenek pun boleh untuk berkunjung ke pertunjukan kami (kami kata kau..bila pula aku jadi crew) yang akan diadakan di Perpustakaan Awam Negeri Terengganu.

selain di corong-corong radio..di akhbar pun terdapat promo mengenai progaram ini^^ dapatkn akhbar hokey!

Banyak weii game yang sudah diatur untuk bakal pengunjung nanti..better korang  bawak anak-anak atau adik sebab ada pertandingan mewarna..sebab itu je game yang aku tahu..haha and please save the date sekarang..walaupun program ini akan berlansung tak sampai 24 jam lagi..ahaks 




terima kasih baca entri ini^^ 


January 15, 2014

Segmen-1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah

Assalamualaikum

Buat pertama kalinya, blog ini menganjurkan giveaway sempena menghargai para pengikut dan juga pembaca blog Ainim Rashihah. Sebagai salah satu usaha untuk menghargai sokongan kalian semua, Ainim nak adakan giveaway pertama blog ini.


Semua orang boleh sertai giveaway ini, tapi kenalah ikut syarat-syarat berikut:

1. Follow blog Ainim Rashihah, Add To Circle Google+ Ainimsuju, Follow Twitter Ainimsuju dan Like Fanpage Blog Ainim Rashihah
2. Buat satu entri bertajuk 1st Mini Giveaway by Ainim Rashihah
3. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
4. Tinggalkan URL entri kalian ke dalam ruangan komen ini.
5. Tarikh tamat giveaway ini ialah pada 30 Januari 2014.

Pemenang akan diumum pada 6 Februari 2014 dan pemilihan pemenang adalah melalui random.org

January 14, 2014

Pasang Button Like Pada Header Blog

Assalamualaikum

Short entry pepagi yang warna warni kat depan tv hari ini..Alhamdulliah umat islam hari ini terutama di negara kita bersama-sama menyambut sambutan Maulidur Rasul.

SALAM MAULIDUR RASUL 1435 H

semalam aku telah pun membuat satu perubahan pada blog ini..tak besar pun perubahannya sekadar menambah button Like page's Facebook pada ruangan header blog.



kalau sudi, sila klik button Like..tersangat terima kasih^^


January 11, 2014

kes Yang Biasa Berlaku Pada Lelaki

Assalamualaikum

Aku kan bukan nak salahkan kaum sendiri..tapi dah nama lelaki, bila nampak aje pempuan cantik lintas depan mata mula lah tak senang duduk..

Bagi insan yang setia pada yang satu seperti aku nie..kekadang aku sendiri tidak terlepas dari berkelakuan seperti berok dapat bunga..haha

Kadang-kadang lebih dari berok pun pernah..macam kawan aku tu..bila ada aje awek lintas atau dia sendiri sengaja lintas depan awek..dia punya perangai tak leh nak control..haha



Aweks lampu isyarat

Korang pernah tak terlihat, terjumpa, terserempat atau merasa secara kebetulan atau sengaja  bila ada aje aweks berhenti dipersimpangan lampu isyarat..mesti ada mana-mana lelaki tetiba je tekan minyak kereta atau motor..haha..tambah lagi kalau pempuan tu berpakaian seksi..masa tu masing-masing nak tunjuk keyakinan yang meninggi supaya aweks tu pandang kearah mereka.. nak tujuk macho la kot..

Bila aweks bagi signal hijau

Yang nie lagi sengal..bolah jadi kes abaikan kawan..sedang lelaki-lelaki kacak lepak sambil minum dan usha-usha awek..sangkut lah satu aweks..okey! kalau setakat sangkut boleh terima lagi lah..tapi yang sengalnya boleh jadi kes kawan abai kawan doew..haha..tau lah aweks tu bagi signal..tapi tak yah lah sampai abaikan kawan ko kat sebelah kan..

Main mata

Kitaorang kan suka tengok benda-benda cantik.. walaupun muka kitaorang berjerawat tunggan langan kat muka..tapi depa hanya suka tengok yang berdahi licin habaq hang..tetapi dalam kes nie aku tidak ada kena mengena lansung..

aku pernah lalui satu cerita yang agak lemau..sorang mamat nie..dia bonceng aweks dia..tengah-tengah drive tu dia nampak awek kat tepi jalan..apa lagi mamat tu pelankan kenderaan dia dan boleh pulak duk pewit-pewit kat sebelah makwe dia..seb baik makwe dia pekak..ahhah

dan banyak lagi kes yang biasa berlaku pada lelaki..kekadang yang pelik-pelik pun ada haha..ok bey^^


terima kasih baca entri ini :)  




Artikal terkini dari Babab.net