December 29, 2014

Pemeriksaan Fizikal, Temu Duga Penolong Pegawai Pengutkuasa N27



Assalamualaikum,

Finally aku update juga entri mengenai panggilan temu duga Temu Duga Penolong Pegawai Penguatkuasa N27. sambungan kononya..haha. Alhamdulliah dan terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog kakikerja.

Firstly I would like to say congratulation! to all coz, you guy’s terpilih untuk di panggil menjalani pemeriksaan fizikal, temuduga and so on terutamanya ‘freshly’ calon baru…(harr, gedik pulak jadinya )yang bakal di panggil awal tahun 2015, insha-Allah.
 


Dahulu, (macam dah dah berabad kan) Aku pernah menjadi seperti salah seorang dari korang..dedo nyer hanya Allah swt saje yang tahu.. godek internet, baca apa yang patut dan tawakal..macam korang sekarang mesti duk google cari tip temu duga ke apa kan…hurmmm tahu dah…

Dari pada pengalaman yang pernah aku lalui..aku bermula dengan pemeriksaan fizikal pastue exam pastue temu duga pastue calon simpanan dan sekarang Alhamdulliah dapat juga kerja.. Cuma korang nampak sedikit berbeza dariapa yang aku lalui sebelom ini..

Okey.. meh aku kasi tip dari pengalaman aku dulu.. mana tahu berguna sedikit sebanyak ke pada korang yang baru pertama kali menjalani sesi temu duga..

Persiapan fizikal -sebelom melangkah ke kawasan pemerikasan fizikal make sure badan korang kuat dan bersemangat.. kalau sempat pergilah bersenam ke apa yang patut dulu sebelum hari pemeriksaan.. gigih juga nak lari pusing padang beberap apusingan, sit-up segala bagaikan.. hard core weii..

Persiapan mental- ini aku lemah sikit huhu, tapi korang bacalah apa yang patut mengenai skoalan yang bakal di tanya nanti.. okey?  Good!

Persiapan dokumen - dokumen harus lengkap sebagaimana yang dikehendaki.. nanti jangan pula ada yang lupa ke apa..dan ingat dokumen samasa pemeriksaan fizikal dan temu duga berbeza.. harrrr sila perihatin yerr

Pakaian – semasa hari pemeriksaan fizikal korang diminta pakai baju sukan kan.. so berbaju sukanlah korang ketika itu..

Pakaian ketika sesi Temu Duga-  nanti pakailah hansome sikit.. rambut kasi kemas bagi kaum adam,  kaum hawa pula pakai tu biarlah sopan dan kemas.. mack-up sikit..dan sembur wangian sikit.. hurmm sila jaga eh wangian korang tu jangan sampai pegawai penemuduga korang nanti tegur.. hak hak hak

Etika semasa masuk ke bilik Temu Duga –  Haarr korang ingat masuk bilik temu duga boleh main masuk macam tu je… mana boley bro....meh aku kasi tau.. first, ketuk pintu.. lepas ketuk agak- agak dyeorang suh masuk, korang masuk la.. then, ini cara aku dulu okey hurmmm segan lak rasa..berisalam   “Assalamualaikum.. Tuan/Puan”..harrr cam tulah.. kata penguatkuasakan.. lepastue letak dokumen korang atas meja kemudian duduk.. masa tu korang kena berlagak cool. .jangan gelabah  tau.. gagap gagap semua tu tak nak.. releks je..cakap masa tu pun stedy je.. jawab bila di aju kan soklan dengan tenang.. insha-Allah.

Tip tambahan bagi yang tengah belajar.. kalau dyeorang tanya korang masih belajar atau tengah bekerja.. cakap tengah bekerja.. jangan bagi tau kerja apa… kalau dia tanya juga cakap la kerja part-time ke, bantu mak ayah kat kampung ke,  menganggur boleygak.. hahaha

Dan tip paling terakhir adalah berdoa kepada-Nya agar dapat pegawai yang bakal menemuduga korang nanti baik-baik orangnya, di lembutkan hati mereka ketika soal jawab, mana tahu nanti dapat pegawai yang ‘sporting’.. insha-Allah.

aku harap tip ini dapat memberi gambaran awal serta persedian awal bagi calon baru pertama kali dalam proses temu duga yang bakal berlansung..okey? Good! insha-Allah dapat..
 

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net