April 10, 2014

Sejauh Mana Kasih Sayang Kita Terhadap Kedua Ibu Bapa

Assalamualaikum


Bila hati berdetik, jantung mula berdebar-debar…bila perasan rindu mula meiringi, air mata mula mengalir..hari ini aku menulis bukan sebagai admin yang hanya mahu mengaut ‘keuntungan’  , tapi sebagai seorang anak yang melihat sejauh mana kasih sayang kita kepada kedua ibu bapa.

gambar sekadar hiasan
Ibu bapa merupakan harta yang tiada dapat kita temui dimana-mana..mereka juga merupakan pendorong dan latar belakang kepada setiap kejayaan kita hari ini..terbukti bila kita mula mengungkap kata-kata penghargaan dalam kerja seperti kerja kursus dan seumpanya.

Manusia hari ini, bila di tuduh sebagai anak emak ke, anak bapa ke..cepat sangat melenting.. kenapa? Malu sangat ke bila mana orang lebelkan diri kita dengan kasih sayang ibu bapa kita sebagai ‘anak emak’ /bapa’?..eh, Awak, semestinya kasih sayang awak, sifat peribadi awak tu datang dari kedua ibu bapa awak juga kan…

Siapa lagi kalau bukan kedua ibu bapa kita yang paling dekat dengan kita untuk dicontohi,. Sifat peribadi kita hari ini datang dari darah dagin mereka, kasih sayang kita terhadap anak kita datang dari kasih sayang mereka, kesemulajadian kita sebagai manusia yang di hormati, dikasihi, di cintai datang dan bermula dengan titik peluh kedua ibu bapa kita yang bersusah payah membentuk kita menjadi manusia yang berguna.





p/s: rasa sedih masa lihat pertemun antara seorang anak yang dipenjarakan bertemu dengan ibu dan abang di Wanita Hari Ini -10/04/2014



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net