April 2, 2014

Belajar Buat Pilihan Sendiri

Assalamualaikum

Orang kata pilihan ditangan kita, kalau tanya aku, ..aku akan cakap pilihan aku, ditangan aku,..apa aku mahu, apa aku tidak mahu..aku punya suka kan..sama juga dengan korang kan..pilihan ditangan korang..

Sebelum itu perlu kita tahu, pilihan apa yang berada ditangan kita itu??..pilihan itu banyak..dan sangat banyak..sebab kita dianugerahkan akal fikiran untuk berfikir dan membuat pilihan dalam hidup kita..

….Beb, beb cantik la tudung tu, tengah hot kot…jom beli nak??..ko nak yang mana??..aku ikut ko je.
….Lu nak yang mana nie??...hurmm,..lu nak yang mana..waa ikot  lu je…

…kita nak makan apa rienie??..mekD nak ?? pun bolehh.. (dalam hati,..aku dah la tengah kering nie..tapi, boleh la…)

Bunyi macam normal kan, tapi..

Kalau hidup kita terlalu bergantung kepada pilihan orang lain kita ibarat lembu yang dicucuk tali di hidung..camon la beb, burung merpati pun boleh terbang bebas dan pergi kemana dia nak terbang than siap boleh pulang sendiri, tak kan kita manusia yang berakal nak ikut telunjuk manusia yang sentiasa berkepentingan.


Sebab itu pilihan terletak ditangan kita,..kita berhak memilih jalan yang kita mahu..kita berhak mengubah diri kita menjadi apa yang kita inginkan..turun naik kejayaan kita yang tentukan..tidak dinafikan kita mampu merancang tapi Allah yang tentukan..tapi sekurang nya bagilah sedikit ruang untuk diri kita sendiri berubah dan menjadi apa yang kita inginkan dan buat apa yang kita suka..

InshaAllah,..mudah-mudahan dengan pilihan yang kita pilih mendapat keberkatan serta berkat dari-Nya dan mampu mengubah diri kita menjadi yang lebih baik dari yang baik..amin..

Rasanya cukup saja entri hari ini, semoga kita semua berada dalam kalangan manusia yang bijak membuat pilihan yang tepat untuk diri sendiri..




Terima kasih baca entri ini J
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net