March 27, 2014

Apabila Rasa Diri Sempurna, Mulalah Bercerita Prihal Orang Lain

Assalamualakum

Maaf kiranya tajuk entri dah boleh dikira sebagai karangan..memang sengaja dipanjangkan tajuk entri supaya pembaca faham akan maksud entri yang bakal dikongsikan.

Kekadang kesian aku melihat manusia yang duk mencari kelemahan dan kekurangan orang lain, sedangkan diri sendiri pun masih banyak yang perlu diperbaiki..

Dalam situasi ini, kita haruslah selidik terlebih dahulu kelebihan dan kekurangan diri kita sebelum kita melontarkan kata-kata yang boleh menyinggung perasaan orang lain.

Aku faham situasi manusia –manusia yang selalu mengeluarkan status di pacebok yang kekadang punya maksud dan niat tersendiri,..tidak kira lah kepada sesiapa pun dia tujukan..bagi dia siapa makan cili, dia terasa pedah..

ada dua niat yang aku rasakan juga dari pengalam sendiri;

1. Dengan niat ingin menegur, Cuma mungkin teguran sebegini akan disalah anggap atau disalah erti.

2. Dah memang niat nak mendajal kawan awak tu kan..melepas geram dengan mengeluarkan kata-  kata kias lagi berkias serta maksud yang dalam.

Berfikir lah sebelum mengelurkan kata-kata yang tidak manis yang boleh menguriskan hati kita sesame manusia... :)

  
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net