February 8, 2014

Rezeki Anak Sulung

Assalamualaikum


Sememangnya rakyat Malaysia percaya kepada rezeki anak sulung. Kehadiran cahaya mata pertama dalam sesebuah keluarga, sedikit sebanyak membawa kepada limpahan rezeki dan kebahagian dalam rumahtangga yang dikendaki oleh-Nya.



Bertuah dan bersyukurlah korang yang dilahirkan sebagai anak pertama dalam sebuah keluarga.

Sedikit kelebihan anak sulung (kelahiran pertama dalam keluarga);

      1- Tahukah korang yang dilahirkan sebagai anak sulung, sebenarnya korang telah mendapat kasih sayang dari kedua ibu bapa yang lebih, yang tidak pernah didapati oleh adik-adik korang..cuba Tanya ibu bapa korang, bagaimana masa kecil korang dahulu..


2- Betapa bertuahnya korang apabila dilahirkan sebagai cucu sulung..pasti ketika itu betapa gembiranya nenek dan datuk korang kerana menerima kehadiran korang sebagai cucu pertama mereka.. tengok sudah la drama melayu, bagaimana layanan datuk dan nenek mereka setelah kehadiran cucu..suka kan mereka..begitu juga lah datuk dan nenek korang sewaktu ketika dahulu..


        3- Anak sulung sangat lah istimewa, korang tahu tidak bagaimana persedian menanti hari kelahiran korang di dunia, punyalah bertuah disediakan pelbagai peralatan dan pakaian baru untuk menyambut kehadiran korang. Kalau nak di bandingkan kehadiran anak kedua dan seterusnya, kebanyakan persediaan banyak yang di “kitar balik” (sekiranya masih elok) seperti buaian, pakaian, stoken, mainan dan lain-lain.


       4-  Layanan anak sulong sebelum tiba waktu persekolahan iaitu tadika, taska atau pra sekolah..punya lah cerewet terutamanya ibu korang. Mereka ingin memastikan korang berada dikawasan yang terbaik dan mendapat didikan yang bagus. Sekiranya korang menampakan prestasi yang cemerlang, kemungkinan besar adik-adik korang turut serta di tempatkan seperti mana korang dahulu..so, korang sebagai contoh kepada adik-adik la..


       5- Ibu bapa korang sanggup berbelanja lebih sedikit kepada korang semata-mata nak memastikan korang tidak menangis kerana tak dapat itu ini , memastikan korang kelihatan voge dikalangan anak kawan –kawan mereka..senang cerita serba baru dan bermacam lagi perkara.


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net