February 5, 2014

Langkah Mengenalpasti Kawan Atau Lawan

Assalamualaikum


Masa kecik-kecik dulu, nenek aku selalu berpesan berkawan biar seribu (dua ribu pun boleh katanya kekeke) tapi musuh jangan sekali..masa nih memang banyak nasihat kuar dari mulot nenek je..ummi aku pula tak dang nak nasihat, sibok mengiling bawang katanya..jadi nenek aku lah yang selalu basuh aku dengan nasihat dan peribahasa..


Dan kewujudan facebook ketika ini memang tepat pada masanya, kalau dilihat budaya berkawan manusia sekarang boleh dilihat dari jumlah kawan facebook..

.. “maa, maa…adik ada 1589 kawan,..ramai tak maa”.. dalam hati mama terfikir, anak aku nie kuar rumah pun tidak, sekolah baru masuk darjah dua..tiba-tiba ada kawan seramai tu,..mana datang..“Mana adik tahu kawan adik seramai itu”..,  anak dia pun jawab… “dalam facebook!”

Untung lah kan ramai kawan…( buat muka annoying )

Memandangkan mukadimah aku mengenai berkawan biar seribu, musuh jangan sekali..rasanya elok benar aku kongsikan langkah mengenalpasti kawan atau lawan.

Langkahnya ;

Korang tinggal satu rumah bersama, tetiba korang keciciran atas sebab-sebab tertentu atau lambat maklum..dalam situsi ini korang harus terlebih dahulu menyelidik beberapa perkara sebelum bertanyakan kepada housemate korang tu.. bertanya dahulu mengenai perkara yang ingin tahu dari pihak yang benar dan boleh dipercayai, cari dua atau tiga sumber yang korang rasa boleh dipercayai..setelah dapat maklumat tersebut, Korang boleh la bertanyakan kepada housemate ke, officemate ke atau kawan korang tu mengenai perkara yang ingin diketahuhi.. (Tanya dengan nada blur)

Sebagai contoh korang bertanya kepada housemate korang mengenai apa yang ingin diketahuhi..well, kalau jawapan yang diberi sama dengan jawapan dari sumber yang boleh dipercayai..dia merupakan kawan anda…, kalau jawapan tidak sama atau seperti ingin mengelak dari menyampaikan maklumat secara betul atau sahih..better korang berjaga-jaga..sebab orang sebegini dia hanya perlukan maklumat tepat dari kita saja untuk kepentingan diri sendiri.

injet injit semut, siapa sakit naik lalala...







Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net