February 4, 2014

Jangan Berkasar Dengan Ibu Saudara Kamu

Assalamualaikum

Syukuran, aku masih dapat berkongsi pendapat dan pandangan kepada masyarakat..daripada masalah masyarakat kepada masyarakat juga aku kongsikan..well, selagi ada kudrat mengarang..insyaAllah aku akan kongsikan.

Lately, masyarakat kita semakin kurang sopan dalam tuturkata mahupun perbuatan..dalam kata lain semakin kurang hajar.. ,especially dalam konteks hubungan kekeluargaan.



Apa yang aku kongsikan merupakan kisah benar yang berlaku sebelum ini. Sikap kurang sopan anak saudara yang menghalang ibu saudara dengan melarang sambil menunjuk memberi isyarat ‘tidak’ dengan jari di hadapan muka ibu saudara mereka serta mengeluarkan kata-kata yang kurang sopan dan kedengaran biadab selaku anak saudara.

Apa yang aku kesali adalah, sikap dan perbuatan mereka yang tidak menghormati ibu saudara mereka, perbuatan mereka ibarat menderhakai dan boleh meruntuhkan institusi kekeluargaan.

Masyarakat melayu seharusnya mengamalkan sikap hormat menghormati, yang tua di hormati, yang muda disayangi..tetapi perbuatan mereka tersebut telah mengundang rasa kecil hati, dan marah yang teramat  dan membawa kepada terputusnya hubungan yang terjalin sejak sekian lama…nasib la dia yang mulakan dulu.


Apa yang aku harapkan dari peristiwa ini, janganlah kita cepat menjatuhkan hukuman kepada seseorang sebaliknya kita siasat dahulu apa yang berlaku, sebelum kita menghukum.




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net