January 20, 2014

Kes Yang Boleh Buat Kita Bengang!

Assalamualaikum

Dulu kalau  orang kenakan aku tak kisah sangat..siap boleh buat muka ala-ala geomi lagi..lepas tu bila akhir baligh mula rasa menyentap..mungkin sebab masa itu jerawat berebot-rebot nak kuar..dan menyebabkan tahap sensitiviti mula menyerang.

Bila dah besar sikit..muncul perasaan nak pukul orang..tanpa balas kasihan..tapi tak jadi nak pukul sebab aku dilahirkan dengan jiwa yang penyayang..

Nampak tak riak wajah yang penyayang..krik..krik

Sampai sekarang aku memang tak kisah sangat kalau orang nak kata atau kenakan aku.. bukan aku tak nak balas balik..sebab aku dilahirkan dengan jiwa yang penyayang..perasaan itu tebantut dan terkentut bila nak pukul..nampak kan permainan aku..-_-‘

Cuma semenjak aku membesar dan makin diminati oleh adik-adik sekolah  nie, timbul perasaan yang tak boleh belah, iaitu kalau orang tumpang kereta aku..dah la makan boleh buang sampah dalam kereta aku merata-rata..selit sana sini…lepas tu boleh pula ‘leset’ tangan yang lepas makan kat kusyen kereta..ini memamg tak boleh terima.

Kes ke dua nie pula pasal kereta juga..kita kalau banyak sangat buat syarat orang nak tumpang kereta..nanti kata kita ni cerewet la..banyak soal la..ok begini..aku memang pantang kalau orang tutup pintu kereta bunyi dia macam nak tercabut..woi!! ko nak tanggalkan ke pintu kereta aku ke?.. aku kan kalau tupang kereta orang punya la sopan santun tutup pintu kereta..kot-kot la orang lain pun punya pendapat cam aku nie..kan tak pasal-pasal aku kena basuh..
google
Kes ketiga nie banyak berlaku semenjak aku pakai kereta..iaitu masalah pakir..pakir boleh jadi isu hangat . korang pernah tak time nak pakir je..nampak ruang cam kosong dari jauh..sampai je terselet kereta kancil atau kelisa tersorot kat celah-celah pakir..dah boleh jadi teka teki pula bila nak cari pakir..

Lagi pasal pakir..kita punya lama tunggu nak masuk pakir..duk tunggu empunya kereta isi barang dalam bonet kereta..alik-alik boleh pula bawak troli pergi masuk pasar raya balik..boleh hilang sifat penyayang aku bila kes sebegini berlaku..

Walauapa pun perasan korang bila ada yang mengata atau mengenakan korang..better u abaikan mereka-mereka ini..jangan fikir sangat..buat penat otak kita je..yang penting jadi diri kita…jangan balas apa yang mereka buat pada kita..insyaAllah u will be better kelak.



Terima kasih baca entri ini^^




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net