January 17, 2014

Ciri Lelaki Pilihan Sebagai Suami

Assalamualaikum

Alhamdulliah entri seminggu dua nie cam banyak..biar seketul dua je yang updatenye haha...tapi tetap bersyukur kepada-Nya kerana diberi idea untuk disampaikan..kata orang ilmu perlu disampaikan..jangan loket..ye idok cik senah ooi..

agak istimewa topic aku hari ini..kebiasaan aku mengutarakan topic mengenai lelaki kepada pempuan..kali ini mengenai pempuan yang tengah mencari pasangan pilihan yang harus dibaca oleh kaum Adam...harr pempuan kepada lelakilah tu kan..

creadit to http://syakirahradzali.blogspot.com

anda lelaki kat luar tu tahukah kita apa yang dicari oleh seorang perempuan yang membabitkan soal jodoh..bukan kita je yang nak memilih pempuan mana yang sesuai untuk kita..mereka pun nak memilih siapa bakal suami mereka kelak..

#1-Lelaki yang ego tapi penyayang

Bagi mereka pilihan bakal suami yang ego dan penyayang tersangatlah romatik. Sebab ada sesetengah wanita sukakan lelaki yang ‘memerintah’ mereka. Maksudnya lelaki yang bertegas dengan pendirian dia dalam menjalani pelayaran rumahtangga dan pada masa yang sama seorang yang penyayang terhadap isteri dan keluarga.


#2-Lelaki yang rajin dan romantik

Pilihan sebegini banyak berlaku kepada wanita yang berkerjaya. Memandangkan mereka (wanita) bekerja, schedule mereka tidak menentu dan kurang terurus terutama setelah melangkah ke alam perkhwinan.( maklum lah sekarang kalau setakat pasangan kau sorang yang tanggung agak susah la sikit ..than, kalau nak harapkan kangkung je..memang tak la kan) dalam hai ini wanita memerlukan pasangan yang boleh menguruskan kerja-kerja rumah seperti masak ke, kemas rumah, atau jaga anak..dan jangan pula si isteri mengabaikan tanggunjawab sebagai isteri ye..takmo..takmo..


#3-Lelaki yang tidak cerewet

Ada dikalangan wanita menyukai lelaki yang tidak cerewet dalam pelbagai perkara. Bagi mereka pilihan suami yang tidak cerewet memudahkan dan sangat membantu mereka menyesuaikan diri sebagai pasangan suami isteri.. well pasangan haruslah serasikan..kalau tidak bukan jodoh pula kan.


#4-Lelaki matang

Hurmm, pilihan lelaki yang ingin dijadikan suami yang matang sangat dititikberatkan oleh wanita sebelum menerima lelaki itu sebagai pasangan sehidup semati..kematangan haruslah merangkumi perbuatan, pertutran, pemikiran mahupun personality lelaki. 

Wanita yang menyukai lelaki yang matang dari pelbagai aspek mudah merasakan pasangan mereka memahami kehendak, rasa diri dihargai dan disanyangi dengan perbuatan dan tingkah laku si suami yang matang.


#5-Lelaki soleh

Aku banyak prefer kepada rakan-rakan pempuan  yang aku kenal.. so mereka ini sangat menyukai lelaki yang boleh membimbing mereka dalam segala aspek kehidupan dunia dan akhirat. Jadi tidak hairanlah ramai dikalangan wanita mengimpikan lelaki yang soleh dalam list pasangan hidup mereka.

Suami yang soleh untuk wanita yang solehah..so kalau nak memiliki pasangan yang soleh/ah diri kita dahulu yang harus berubah. insyaAllah mudah-mudahan kita memperolah pasangan yang diimpikan.


Har,apa pun tidak kira lah perempuan atau lelaki..soal jodoh sudah ditentukan cuma kita perlu berusaha sikit untuk mendapatkan nya..ingat..kalau kita baik..insyaAllah kita akan dapat pasangan yang baik..


terima kasih baca entri ini^^

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net