December 29, 2014

Pemeriksaan Fizikal, Temu Duga Penolong Pegawai Pengutkuasa N27



Assalamualaikum,

Finally aku update juga entri mengenai panggilan temu duga Temu Duga Penolong Pegawai Penguatkuasa N27. sambungan kononya..haha. Alhamdulliah dan terima kasih kepada yang sudi berkunjung ke blog kakikerja.

Firstly I would like to say congratulation! to all coz, you guy’s terpilih untuk di panggil menjalani pemeriksaan fizikal, temuduga and so on terutamanya ‘freshly’ calon baru…(harr, gedik pulak jadinya )yang bakal di panggil awal tahun 2015, insha-Allah.
 


Dahulu, (macam dah dah berabad kan) Aku pernah menjadi seperti salah seorang dari korang..dedo nyer hanya Allah swt saje yang tahu.. godek internet, baca apa yang patut dan tawakal..macam korang sekarang mesti duk google cari tip temu duga ke apa kan…hurmmm tahu dah…

Dari pada pengalaman yang pernah aku lalui..aku bermula dengan pemeriksaan fizikal pastue exam pastue temu duga pastue calon simpanan dan sekarang Alhamdulliah dapat juga kerja.. Cuma korang nampak sedikit berbeza dariapa yang aku lalui sebelom ini..

Okey.. meh aku kasi tip dari pengalaman aku dulu.. mana tahu berguna sedikit sebanyak ke pada korang yang baru pertama kali menjalani sesi temu duga..

Persiapan fizikal -sebelom melangkah ke kawasan pemerikasan fizikal make sure badan korang kuat dan bersemangat.. kalau sempat pergilah bersenam ke apa yang patut dulu sebelum hari pemeriksaan.. gigih juga nak lari pusing padang beberap apusingan, sit-up segala bagaikan.. hard core weii..

Persiapan mental- ini aku lemah sikit huhu, tapi korang bacalah apa yang patut mengenai skoalan yang bakal di tanya nanti.. okey?  Good!

Persiapan dokumen - dokumen harus lengkap sebagaimana yang dikehendaki.. nanti jangan pula ada yang lupa ke apa..dan ingat dokumen samasa pemeriksaan fizikal dan temu duga berbeza.. harrrr sila perihatin yerr

Pakaian – semasa hari pemeriksaan fizikal korang diminta pakai baju sukan kan.. so berbaju sukanlah korang ketika itu..

Pakaian ketika sesi Temu Duga-  nanti pakailah hansome sikit.. rambut kasi kemas bagi kaum adam,  kaum hawa pula pakai tu biarlah sopan dan kemas.. mack-up sikit..dan sembur wangian sikit.. hurmm sila jaga eh wangian korang tu jangan sampai pegawai penemuduga korang nanti tegur.. hak hak hak

Etika semasa masuk ke bilik Temu Duga –  Haarr korang ingat masuk bilik temu duga boleh main masuk macam tu je… mana boley bro....meh aku kasi tau.. first, ketuk pintu.. lepas ketuk agak- agak dyeorang suh masuk, korang masuk la.. then, ini cara aku dulu okey hurmmm segan lak rasa..berisalam   “Assalamualaikum.. Tuan/Puan”..harrr cam tulah.. kata penguatkuasakan.. lepastue letak dokumen korang atas meja kemudian duduk.. masa tu korang kena berlagak cool. .jangan gelabah  tau.. gagap gagap semua tu tak nak.. releks je..cakap masa tu pun stedy je.. jawab bila di aju kan soklan dengan tenang.. insha-Allah.

Tip tambahan bagi yang tengah belajar.. kalau dyeorang tanya korang masih belajar atau tengah bekerja.. cakap tengah bekerja.. jangan bagi tau kerja apa… kalau dia tanya juga cakap la kerja part-time ke, bantu mak ayah kat kampung ke,  menganggur boleygak.. hahaha

Dan tip paling terakhir adalah berdoa kepada-Nya agar dapat pegawai yang bakal menemuduga korang nanti baik-baik orangnya, di lembutkan hati mereka ketika soal jawab, mana tahu nanti dapat pegawai yang ‘sporting’.. insha-Allah.

aku harap tip ini dapat memberi gambaran awal serta persedian awal bagi calon baru pertama kali dalam proses temu duga yang bakal berlansung..okey? Good! insha-Allah dapat..
 

December 17, 2014

Hari Bekerja

Assalamualaikum

Semenjak bergelar pekerja upahan yang takder taraf nie..balik umah je mesti nak toto..harr, bukan katil tau..toto..disebabkan aku nie boleh dikira sebagai pekerja upahan..makan gaji lol, hidup pun tak berapa nak terurus..tidur pun pakai toto je..

Ini kalau pamely aku datang melawat tengok kehidupan aku kat sini, mau nye dibelikan apartmen..hahah berangan kemain qo ado? 

Sebagai seorang yang masih maru dalam dunia pekerjaan nie,.newbie kate kan..aku kat sini macam layang layang terputus tali… STRESSSSSSS TAU TAK! ..tapi disebabkan aku masih baru disini, aku hanya mampu menurut kata.. humble gituu

Aku kan kalau mood bangun pagi tak malas 7.40pg dah terpacak depan meja dah..nampak tak kegigihan  aku bekerja..tapi sampai waktu balik pukul 5ptg dah terpacak depan thumbprint..haha mana mampu nak kerja lebih masa..

Moral of the story sekali pun kita dah ada pengalaman, pengatahuan, ilmu dan sebagainya..selagi kita bergelar pekerja baru atau apa saja yang ‘baru’ atau ‘newbi’ janganlah kita meninggi diri..dengar dan turuti apa yang mereka katakan..ilmu susa nak dapat dari orang yang baru kita kenali mahupun dari apa yang kita pelajari..orite opismate suh photostat jap.. errrr ilmu juga tu..bye

December 16, 2014

Apo Cerito Sekarang



Assalamualaikum

Lamonyoo aku menyepi..ada yang masih mengigati diri ini kah? Hurmm,, semenjak dari cuti semesta lepas baru sekarang nak kembali update blog.. kesian kat blog nie dapat owner yang susah nak melekat kat blog sendiri.. sadisweii

Banyak perkara yang dah berlaku pada diri ini sepanjang ketidak-updatetan ( kemain ayat ) dalam dunia blogging nie..dan Alhamdulliah banyak juga apa yang dipinta, dihajati dimakbul kan oleh-Nya. Sesungguhnya Allah s.w.t Maha Mengatahuhi segalanya dan sebaik baik perancangan datang dari -Nya.

To my lovely friend, housemate, classmate at unisza, sayang sayang group  dan semua yang mengenali diri ini,.. aku harap korang juga memperoleh apa yang diikehendaki selama ini dan perkenalan kita tidak berhenti begitu sahaja, walau berjauhan wassappkan ado, inikan pula facebook yop...okey tak yah nak touching sangat kat sini, jiwa mau kental, hati mau kuat.


Orite!..let’s fresh our mind, let’s make something new and let’s start  a new life.. InshaAllah.

August 25, 2014

Usaha Ke Arah Kejayaan

Assalamualaikum

Cita-cita paling tinggi nak hantar Mak Ayah pergi buat  haji..

Cita-cita buat diri sendiri nak dapatkan perkerjaan yang elok dan halal..

Hurmm...

Kalau masa kecil dulu Kala..cita -cita tu mengunung ganang..semua nak yang bagus je..tapi masa tu lebih suka ikot cita-cita kawan..kawan nak jadi doktor,iter pun nak juga..kawan nak jadi cikgu,iter pun nak..hoho

Bercita - cita tu bagus..tapi lagi bagus bila cita-cita menjadi kenyataan..

Adakah cita-cita mendokong kepada usaha keras? hurmmm...

August 12, 2014

Rindu Awak 200% - Full Episod

Assalamualaikum


Ada yang menonton drama melayu yeng berjudul " Rindu Awak 200%".. karya novel Liyana Zahim amacam,.best tak citer nie? kalau tak best tak kan ada yang sanggup tengok berulang kali,..idak pun seblom pukul 7 dah ada yang mengadap TV kan.. huhu


[ SINOPSIS ] Zill Faezrul Iqbal- Jiwa Armel Aisya jadi nanar apabila teringat nama ini. bersifat tenang tapi bermulut celupar sungguh menjengkelkan hati Armel Aisya, Tapi, dia tak boleh banyak bunyi. Dia sendiri yang memilih lelaki itu untuk menjadi suaminya.

Ibarat minyak dengan air, mereka tak boleh bersatu. Akibatnya rumah tangga mereka tidak pernah aman ! Penyudahnya Amel ke Utara , Faezrul ke selatan . Namun semakan faezrul tidak peduli , semakin sakit hati Armel.

Misteri Faezrul yang kerap hilang kejap ada di rumah , menimbulkan tanda tanya kepada Armel. Muslihat seorang lelaki kampung yang bekerja sebagai juruteknik mmpu memiliki kereta Renge Rover Evoque!

Siapa lelaki ini? Mungkinkah dia suku sakat Juli Bintang Tujuh?












August 4, 2014

Something Blocking Me

Assalamualaikum


Perumpamaan yang paling sesuai untuk aku ketika ini "masuk asap keluar angin"  ...adehh -_-'


buka post baru rasa 'blank' jap....tak per  kita blogwalking malam nie ye geng..


mung tunggu aku datang..




#esok kalau rajin aku  review Asus Zenfone6,..ada yang pakai Asus Zenfone6 ?

August 3, 2014

Apa Cerita Syawal Tahun Ini

Assalamualaikum



#PrayforGAZA
#DoauntukMH17
#DoauntukMH370
#SalamSyawal


Haishh,..bukan niat tak nak update blog, tapi apakan daya,..kudarat ku ada batasnya..dulu kemain beria ia nak update blog katanya..

Alhamdulliah,.ramadhan pun sudah, syawal pun sudah..makan? sendiri jawab yep..cerita 1 syawal..Hurmm,..macam kebiasaan lah..melawat orang yang lebih tua..selagi nyawa dikandung badan, in sya Allah,..tidak kemana..raya tahun nie  juga agak sederhana, sederhana dari segala benda dan sudut..apa pun restu dari -Nya lebih penting..


Dan satu hal lagi, raya tahun nie aku terajin buat biskut la pulak..dah kenapa tatau la..biskut untuk sendiri makan dan juga untuk jamu sanak sedare yang datang..in sha Allah sedap la kot..hikhikhik


Lol,..gelak kan pulak..Hurmm, xper, janji sedap..








July 2, 2014

Senarai Blog Resipi Masakan 2014

Assalamualaikum

Ramadhan dah berjalan,..Eh lupa pula nak ucap selamat berpuasa kepada rakan-rakan blogger semua..hurmmm, masih ada lagi kah yang tercari-cari rasipi manu berbuka dan bersahur, maklumlah sekarang nie hampir semua orang bekerja, sampaikan tidak ada masa untuk menyediakan juadah berbuka yang lebih baik.

http://www.tiffinbiru.com/
so, aku dengan senang hati dan baik sangat nie.. urmmm baik sanggtt kan..ingin kongsi beberapa pautan yang boleh digunapakai sebagai rujukan resipi lauk pauk, kuih muih, biskut dan sebagainya untuk manu berbuka dan bersahur nanti.



















selamat menyediakan juadah berbuka :) 

June 26, 2014

Kepada Mereka Yang Payah Senyum



Assalamualaikum

Hi,adakah korang tahu bahawa senyuman merupakan perbuatan paling disenangi manusia, Hurmmm… senyuman juga merupakan cara paling mudah untuk kita mendapatkan sesuatu ieYekee?, lagi..senyuman merupakan cara paling sweet dan bergaya untuk berkenalan dengan sesorang Uuuu…, dan yang bestnya senyuman adalah perbuatan yang disukai oleh Nabi kita serta ganjaran pahala apabila senyum.



So senyum lah, apa susah kan.. J












June 15, 2014

Cara Mudah Meloloskan Diri Dari Terus Dibebel

Assalamualaikum


Boleh bengan corong telinga bila terpaksa mendenger leteran yang tidak kesudahan.. sikap sesetengah manusia yang tidak pernah rasa tenang dengan diri orang lain dan paling buruk membebel  je memanjang.

Tidak salah sebenarnya handak membebel, ia juga sebagai terapi diri dari memendan rasa marah, benci, kurang senang dan memacam lagi. Cuma kalau dah pokpek..pokpek je memanjang siapa sanggup tahan kan..kau sanggup?

Haaa…..

sebenarnya tidak rugi dan memang bertuahlah korang google pasal ‘membebel’ ..kini korang boleh ciplak serba sedikit tip membolos diri korang ketika dibebel..terutamanya bebelan yang berpanjangan dan dan tidak reti diam..

jeng..jeng..jengg..

1) abaikan apa yang dibebel tu…kalau dah mengarut sangat bebelan ibarat pergi kerja balik kerja tak henti-henti ada baiknya korang abaikan..kelaut je lebih

2) ketika korang menerima bebelan tsunami, adalah lebih baik korang fikirkan perkara yang lebih baik untuk dibuat sambil mengangguk- ngangguk apa yang dibebel..kiranya masuk telinga kiri kuar telinga kanan..lalaala

3) buat muka annoying.. muka tembok ke..muka tak pernah bersalah pun jadi gak..Haha kesian..

4) bersembang dengan rakan-rakan korang yang bersebelahan..topic perbualan tu biorlah jauh dari bebelan…atau pun buat-buat angakat call, atau baca mesej/sms.. atau yang paling pailang itu pun kalau korang sanggap buatlah cara ajuk mengajuk apa yang dibebel dengan mengunakan isyarat mulot dan tangan sambil gelengkan kepala..Wakaka

5) cari alasan untuk ke tandas ke, ajak kawan-kawan lain pergi lunch ke, atau baca majalah hiburan..hahah

tip diatas sememang nya gila dan agak tidak sopan santun bagi sesentengah orang kalau korang pratickan cuma kalau terpaksa boleh cuba salah satu dari tip bebal kat atas..


apa pun maafkan aku kerana mengajar perkara yang tidak betul, sebab ini adalah realiti manusia sekarang,aku melihat, mendengar segala macam gelagat manusia.. memasing punya cara mengelak dari masalah..lagi pun bukan korang tak pernah laluinya kan J





June 14, 2014

MakCik Facebook

Assalamualaikum


Umurnya hampir memasuki  50an kiranya boleh digolongkan dalam golongan opah..tapi gelagatnya umpama wanita pertengahan..comel dengan telatahnya apabila menggunakan smart phone..cute gitue..

image google 

Katanya seronok dapat melihat perkembangan anak-anak serta cucu yang dikajauhan, apatah lagi dapat mengubat kerinduan kepada cucu kesanyangan.

Aku melihat perkembagan teknologi sejajar dengan kehendak dan keperluan manusia. Bagi mereka yang bijak mengurusakan dan menggunakan kemudahan teknologi rasanya tidak patut timbul masalah penyalahgunaan teknologi.

Bijak cara kita gunakan , faedahnya tentu bermanfaat untuk kita juga, cuma perlu lah berhemah serta pandai mengurusakannya. Perbazaan umur serta keupayaan bagi aku bukan lah satu alasan untuk tidak mengikut perkembangan zaman, semuanya bergantung kepada diri kita serta tujuan apa kita gunakan.

Teknologi tidak membunuh akal manusia, cuma manusia yang silap menggunakan teknologi  kerana sanggup mencipta jalan untuk membunuh sasama mereka.





p/s: agaknya disekaliling korang ada ke makcik yang sedang online facebook..hikhik





Liebster Award dari Blogger Kathy R'bain

Assalamualaikum

Haha,.. sekali lagi aku post entri Liebster Award di pagi hujung minggu anda,..soklan yang telah ditag dari blogger khaty  R’bain pemilik blog Diari Resipi dan Ceroten Hati kathy  a.k.a kak kathy




jelaskan dua fakta berkaitan anda?

Fakta yang sememangnya tercatat di surat beranak fizi iaitu anak kandung mak dan ayah . dan menjadi rekod terpenting dalam diri adalah usia semakin meningkat..hehe
pendapat anda tentang dunia blog

blog sesangatlah best ibarat tinggal dalam rumah yang kita decorate sendiri..huhu

penyanyi kegemaran anda?

Untuk pengatahuan kak khaty, fizi tidak lah terlalu minat pada penyanyi sehingga wujud penyanyi kegemaran, sebab rata-rata bagi fizi semua bagus.

warna paling banyak untuk pakaian anda?

Antara koleksi yang yang banyak adalah hitam dan purple..

cita-cita anda semasa kecil?

Dulu masa kecik-kecik suka main permainan ‘cikgu-cikgu’..cikgu la kot..

kerjaya anda sekarang?

masih lagi menuntut sebagai pelajar degree..

anda suka filem seram?jika tidak,mengapa?

Suka..jawapan nak ngelak sebab x nak jawab mengapa..hikhik

idola dalam blogging?

Hurmm, bloger top kot

cara anda blogging?guna pc,lappy,tab atau smartfon?

Alhamdulliah masih menggunakan lappy yang dah bertahun hangin..

siapakah Kathy R'bain menurut pandangan anda? 

Bagi fizi, akak Kathy merupakan seorang suri rumah, ibu kepada 4orang anak, seorang blogger yang suka menulis, mengarang cerita, seorang blogger yang pandai memasak dan yang fizi kenal sangat adalah seorang blogger yang bijak dan hebat dalam selok belok mengedit blog.

apakah kelemahan blog Diari Resipi?


Memasing punya kelebihan dan kelemahan tersendiri, bagi fizi blog Diari resipi punya identiti tersendiri, penuh dengan koleksi rasipi yang sesuai kepada golongan bujang.



orite, tatatututiti :)





Artikal terkini dari Babab.net