December 21, 2013

Segmen Kenapa Aku Jadi Blogger ? By AkuPenghibur.com

Assalamualaikum

Entri ini adalah untuk segmen ‘kenapa aku menjadi blogger by Aku penghibur.

Aku mula menulis blog lewat tahun 2012 dan mula aktif seawal tahun2013,menulis blog bagai mengisi ruang kosong yang tersedia untuk aku bagi menyampai dan mengawal apa yang aku mahu dalam diri aku.. please fell itttt -_- huhuhu

Klik Banner
Macam yang pernah aku tulis sebelum ini mengenai Menulis kerana hobi,  kekadang aku merasa blog juga salah satu tanggunjawab yang diamanahkan untuk aku menyampaikan apa jua ilmu yang aku ada, tak kisahlah kalau ilmu itu bersifat peribadi sekalipun..mungkin ia berguna kepada orang  yang senasib atau memerlukannya.

Aku bersyukur menjadi salah seorang dari makhluk Allah yang bersifat ingin menulis dalam dunia maya..walaupun  ada yang  ‘felling annoying’ bila dapat tahu aku tulis blog! “ kau tulis blog fizi, tak sangka ada taman dalam hati”  sentap 10 tahun kau tak percaya aku ada blog!..please datang dan follow blog aku okey! Haha

dan..kenpa aku menjadi blogger? aku pemalu orangnya, memang poyo lah kalau aku mengaku aku nie blogger..hahah. paling tidak pun aku akan bercakap dihadapan cermin sesorang kat dalam bilik...sambil menjerit-jerit..Aku Blogger!! hahaha



terima kasih baca entri ini^^


December 12, 2013

Pelajar Yang Tiada Matlamat Hidup

Assalamualikum

Kalau sebelum ini aku ada melontarkan pendapat mengenai 5 perkara realiti seorang siswa/i dan Lelaki tidak perlu sambung belajar setahap setinggi tingginya.. dan kali ini aku nak kongsikan pendapat mengenai Pelajar yang tiada matlamat hidup.


tapi sebelom itu....siapa tahu lagu ini ??


Ring ding ding ding dingeringeding!.. gering ding ding ding dingeringeding! ..wa pa pa pa papa pow! wa pa pa pa papa pow!.. Hatee hatee hatee ho!.. Hatee hatee hatee ho!

“ what the fox say” ??  bagi yang sudah dengar rasanya tahu la kot ..kalau yang belum baik korang  klik <sini>  ..ianya mudah, lagu ini menceritakan bagaimana mereka  mencari-cari bunyi dari seekor musang..misteri katanya..dia meneka sehingga pelbagai bunyi binatang terhasil..sehinggakan habis lirik lagu pun masih tidak dapat tahu bunyi musang bagaimana. Sedih kan  -_-

Di sini aku nak sampaikan bahawa pelajar sekarang (sesetengah je lah) aku tidak maksudkan semua..mereka ini masih tercari-cari kenapa mereka belajar? Kenapa mereka menyambung belajar? Untuk apa mereka belajar? Mereka belajar kerana apa?

jujur aku cakap minda pelajar sekarang sangat genius sampaikan semua ilmu di pelajarinya. Campak saja mereka dimana-mana pasti mereka mampu menangkap ilmu yang dipelajari..hantar lah mereka pada aliran manana sekalipun pasti boleh diharungi, tetapi persoalan diatas masih membanyangi sebilangan dari mereka.


Aku harap korang faham maksud aku..aku yang buat nie pun pening..apatah lagi nak menaipnya..hehe


all the best to top 5 nominees " best personal blog"- korang boleh vote lagi rakan-rakan blogger yang bertanding!! di- www.blogrrr.my



terima kasih baca entri ini^^

December 3, 2013

Di Belengu Masalah Antara Abang/Akak/Adik Angkat Dengan Kekasih Hati

Assalamaualiakum

Salam rindu, salam sayang kepada kekawan blog, follower, commenter, silent reader dan semua lah.  Lama sangat dah tinggal blog pisican ini.. kata orang kalau sayang blog taip-taip kan..haha memandai je aku

Topic di kakikerja hari ini agak complicated..dan sometime boleh jadi gila kalau kita alami..mungki ada diantara kita sudah/sedang mengalami nya.

Couple week ago, aku di datangi oleh seorang classmate.. dan dia minta pendapat aku mengenai situasi yang sedang dilaluinya sekarang.. katanya dia ada masalah dengan abang angkat dengan ‘pakwe’ nya…okey soalan aku pada korang..

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita dibelengu dengan masalah diantara abang/ kakak atau adik angkat dengan pasangan kekasih kita?

Jujur aku cakap, aku tidak pernah ‘ber’ akak angkat atau adik angkat atau apa saja..kalau ada pun aku fikir masak-masak sebelum menerima kehadiran mereka dalam hidup aku.. so aku tidak ada pengalaman yang drastik dan penuh emosi dengan akak/adik angkat.

Akan tetapi aku ada pendapat aku tersendiri mengenai apa yang sedang kawan aku laluinya sekarang. menerima abang, kakak atau adik angkat dalam kehidupan kita kekadang buat kita lebih dihargai dan disanyangi lebih dari pada adik beradik kandung sendiri. Maklum lah everything mereka care about. Baik masalah keluarga, kewangan, masalah dengan pelajaran, kawan-kawan dan semua.

Berangkat-angat ini ada kebaikan dan keburukan tersendiri..ini juga berkaitan bagaimana cara kita menguruskan social life kita.

So apa yang harus dibuat sekiranya berlaku masalah sebegini?

Lihat balik niat kita kenapa kita ‘ber’ abang, kakak atau adik angkat.. adakah kerana hidup kita sunyi?kurang kasih sayang? Mencari jodoh.. Maklum lah anak tunggal..mak ayah hari- hari kerja..adik tak der..

Nasihat mereka dengan cara baik sehingga mereka faham situasi yang sedang berlaku..haishh ‘pakwe’ mana tak cemburu kalau ‘awek’ kita bermanja-manja dengan  abang angkat walaupun status mereka sebagai abang atau adik angakt akan tetapi hubungan mereka tetap bukan muhrim dan tak elok dipandang kalau berdua-duaan.

Semasa korang ‘kapel’ tu..bagitahulah kepada pasangan korang bahawa korang ada abang, kakak atau adik angkat..nanti kalau terserempat kat luar korang makan angin ke shopping ke tak der lah timbul isu-isu rumah tak berapa nak ada tangga nie.

Si abang angkat pula kau dah tahu adik angkat awak tu dah ada orang sayang, kurang-kurang lah berjumpa, call bagai..faham-faham  je lah kan situasi mereka…orang tengah bercinta, kalu dicucuk sikit boleh pecah habis beb..

Kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain..begitulah juga pendapat..tentunya kita ada pendapat tersendiri berkaitan dengan apa yang berlaku. Bagi mereka yang pernah laluinya pasti punya perpektif dan pandangan yang berbeza..kalau free share la sikit..mana tahu boleh membantu kawan-kawan kita yang sedang alaminya sekarang J



Terima kasih baca entri ini^^


Artikal terkini dari Babab.net