November 12, 2013

Menulis Kerana Hobi

Assalamualaikum

Syukur Alhamduliah aku dapat kembali lagi..bila dah nak masuk pertengahan semesta nie macam-macam kerja, kuiz dan perbentangan yang harus di laksanakan.. student la kata kau..

Jujurnya aku lebih suka kalau berbicara satu topic dalam blog nie secara official.. skema typical..dan hakikatnya aku tidak skema seperti mana bahasa aku dalam blog.

Tetapi bila aku mula menulis dalam blog, aku dapat rasa bahasa kau makin baik..sebagai contoh lah kan kalau aku buat laporan, buat soalan dan apa saja berkaitan sastra dalam kerja-kerja yang diberikan oleh pensyarah, aku rasa lebih baik dari dulu..kekadang kau dapat kaitkan peribahasa dalam ayat-ayat skema aku..haha

Aku bersyukur sebab, aku punya minat untuk menulis selain melukis dan merempit ahah.


Terima kasih baca entri ini^^


November 9, 2013

Fakta Mengenai Anak Sulung

Assalamualaikum






korang mesti nak tahu juga kan sifat si anak sulung kan..boleh klik untuk baca entri sifat si anak sulung




sumber : Facebook


November 5, 2013

Cara Meningkatkan Semangat Anak Untuk Berjaya

Assalamualaikum

“ummi-ummi kalau adik dapat tempat pertama dalam kelas, ummi hadiahkan tablet ye”..

“Kak Ngah nak mama belikan tablet kan? Kalau macam tu kak Ngah kena janji dengan mama buat yang terbaik dalam peperiksaan akan datang”..

“Along!! Adik nak tuntut janji, ingat tak dulu along janji nak hadiahkan adik tablet kalau adik dapat 5A dalam UPSR?”..

image Google

Alhamdulliah, hari ini aku kelapangan untuk berkongsi satu topic yang mana aku rasa semua orang laluinya baik sebagai ibu bapa mahupun dalam kalangan adik beradik.

Serious aku cakap, awal tahun 2013 aku pernah berjanji pada adik aku yang bakal menduduki ujian peperisaan sekolah rendah  semata-mata nak lihat dia bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mencapai sasaran yang Ummi dan Abah aku harapkan.

Masa tu aku main ‘petik’ je..asalkan dia bersemangat dan sanggup menyahut cabaran yang diberi..sapa tak nak kan bila dijanjikan satu-satu habuan untuk kerja keras yang berbaloi bagi mereka.

Tapi kan, berbaloikah kita yang berjanji untuk menghadiahkan sesuatu semata-mata untuk melihat mereka mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang..dan bagaimana pula mereka yang mengapai keputusan yang cemerlang hanya kerana sebuah gadget? atau apa saja ganjaran yang ditawarkan.

Bagi aku, ada kalanya perlu ini kerana dalam mencapai sesebuah perkara kita haruslah ada matlamat dan hala tuju, kiranya ada yang menawarkan ganjaran itu dikira pembakar semangat bagi kita untuk lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Semestinya ibu bapa atau adik beradik akan merasakan pengorbanan dalam mencapai hajat dan cita-cita untuk lihat anak-anak atau adik mereka berjaya dan ia berbaloilah dengan perjanjian dahulu..atau pengorbanan mereka berbalas dengan keputusan yang cemerlang.

Alhamdulliah keputusan bagi ujian peperiksaan sekolah rendah bakal diketahuhi tidak lama lagi..mudah mudahan keputusan yang cemerlang diperoleh mereka, baik untuk adik aku mahu pun anak-anak kepada blogger, pembaca dan semuanya.



Terima kasih baca entri ini^^


November 2, 2013

Jangan Buat Troli Bagai Harta Sendiri, Kan Dah Kena Langgar

Assalamualaikum


Harr, apa cerita nie..? haha sebenarnya ini semua dari aplikasi Bitstrips yang terdapat di Facebook..aku tak pasti sama ada aplikasi ini dah lama wujud atau aku baru jumpa..

Back to dialog kat atas tu, aku teringatkan mengenai hasrat cik Akak untuk melancong ke Langkawi..at the same time, beberapa hari lepas aku ada story mengenai Troli..so ini lah jadinya bila paku bertemu ruas..huru hara jadinya..

so kat atas tu avatar aku yang aku edit mengikut pilihan yang diberi..haha jakun jap buat 'bende' nie..dan sedikit dialog mengenai aplikasi Bitstrips..selamat mencuba^^



p/s : cik Akak ini enri lawak santai je..fizi tak maksud kan apa-apa pun..just kebetulan jumpa avatar akak kat facebook..hehe


November 1, 2013

Maafkan Saya

Assalamualaikum

Alhamdulliah, salam jumaat..semoga penghulu hari, hari ini kita beroleh barakah dari kelebihan yang terdapat pada hari ini..insyaAllah

cuma nak ingatkan pada diri sendiri dan rakan-rakan blogger..insyaAllah pada hari selasa bersamaan 5 november sudah mula masuk bulan Muharram , bulan dimana catatan amal kita ditutup , diserahkan ke Allah S.W.T dan diganti dengan buku baru.

Sebelum catatan amal aku ditutup, aku ingin minta maaf kepada korang semua sepanjang kita berblog, jadi tolong maafkan okey!. 




salam jumaat^^  Terima kasih


Artikal terkini dari Babab.net