October 31, 2013

Troli

Assalamualaikum

Selamat semua, syukur Alhamdulliah dengan segala kurniaan –Nya dan mudah mudahan kita semua sentiasa bersyukur dengan apa yang kita miliki sekarang..amin..amin

Korang pernah pergi pasar raya? Tentulah kan.. korang pernah guna troli semasa memilih atau membeli barang? Some people mungkin kata ‘wajib guna troli’ ..mungkin ada yang kata’ I bawa bakul sendiri’..tapi untuk kuantiti barang yang banyak tentulah kita akan memilih troli sebagai pengakutan mengakut barang semasa berada di dalam pasar raya kan..

Pernah atau tidak selepas selesai membuat pembayaran kita akan mengakut barang yang dibeli dengan menggunakan troli sampai ke pakir kereta.. aku pernah! Sebab terlalu banyak barang dan berat apa salah nya kita menggunakan kemudahan tersebut untuk kepentingan kita kan..

Akan tetapi bila dah terlebih kepentingan untuk diri kita apa akan jadi?..

Bawak troli sampai depan pintu rumah aras 10..alasan?  rumah sebelah menyebelah dengan pasar raya..

Ikat troli pada motosikal lepas tu bawa balik drive sekali dengan troli..motif? barang banyak lah Odah ooi bagaimana nak bawa balik..

Tingglkan troli sejauh 500-1000 km dari pasar raya..maklumlah masa nak pakir tadi penuh terpaksa pakir jauh dari pasar raya..seberang jalan pula tu..

Tinggalkan troli sesuka hati…ini memenag nak cari pasal kot dengan mamat bangla yang menguruskan troli..

Sebagai pengguna kita haruslah mendidik diri kita agar tidak menyusahkan banyak pihak..memang betullah kita costumer always right tapi memada lah dengan sikap kita..kita orang melayu yang dididik dengan pelbagai adat dan budaya yang mencerminkan diri kita..bertoleransilah sikit kan..jangan main acuh tak acuh je..

Entri ini berdasarkan pemerhatian dan pengalaman sendiri..tidak menuduh kepada mana-mana pihak..sekadar teguran dan didikan bersama.. :-)




Terima kasih baca entri ini^^

October 30, 2013

Aku Yang Dulu Bukanlah Yang Sekarang

Assalamualaikum

Aku yang dulu bukanlah yang sekarang kan, kan.. siapa sangka manusia mampu berubah dalam sekelip mata hanya kerana perubahan yang di inginkan atau atas sebab-sebab tertentu.



Syukur jikalau kita berhijrah kearah yang lebih baik..dan opcozz la semua orang nak berubah untuk perkara-perkara baik saja..tetapi bagaimana pula kalau penhijrahan kita itu membuatkan orang sekitar naik mual atau menyampah dengan perubahan diri kita?

bro..bro...wa nampak lu sekarang makin kurang asam..dulu lu bebaik je..cakap kemain sopan santun, jalan depan orang tua siap tunduk bagai..wa respet lu, bro..tapi lu sekarang agak kurang hajaq ekk..apasal ek?

ada sorang minah tu dahulu sebelum sambung belajar cukup comel dan sopan santun, tapi sesekali dia balik kampung pakaian dia kemain kecik..kalah adik-adik..comel sangat ke?..

And some kes tu..aku boleh ibaratkan "talam dua muka"..maksud aku apabila berada dikampung, kemain lagi manja ala-ala kampung girl / boy.. bila berjauhan dengan mak ayah lain pula ceritanya..kan..kan..

Dalam hal ini aku tidak tahu ini perubahan untuk menigkatkan keyakinan diri ke perubahan atas sebab "up to date"..perubahan atas sebab memang dah niat nak jadi begitu..perubahan atas sebab kejutan budaya..dan berbagai alasan lagi..

Tidak salah untuk berubah..tapi biarlah berubah itu membawa kebaikan untuk diri sendiri, keluarga serta masyarakat..malu Mak Pak hang ooi kat kampung kalau dapat tahu perangai kita begitu.


Terima kasih baca entri ini^^


October 24, 2013

No Privacy

Assalamualaikum

Lama tidak menjenguk blog..Alhamdulliah hari ini baru berkesempatan menerjah dan menaip entri..kekadang aku menulis nie pun bagai kaih pagi makan pagi, kaih malam makan malam..ada idea dikongsi..kalau tidak muhasabah diri je lah.

So, any news blogger?memang banyak aku ketinggalan..kalau tanya aku banyak benda yang berlaku dalam masa singkat ini..tapi biarlah ia berlalu tanpa perlu membebankan kepala otak aku nie..tapi ada perkara yang nak sangat aku kongsikan..nanti dah baca jangan cakap aku nie annoying pulak buat isu begini..sebab isu ini sangat subjektif okey! ..ini cerita benar..tidak ada yang salah melaikan yang benar-benar belaka..haha

Sekarang ini nak buang air besar pun dah tidak selesa, mana tidanya kebanyakan tandas awam atau tandas pejabat ( tapi aku specific kan pada tandas kat tempat aku belajar)..rekabentuk tandas sekarang asal boleh je kan..kekadang nak simpan hajat pun resah dan tidak tenteram jiwa.


Cuba korang tengok gambar tandas yang sempat aku tangkap..so yang ini kira boleh belah lagi lah kan..tapi still banyak masalah yang berlaku.

Keadaan lantai yang berair atau bertakung menyebabkan pantulan pada kedua-dua bahagian dalam tandas..ada faham kah? Maksudnya disini bila korang berdiri dalam salah satu tandas korang dapat tonton wayang free beb..bayangkan korang sedang syok-syok ‘melepas’ tiba-tiba ada manusia lain yang menggunakan tandas sebelah..jawabnya..kau tengok aku, aku tengok kau lah..haha

Apabila dah duduk sebelah menyebelah..opcoz lah macam-macam bunyi kedengaran kan..dan bau pun tidak ketinggalan juga ye haha..kalau dinding simen tu agak-agaknya bunyi tu boleh lagi ditapis kot..tapi bila dinding yang setebal 5-7 cm begitu..faham-faham je lah labu.

Kemuadian, boleh pula air dari tandas sebelah masuk ke tandas kita.. kes sebegini banyak berlaku sekarang..walaupun terdapat lubang saluran air atau pengering lantai tapi sikap manusia yang acuh tak acuh nie buat kes-kes begini wujud.

Pernah atau tidak korang masuk tandas awam terutamanya dengan bumbung yang terbuka luas..ish-ish ini lagi berjaga-jaga nak berak kan..mata duk pandang atas je..haha

Dalam hal-hal begini tetap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, apa pun aku tetap bersyukur sebab dapat jumpa tandas di saat aku memerlukan.. J


Terima kasih baca entri ini^^



October 17, 2013

Lelaki Dan Keinginanya

Assalamualaikum

Alhamdulliah selesai sudah menjalani ibadah korban..sekarang masa untuk siapkan ‘kerja sekolah’ yang bertimbun tu..semua nak kena hantar selepas habis cuti raya..pandai cikgu bagi kerja sekolah banyak-banyak..saje lah tu kasi kita kusut masai..haha

Tak payah cakap banyak jom kita sambung baca mengenai tajuk entri ini.. Lelaki dan keinginanya.. sebenarnya selain hobi, minat dan cita-cita ada perkara lain yang kekadang tidak ramai kaum adam show off dengan apa yang diinginkanya kerana nak cover macho.

Lelaki bila berbicara mengenai wanita boleh dikatakan bagai mengupas kulit bawang..makin banyak layer makin dikupasnya.. opss! tak mo lebih-lebih haha

Bila mereka sedang lawan pes sila jangan larang atau paksa mereka berhenti..nanti kena maki !!..hodoh betol pengaruh permainan sekarang.

Jangan ajak mereka keluar ke tempat yang semuanya dipenuhi kaum hawa..nanti pipi mereka gloomy..hehe segan weh bila tempat itu penuh dengan bunga-bunga hidup.

Jangan bawa lelaki atau teman anda secara tiba-tiba berjumpa dengan kedua ibubapa anda..nanti mereka segan tahap gabang..motifnya lelaki perlukan masa juga untuk cool and chill dan feeling macho bila berhadapan dengan bakal mertua.

Kekadang kaum adam ini sanggup berjaga lewat malam semata-mata untuk download movie terkini..haha bukan layan perlawanan bola sepak aje..movie punya pasal pun boleh jadi.. haishh..

Jangan selalu sangat ajak lelaki atau teman lelaki anda keluar shopping.. perlu tahu tidak semua lelaki berduit…tapi beruntung lah korang sebab walau ‘papa’ bagaimana pun teman lelaki anda mereka tetap bayarkan apa yang anda minta..macho kan

apa nak jadi dengan lelaki2 ini
Ingatlah wanita buruk-buruk lelaki mereka tidak akan pandang wanita yang buruk macam dirinya…mereka tidak kisah dirinya comot asalkan orang yang disanyangi kelihatan cantik, pembersih, bijak dan mancik gitu (keibuan).

Rasanya cukup untuk entri hari ini, kan tulis panjang-panjang naik mual pulak kan nak baca..terpaksa skip skip bacaan..diharap apa yang aku sampaikan hari ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kaum hawa diluar sana serba sedikit mengenai perihal lelaki yang perlu anda ‘take note’..




Terima kasih baca entri ini^^

October 14, 2013

I'm not Mr Arrogant

Assalamualaikum


haa, tajuk kemain gah!..sebenarnya entri ini ibarat indah khabar dari rupa atau lebih sentap lagi indah tajuk dari isi..tidak ada pengisian bermakna just nak manipulated reader^^ nampakkan permainan aku


i'm just wanna say Selamat Menyambut Hari Raya Aidil Adha to all muslimin and peace yo^





selamat berpuasa bagi yang puasa sunat^^

October 12, 2013

Buli

Assalamualaikum

Blogwalking..Alhamdulliah hari ini aku diberi kesempatan untuk singgah dan baca entri rakan-rakan blogger dan sebelum itu aku ingin merakamkan rasa syukur dan Terima kasih kepada-Nya kerana mempermudahkan jalan bagi aku dalam segala urusan.

kredit google
Hari ini aku ada topic yang biasa berlaku kepada diri seorang pelajar dan mungkin juga berlaku kepada pekerja baru. BULI..siapa diantara kita yang pernah dibuli? atau juga pernah membuli? Sila mengaku okey!. Haha

Tapi sebelum itu..kenapa harus ada sikap buli membuli ye…perlu ke?..penting ke?..harr bagi aku perlu dan tidak..tapi kenapa? Sebabnya buli ada dua situasi..pertama buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan keduanya buli kerana dendam, khianat, benci dan sebagainya.

Buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim.. kadang –kadang ini berlaku hanya sekadar gurauan..hanya untuk mengenali antara satu sama lain (sekadar untuk menguji kesabaran) dan ia nya banyak berlaku ditempat-tempat terbuka dan ditontoni orang lain.

Di Universiti terutamanya, perwakilan pelajar  atau senior mungkin akan membuat beberapa aktiviti buli membuli, ini penting sebenarnya untuk pelajar baru mendisiplinkan diri mereka dengan persekitaran baru dan juga mengenali abang2 dan akak2  dyeorang abang-abang la sangat kan haha.. jangan takut ye adik-adik yang bakal memasuki mana-mana tempat pengajian.

Bagi mangsa ia nya mungkin akan timbul rasa malu  dan geram yang amat kan..tetapi rasa itu hanya sementara saja..jangan risau ye..dan jangan pula trauma ye hehe..disebalik perkara ini mangsa akan mendapat banyak kelebihan antaranya hubungan boleh jadi akrab..ada satu kes tu siap dah jadi bff sekarang.. antaranya lainnya, kiranya junior perlukan nasihat atau pandang mengenai subjak yang diambil boleh lah bertanyakan kepada senior mereka. fair and lovely gitu^^

Buli kerana dendam , khianat dan sebagainya..yang ini aku sendiri tidak setuju lah..ada ke yang setuju?..(buat muka sikit..err) tambah-tambah lagi bila membabitkan kecederaan fizikal, kematian dan sebagainya..selalunya perlakuan sebegini berlaku dikawasan yang tertutup dan jauh dari pandangan dan pengatahuan orang lain. jangan sampai terserempat dengan aku suda..kalau tak aku tembak ! 

Maaf kiranya pendapat aku bercangah dengan pendapat anda..kata orang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..begitulah juga dengan aku..aku tulis berdasarkan pengalaman aku dibuli dan membuli haha..kejam kan !.

p/s: semalam chating dengan Cik Akak, katanya kesihatanya makin pulih.. Alhamdulliah..harap hari ini lebih baik dari semalam ye kak^^


Terima Kasih baca entri siput ini^^

October 11, 2013

Google Malaysia Stamped by Pakistani Leets ?

Assalamualaikum

Apa yang sedang berlaku pada google malaysia?  


October 9, 2013

Wordless Wednesday - Aku Mungkin Sibuk Tapi...

Assalamualaikum


(^___^)*

October 7, 2013

Segmen 'Kami Kembar Kami Geng'

Assalamualaikum


<silakan join>

tajuk segmen nie ' kami kembar kami geng'..tidak bermakna aku ada kembar..haha tak tahu lah macam mana aku nak berdepan dengan kembar aku ( ibarat tengok diri sendiri bila ada kembar seiras pula kan  ) TAPI kita boleh jadi geng !! geng kampung pun boleh^^

nie lah satu-satu segmen yang minta tarikh lahir..kenapa? nak bagi hadiah ke?  nak kasi ucapan ke?  banyak tanya pulak kan...aku sebenrnya dah tua^^ lahir pada April 1990 an..tapi still anggap diri ini  seperti kanak-kanak riang haha^^



October 5, 2013

5 Perkara Realiti Seorang Siswa/wi

Assalamualaikum

Sepanjang pengalaman aku bergelar mahasisiwa, banyak perkara yang aku pelajari dari sudut rohani, jasmani, intelektual, pratikal dan berbagai sudut positif dan ada juga negatif.

kredit google
Dunia siswa/wi bagi aku banyak kelainan dari aspek persekitaran, pemikiran, pergaulan, rutin harian dan juga tingkahlaku ( lebih kepada sifat peribadi lah) ini belum lagi  aspek  insahiah dan sebagainya.

Bergantung kepada gaya institusi..ada yang lebih kepada islamaic condition atau sosial..dan dalam berbezaan itu terdapat perkara yang boleh dikatakan ‘satu kepala’..atau juga hakikat seorang siswa/wi..macam mana tu?

Tengah nyeyak tidur pepagi hari, tiba-tiba dapat massage dari ketua kelas.. “harap maklum kelas prof. sekian-sekian dibatalkan…sebab sekian-sekain..”  Yeah!!...yahooo…atau sambung tidur zzZZzz..ini lah  moment paling indah buat pelajar kaki ponteng dan malas..dan yang paling bestnya ada yang ucap syukur Alhamdulliah.

Perbentangan..sesetengah pelajar suka mengamalkan amalan post-pone ..A  bertanya… “wei, korang slide show  encik sekian-sekian bila nak buat doew” ... B jawab… “relek arr beb, perbentangan tu kan lambat lagi..senang je beb nanti hujung-hujung kita buat lah” .. A jawab lagi.. “ betul juga”.. A+B dua-dua ting tong.. selalunya inilah yang berlaku bila salah seorang dari ahli kumpulan kaki tangguh menangguh..

Tetapi..jangan pandang orang yang kuat tangguh nie tidak buat lansung kerja-kerja yang diberi..percayalah ada setengah itu hasil perbentangan lebih baik dari pada mereka yang buat seawal mungkin. ( me talking about myself  hehe^^)

Tiba masa keputusan peperiksaan keluar, masa tuh jantung berdebar-debar bagai nak terkeluar jantung..punya cuak kalau-kalau keputusan corot..malu la beb aku..huhu

Situasi pertama, massage kekawan.. “ salam weh, ko dah tahu ke keputusan exam kuar hari nie? ko dapat berapa pointer? DL tak? J..”..kawan balas.. “ salam, dah chek tadi, sikit je 3  sekian-sekian”.. ( sikit ko cakap gitu ) dalam hati menyirap je kan .haha…

Situasi kedua, buat status pada mukaBuku.. “ syukur Alhamdulliah, merasa juga kali nie”… “ untung lah dekan lagi sem nie”.. “ siapa yang DL tu cer Like sekali..nak tahu gak”..dan berbagai status..dan yang duk stalk tu pulak baca semua komen-komen berbalas.. kot-kot dapat sikit info, mana tahu..ahakss

Percaya atau tidak tandas sebagai tempat pertemuan sementara..maklum saja, tandas  merupakan tempat pelajar membasuh pakaian, mandi, buang air keci/ besar, berdandan ( kat dalam tandas ada cermin besar punya).

Pada masa yang sama tandas harus di kongsi bersama-sama penghuni yang lain..tengah memberus gigi..budak rumah tanya.. “ada kelas ke lepas ini?.. atau “sibuk sekarang bro.. banyak sangat kerja ke?...atau “akak ada movie korea tak?”…tekejut akak tu, dia baru suda buang air besar, ko boleh tanya pasal movie…sebenarnya adik tu dari tadi tunggu punya la lama akak tu ‘simpan harta’..hihi

Tengok!  punya sibuk pelajar sekarang, sampaikan tinggal satu hostel pun tidak sempat berbual-bual..balik kelas aje, masuk rumah…pergi bilik, kunci senyap..keluar waktu nak makan, mandi dan keluar ke kelas balik..ahakss

Hakikat ‘orang kaya baru’..selalunya pinjaman pendidikan akan masuk di awal semesta, apa yang terbayang dalam kepala pelajar masa itu adalah..hand phone baru!, kasut baju baru!, beli hard disk satu tera! (maklumlah nak copy drama korea yang bermega-mega tue ) dan .. McD, atuk merah (KFC ),domino dan pizza tak kan terlepas dari list belanjawan awal semesta..ini belum masuk lagi wayang, boling, trip bagai..

“ wei hujung minggu nie jom wayang..karok ke..shopping ok gak..”… lepas tu tengah-tengah jalan bagai, lapar pulak kan perut nie.. “wei korang tak lapar ke..jom McD”..

Student always right apa yang dilakukan..sebab pemikiran telah dipengaruhi oleh kawan-kawan yang berbagai jenis ragam..mahu atau tidak inilah kehidupan pelajar yang harus diterima dalam mencapai cita-cita mereka.

Dalam perjalan kita untuk mencapai apa yang dikendaki, pasti ada cabang yang akan memesongkan kita terutama pelajar. Jadi gunakanlah akal fikiran untuk membentuk sebuah kehidupan yang  bererti dan memberi manfaat pada masa akan datang.


Terima kasih baca entri ini^^


October 2, 2013

Wordless Wednesday- Laa..Bukan Susah Pun Nak Solat

Assalamualaikum


jangan tinggal solat tau^^ (angguk-angguk)
comel je korang :)


Artikal terkini dari Babab.net