July 31, 2013

Contest Blogger Jejaka Jambu

Assalamualaikum b.t.w

first time  masuk  blog.lime.my terpaku haku dengan header dia..OMG ingatkan iklan minuman 7up dengan lemon...wakaka..korang tengok la header dia ohsem gila kan..

Blog ini nampak masih baru dengan bilangan post, tapi aku percaya bro Nan a.k.a Jejaka Jambu seorang yang berpengalaman luas dalam dunia blogging dan dunia grafik designer. berlatar belakangkan warna hitam hasil karya yang ditampal menampakkan lebih timbul dan menyerlah uolls..

gaya penyampaian dalam entri yang sekejap begini, pastu begini pula...menghasilkan jalan cerita yang menarik dan mudah difahami..right? and nak loading blog nie pun laju je..klik je terus terpampang buah lemon dia..haha

one more, the owner blog nie juga merupakan penjual gadget..boleh check up kat sini okey. banyak kot gadget baru yang mungkin korang berminat dan sekarang nie bro Nan tengah buat promosi dibulan ramadhan dengan discount 40% uolls.

harr, ada lagi nie..sekarang ini juga bro Nan tengah buat Contest Blogger Jejaka Jambu  masih sempat lagi korang nak join valid until 11/08/2013..atau klik banner.

perlu ke join contest ini?

perlu bagi yang mengambil kisah mengenai blogger segmen dan support each other..boleh la kuatkan lagi ukwah sesama blogger..

pluss korang tengok la habuannya..ohsem gila..kalau aku, sebab aku sekarang nie memang tak mampu nak beli power bank nie..mahal bagi student cam aku..haha dan since header blog aku yang simple tu..mana tahu bro Nan baik hati nak buat header..heheh


antara hadiah yang ditawarkan

1 x 30,000 mAh Power Bank untuk Entry Paling Kreatif
2 unit x Perfume Power Bank 2,600 mAh (referral link tertinggi, setiap minggu)
3 x free design service (header blog / fb cover)

dan yang paling penting Artikel ini ditaja oleh : Contest Blogger Jejaka Jambu.

Wordless Wednesday-Awak Rasa Macam Mana..

Assalamualaikum b.t.w


***keep smile ^__^

July 30, 2013

Mana Etika Sebagai Seorang Juru Jual?

Assalamualaikum b.t.w
 
Image Google je..
Har, semalam  aku keluar  jejalan dengan teman tapi mesra dengan harapan masa berpuasa dapat dipercepatkan kepada masa berbuka..haha..duk rumah terasa lama pula waktu untuk berbuka..semenjak bergelar petani anggur yang berjaya nih.

Memandangkan  kita orang dah merancang nak keluar cuci mata di bandar sambil-sambil melihat gelak manusia yang tak pernah puas membeli..kita orang pon melangkah ke sebuah kedai kasut.

Dalam duk pusing-pusing tengok barang tu..ada la tanya harga bagi sepasang kasut..sebenarnya dah ada tanda harga kat setiap rak kasut tu..Cuma gatal mulut nak tanya juru jual tu..wakaka

“aar..kasut nie harga berapa dik”..harga ada kat rak en..tanya lagi soalan yang sama.. dia buat-buat sibuk!..

Macam itu kah cara  penjual  layan costumer..mana etika dia sebagai seorang pekerja?.. bukan coustmer always right..ok ini aku bercakap sebagai pelanggan..bagaimana pula dengan seorang pekerja yang harus mengadap costumer yang banyak kerenah..

Dulu sebelum aku menyambung belajar aku buat full time kerja sebagai penjual keropok..kedai keropok tu sangat ramai pelanggan hokey..penat layan kerenah coustmer dengan perangai bos hanya tuhan je yang tahu.

Aku faham sangat perasaan pekerja sebagai juru jual bila berdepan dengan coustmer yang banyak kerenah..harr,..dalam hati memang maki hamun je lah dia kat costomer..haha

Costumer nie banyak ragamnya..nanti bila dah dibuat ini..kata nak begini pula..tapi sebab kita nie penjual atau pengeluar..services haruslah terbaik..sebab pelanggan sentiasa betul..peniaga pula yang salah..

Tapi dengan memegan  prinsip itu buat aku rasa lebih berhati-hati dengan mendengar cadangan serta permintaan dari coustmer agar hasil yang diperoleh lebih berkualiti dan boleh menarik coustmer untuk tidak putus –putus datang kepada aku. bahaha

Jadi sebagai manusia yang bertamaduan dan berakhlak aku rasa kita perlu sama-sama punya sikap bantu menbantu..well masing-masing ada prinsip kan..perangai satu hal..korang?

Terima kasih  kerana sudi baca entri ini.. J



July 29, 2013

Banyak Pula Soalan Dia

Assalamualaikum b.t.w

Dua tiga hari ini inbox aku dipenuhi dengan banyak pertanyaan mengenai keputusan exam aku baru-baru ini..haishh..fames tol rasenya..di hujani  dengan soalan-soalan fames setiap kali keluar exam..baik dibibir kekawan mahupun mak cik-mak cik sebelah.

senah ooii..anak ekau dapat berapa...eh, cam mana result kau...Dl ke tak..kau dapat berapa pointer.."berapa apa?..kanapa nak tahu sangat nie.."perlu ke?..

selalunya begitu lah yang berlaku..i guess.Mak cik kalau nak tahu pointer sekarang jarang employee pandang okey..yang dia nak kemahiran..soft kill yang dipandang dulu..baru pointer and one more tengok pekerjaan yang dipilih juga..ini yang berlaku kat kekawan aku yang dah kerja la.

Terima kasih















July 28, 2013

Jangan Dibiar Kosong

Assalamualaikum b.t.w

Haa..any new's ? hurm..setelah seharian penat menjalankan aktiviti dan tanggunjawab sebagai manusia..baru sekarang dapat post entri..ini pun entri yang entah apa-apa..dari dibiar kekosongan..aku memilih untuk post gambar makan..jemput makan..J




*Blank post..  ^__^


July 26, 2013

giveaway pheonix


Assalamualaikum b.t.w


salam sahur..pepagi buta aku dah update entri bagi segmen GA dari "Giveaway pheonix"..sebelum ini ada tengok mengenai entri segmen nie..tapi tidak berkesempatan untuk join sesama blogger ohsem..hadiah pon hebat hokey. klik banner ye jika berminat. ^__^


Oh yeah!..bercakap pasal bulan ramadhan kareem nie aku pon ada cerita lucu  +gelak sakang dan kesian pon ada.

sama macam budak-budak sekarang berpuasa juga dengan nakal nya, puasa yang-yang yunk bagai..cuma masa aku dulu masa tuh level nakal tahap "Ali setan"..kisahnya aku and the gang kampung dengan tanlong yang diperbuat dari tin milo kauuu..(gigih tebuk lubang kat belakag tin dengan paku..pastu ikat dengan dawai sebab senang nak bawak jalan..pastu letak lilin yang warna warni tuh..so hasil dia cam lampu suluh gitu)..pergi buat kacau kat budak-budak yang baik yang baru balik dari masjid. especially budak perempuan yang jadi mangsa..sebab dyeorang penakut!...

dulu kat sini tak berapa moden lagi..kawasan sekitar penuh dengan pokok kelapa..jalan pon tanah merah lagi..memang syok habis la.cakap kat ummi nak keluar pi terawih...siap pakai kain pelikat lagi.

.."ummi along pegi terawih dulu..pukul 10 along balik..."

kita orang memang pergi masjid..siap solat sunat terawih bagai..tapi buat 4 je..haha..pastu dah habis dah waktu untuk jalankan aktiviti mengusik budak-budak..kah..kah..(gelak besar) planing punya baik..semua duk pakat panjat pokok buah cerema..dulu banyak sangat pokok nih..sekarang dah pupus..kalau nak makan jeruk buah cerema pi beli kat P.Pinang -jeruk Pak Ali..okey, abai kan yang tuh..

kita orang guna kain pelikat buat selimut cam ninja...haha...nak tunjuk contoh gampar takder harap korang dapat gambarkan..nak cover muka..pastu mula lah panjat pokok..kawasan kat situ gelap sesangat..tapi dulu selamat..ok sambung lagi..masa budak-budak yang baru balik terawih lalu kita orang sergah budak tu sampai lintang pukang budak -budak tu lari..ingatkan yang laki tu tak takut..rupanya dia lagi kencang lari..haha

tapi yang kesianya keesokan harinya aku dapat tahu salah seorang dari mereka terseliuh kaki..sadih weh..sebabnya termasuk lubang masa kelam kabut lari..jadi lepas pada kejadian tu kita orang cuma main tanglong, main kobait..yang diisi kedalam botol..hehe..dan main baling plug..plug tu diambil dari motosikal..plug yang dah tak pakai la..kita orang isi belirang dari mancih lidi tu..pastu manpatkan..dan ikat dengan tali pastu baling..dia kan keluarkan bunyi sama cam mercun..syok weh..adik-adik aku sekarang nie pon dah tak buat semua tuh..tak kreatif lansung budak-budak sekarang.

itulah cerita nakal, lucu dan kesian dari aku..korang tak der ke cerita dibulan puasa ketika zaman kegemilangan dulu..just sharing. thank you for reading  J

aku tag




July 24, 2013

kekuatan Doa

Assalamualaikum b.t.w

Pejam celik pejam celik rupanya kita dah berada dipertengahan bulan Ramadhan Kareem. Syukur Alhamdulliah moga kita diberikan kekuatan untuk meneruskan saki baki wajib sebelum kita melangkah ke bulan syawal ..oh Yeahh!..bayu Melayu tahun ini aku beli je..masa bulan 5,6 lepas ingat nak upah orang jahitkan..pikir-pikir balik pakai yang ready -made dah...murah hokey kalau nak dibandigkan dengan beli kain tambah upah jahit equal double trouble payment..pakai baju melayu tu nanti olah jadi macam Arron Aziz..okey tak?..wakaka

Well, sebenarnya aku nak kongsikan mengenai keberkatan kita berada dibulan mulia nie..alangkah banyaknya amalan yang boleh kita buat dan mendapat keberkatan oleh-Nya..nak minta permudahkan urusan, murahkan rezki, percepatkan jodoh, nak anak dan bermacam-macam permintaan.

Tahu tak kita mengenai kekuatan doa yang mampu menzahirkan keinginan dan kehendak manusia.

“Dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaku, nescaya akankuperkenankan (makbulkan) kepadamu.”
Al-Ghafir : 60

Sebagai contoh..sebelum dan sketika aku menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan dulu politeknik Johor Bahru dua tahun lepas aku selalu berdoa, “Ya Allah kau permudahkan lah urusan aku dan murahkan lah rezki aku serta berikanlah kekuatan kepada aku untuk mencapai cita-cita aku” amin.

masa itu aku ditakdirkan dengan tidak dapat diberi pinjaman belajar, aku sebenarnya baru je lari dari sebuah universiti awam sebeb tak tahan dengan subjek account dan match..jadinya pinjaman aku dibekukan. Dan setelah aku masuk politeknik tu room mate aku bagi borang biasiswa dari Yayasan Kuok..memandangkan aku tak pernah dengar sebelum ini..aku buat la sikit research..rupanya owner Gula prai  dan lain-lain produk serta merupakan orang kaya number satu kat Malaysia.

Aku pun mencuba nasib la, mana tahu rezki aku..setelah berhari-hari berbalas surat menyurat..kau call aku, aku call kau..Alhamdulliah aku terpilih untuk mendapatkan biasiswa dari Yayasan Kuok. Syukur yang amat walaupun itu dari pemberian orang bukan islam..dan bila aku dah nak habis belajar aku dengar Yayasan Kuok nak naik kan biasiswa.

Begitulah kekuatan doa yang mampu diperoleh dengan  bersungguh-sungguh tanpa jemu sebab Allah suka hambanya besujud dan meminta kepada-Nya. Apatah lagi Doa kita di bulan Ramadhan kareem yang penuh dengan barkah. Cuma apabila telah kita perolah apa yang kita kehendaki janglah pula kita lupa pada yang telah memurunkan rezki kita.





July 22, 2013

Hargailah Pemberian Ibu Bapa Kita

Assalamualaikum b.t.w

Enti aku agak sentimental sikit..sambil-sambil dengar lagu sedih tercipta sebuah entri yang tak seberapa ini..sudilah membaca.

Haa, susah nak menjangka kehendak dan kemahuan seseorang kalau kita tidak mengenali terlebih dahulu..tapi sebaliknya bagi pemberian ibubapa  kat anak-anaknya..sudah pasti kesukaan anak-anak tidak menjadi masalah bagi ibu bapa memberikan sesuatu..tak kiralah sebagai hadiah atau sebagai keperluan kepada anak-anak.

Tetapi bagaimana dengan anak-anak yang tidak menghargai pemberian ibu bapa yang penat lelah untuk mendapatkannya..kalau keluarga yang datang dari keturunan berada rasanya tidak menjadi masalah..tapi bagaimana dengan keluaraga yang harus menbanting tulang empat kerat semata-mata untuk memuaskan dan melunaskan tanggunjawab sebagai ibu bapa.

Sedarlah wahai anak-anak..tolong lah hargai pemberian ibu bapa walau kau rasa kau mampu mendapat yang lebih baik atau rasa tidak berkenang dihati..tahu tak betapa kecewanya ibu bapa kiranya pemberian tidak dihargai luluh hati si ibu bapa yang mendapatkan setelah dibalas dengan perangai yang tidak pernah bersyukur itu.

"Anak yang baik tidak akan pernah merungut akan pemberian sebaliknya terima seadanya agar hati mereka tidak terguris dengan sikiap kita."

"Berterima kasih akan pemberian atau hadiah yang diterima..hargainya dengan menunjukan kesukaan kita terhadap pemberian itu."

"Kalau rasa pemberian itu tidak berkenan dihati  jangan simpan dalam almari atau mana-mana tempat sebaliknya pakai atau gunakan dihadapan mereka."

"Nasihatkan atau cakap dengan lemah lembut kepada ibu bapa supaya tidak usah diberikan lagi..cakap lah yang barangan yang sebelum ini masih elok atau masih banyak."

Aku menulis kerana aku perihatin terhadap apa yang berlaku disekitar aku. Orang merasa perkara sebegitu cukup simple tanpa memikirkan perasaan orang lain sebaliknya sangat menguris perasaan mereka yang memberi sekiranya pemberian tidak dihargai.

Moga kita menjadi anak yang perihatin terhadap sensitiviti perasan ibu bapa. Orang tua nie semakin bertambah usianya semakin manja dan hatinya mudah terguris dengan kata-kata atau perbuatan so, tolong memikirkan perasaan orang lain juga…J



July 21, 2013

Sifat Si Anak Sulung

Assalamualaikum 

New post Ahad aku menjadikan permulaan di awal minggu..sebab kat sini dah mula bekerja hokey!..rumah menjadi sunyi sepi..bila dah masing-masing kembali kepada kekudukan asal..tapi bukan itu aku nak bicarakan..cuma aku nak kongsikan pengalaman bergelar anak sulung..korang yang bergelar anak sulung nie mesti fahamkan status bergelar anak sulung.

well menjadi anak sulung nie ada kelebihan dan kekuranganya..banyak yang boleh dikupas bila bercakap mengenai status anak sulung. korang tahu tak sifat sebagai anak sulung..



Berdikari..anak sulung nie mampunyai sifat berdikari..tahu kenapa?..sebab aku taknak lah adik-adik aku tengok aku nie sebagai seorang yang pemalas yang amat..haha..senang cerita nak tunjuk contoh yang baik-baik kepada adik-adik..

Hukum/ perintah..kalau dulu asyik aku je disuruhnya buat itu ini..harrr..tapi sekarang giliran aku pula yang kenekan hukum/ perintah kat adik-adik aku..haha..seronok.." adik-adik tolong abang kemaskan rumah nanti kawan abang nak datang.."bla..bla..

Keras kepala..kekadang sebagai anak sulung aku nie agak keras kepala..susah sikit nak terima nasihat dari adik-adik..sebab aku dah besar sangat dah kot..tapi aku tak maki hamun balik adik aku pun kalu diberi nasihat..cuma sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...miahaha..

Pemaaf..manjadi anak sulung perlulah bersifat pemaaf..tambah-tambah lagi kepada ahli keluarga..setakat aku menjadi anak sulung nie..aku cuba memaafkan kesilapan serta kesalahan tingkah laku adik-adik aku terhadap aku..dia orang tengah membasar..sekajap panas baran..sekejap hujan gerimis..sekejap lagi naik minyak..macam-macam perangai yang hado...

Tanggungjawab...besar weh..tanggungjawab yang perlu digalas sebagai anak sulung nie..selalunya ank sulung akan mendapat perkerjaan awal..dan disitu tanggungjawab bermula dengan membantu mak ayah korang dengan menyara adik-adik bersekolah..bayar apa-apa bil...plus jasa orang tua tak terhitung kalau nak dibandingkan dengan bayar bil tu..

Teringin nak ada abang/kakak...haish..sedih tol jadi anak sulung..kekurangan pada anak sulung nie dia tak der abang atau kakak..aku pun teringan gak nak ada kakak atau abang..nanti oleh lah dia jentik-jentik telinga aku kalau aku degil..bahahah...walau pun tak der  kakak/abang aku takder lah sampai terbawa-bawa nak kakak angkat atau abang angkat..geli lah..tak suka..haha..

"Kurang manjadi"..sesetengah anak sulung nie dia kurang menjadi..maksud aku dia agak lemah sedikit kalau nak dibandingkan dengan adik beradik..apabila dia yang pertama dalam keluarga..banyak benda dia tak berapa nak menjadi..mungkain tak der contoh dalam keluarga kot..macam si adik pula apabila dia tengok kelmahan pada si abang atau kakanya..dia cuba memperbaiki untuk dirinya..tapi aku sebagai anak sulung aku perlu berusaha lebih..untuk bagi semangat dan membuka ruang kepada adik-adik aku mengikuti langkah aku..hehe..poyo

Hati..orang kata..hati anak sulung mudah tersentuh..mungkin usia semakin meningkat, perangai pun semakin matang..tanggunjawab semakin berat..serta macam-macan lah yang menjadi perbuatan makan hati..haha

Anak emak...ok..aku memang anak mak..serta anak bapak juga hokey...tak dilebih-lebihkan..sama rata je..tapi lebih sedikit kepada mak kekek..sebab mak hatinya lembut..pandai ambil hati..dan macam-macam lagilah yang..tapi aku rasa adik aku yang bongsu tu paling mengedik-gedik..semua dinak nya..syuh..syuh..

Tidak pandai pujuk memujuk..well memang betol pun..aku tak pandai nak pujuk-memujuk..tak kuasa aku nak kasi ayat-ayat manis bagi dia senyum atau terima aku dengan ikhlas..bila aku dah minta maaf..lepas sudah dosa aku...kerek pulak nak maafkan orang..kosong-kosong ..lalalal

Cerewet..setakat nie aku tak secerewet adik-adik aku..sempoi je..aku bedal apa yang patut..nak merungut-rungut nak ini..tak cukup ini..dah kenapa kau...aku okey lagi lah bak-bak nie..layan je..

Bergaya...well yang ini perlu aku sokong 100% ye..bukan aku je kekawan aku yang status anak sulung pun bergaya sakan lagi...pakaian nak brand-brang je..kalau kenderaan tu nak kena macho je..tayor nak kena wap selalu kasi kacak hokey..dalam kereta nak kena ada wangi-wangian gitu..romantik tol anak sulung nie..

setakat ini saje aku kongsikan pengalaman aku sebagai anak sulung..korang yang bergelar anak sulung tentu banyak cerita yang boleh dikongsikan..Maaf kalau ada yang tak betul atau terasa..cuma perkongsian untuk bacaan bersama...:)



terima kasih baca entri ini^^


July 19, 2013

Apa Yang Aku Rasa

Assalamualaikum b.t.w

Hari minggu yang sangat dasyat dalam bulan ramadhan ini..Masha Allah..penatnya..tapi kena juga harungi minggu-minggu sebegini. walaupun aku nie dalam mood holiday tapi kerja-kerja harian tidak terlepas dari tanggunjawab aku sebagai manusia merangkat seorang anak dalam kalangan keluarga yang riuh rendah okey.

pepagi lagi aku bersiap-siap bagai bapak orang untuk ke pasar basah..sory lah aku tak terfikir pulak nak ambil gambar pepagi hari..plus ayah aku kerja tak menentu jadi aku lah yang mengambil alih tanggunjawab tu. with myUmmi..tapi aku lebih selesa panggil MIE..aku gerak ke pasar awal sebabnya lepas balik nak kena singgah lagi satu tempat lagi..

solat jumaat..masa duk dengar kutbah jumaat..sambil dengar kutbah..aku pun terfikir..perkara lain..bukan aku tak ambil kisah pasal kutbah jumaat...cuma dia tak der kawan ke?(iklan TM..tak pasal je)..Cuma kekadang bila dengar kutbah boleh buat aku mengantuk..terok kan. dalam aku duk berfikir tu..aku menyimpul beberapa hikmah yang aku dapat sepanjang berada dibulan puasa nie.

"Alhamdulliah..aku rasa 'ringan tulang' nak membantu mie aku membersih rumah serta menyediakan juadah berbuka..plus daripada aku tidur je memanjang..buat makruh puasa baik aku buat kerja cam gitu.. kalau hari-hari biasa bukan aku tak rajin Cuma masa yang singkat..tapi semenjak mengambil ijazah nie holiday dia banyak pulak kan..semesta break weh.."

"Malas nak keluar rumah..sebabnya nak save energy..haha..sangup pulak jadi kera sumbang..anyways orang lama-lama cakap berkawan biar seribu, musuh jangan sesekali..tak keluar takder jadi masalah besar pun.."

"Rasa bertamabah rajin nak berblogwalking pon hado..ini pun sedikit sebanyak membantu aku melawat rakan-rakan blogger..bila dah berpuasa nie..banyak pula waktu kan..selain waktu untuk beribadah.
Walaupun aku jarang-jarang update blog..tapi semangat untuk baca entri baru dari kekawan blogger tetap berkobar-kobar okey"..sebenarnya takder idea nak update blog..haha


Apa pun diharap bulan mulia ini dapat lah aku manfaatkan sebaik mungkin dengan melakukan pekara yang lebih berfaedah dan membawa kebaikan serta kemajuan dalam diri aku..:)

July 16, 2013

Aku Motivated Kawan Perempuan..Apa ke hal nya

Assalamualaikum b.t.w

Alkisahnya aku punya kawan katanya nak berubah, berubah kearah kebaikan la kot..gegirl lak tu..dia nie pada pandangan aku cam kawan perempuan aku yang lain..cam biasa-biasa jugak..cuma mungkin dia nie nak berubah kearah yang lebih baik. aku sokong sangat.

bukan mudah orang luar dari family aku cakap nak berubah dan minta pendapat aku serta nasihat. plus aku nie bukan nya yang suka nasihat menasihati tambah-tambah lagi yang terlalu serius..biasa-biasa je lagi pun aku sendiri tak betul lagi. ting-tong..tapi bila ada member-member nak mintak pandangan, nasihat, atau apa-apa boleh je aku nak basuh..tengok pada si penerima la kan..kalau dah dia yang mintak pandangan no hal bagi aku..
gambar agak bercanggah..sila abaikan
aku chat dengan dia nie kat sejam jugak..memulanya dia yang tanya aku apa pandangan aku kalau dia nak berubah kearah yang lebih baik..katanya dia nak pakai tudung yang lebih labuh, tapi malu dengan kawan-kawan dia..orang kampung..aku pelik kenapa nak malu.."kau kan memang dah berhijab..apa yang nak dimalukan..kalau nak pakai yang lebih labuh pakai je lah..buat apa nak dimalukan..daripada kau malu dengan orang sekeliling kau..baik kau malu dengan Allah.."

berubah nie bukan seperti sekejap pakai baju kurung..sekejap pakai t-shirt..sekejap berhijab..sekejap free hair..apa ke jadahnya..bila dah pasang niat nak berubah..biarlah betol-betol dan bersungguh-sungguh..taknak la hangat-hangat tahi ayam.tak mo lah camtu.

"berdoalah kearah kebaikan..berdoa bersungguh-sungguh  mintak dibuka pintu hati supaya dapat berubah seiring kehendak diri. tambah-tambah lagi kita berada di bulan Ramadhan kareem yang mulia..mudah sangatlah nak berubah..slowly pun takper..asal ada perubahan.."

"bergaul dengan orang-orang yang baik..in sha Allah kita pon turut terikut untuk menjadi baik..apatah lagi bergaul dengan orang yang berhijab labuh.. bagi yang pempuan la..yang lelaki tu cari la member yang selalu pergi masjid ke (buat contoh)..boleh melekat bau minyak wangi..tak nak ke.."

"banyakkan mambaca buku-buku yang boleh memberi semangat dan inspirasi serta ilmiah kat diri korang..bila korang baca tentang perubahan orang lain yang dah berjaya..kita akan rasa tertarik untuk terikut-ikut cara hidup orang yang berjaya..banyak motivated yang kita dapat kat situ."

"kurangkan bergaul dengan bukan muhrim..maksudnya jangalah kau selalu-selalu duk hang out bersama bukan muhrim..aku tak cakap jangan..tapi kurangkan..memulanya kalau nak berubah tak kan mendadak berubahkan ..pelan-pelan kayuh la kan.."

"lapangkan dada..luaskan fikiran..dengar nasihat dari kekawan, banyakan mendengar ceramah-ceramah motivasi...tak susah pun...kalau malas nak keluar dengar ceramah..kat intenet nie banyak ceramah.."

dan yang penting berubah lah kerana Allah s.w.t dari mana kita datang disitu juga lah kita kembali..sebaik-baik manusia adalah manusia yang berubah kejalan Allah..  :)




I LOVE GIVEAWAY by www.nisakay.com

Assalamualaikum b.t.w


<klik banner>



July 15, 2013

Ada Cerita Baru Dari Nuffnang

Assalamualaikum b.t.w

Haa,korang perasan tak iklan Dove oleh nuffnang kat blog korang tu..semalam aku baru perasan mengenai iklan ini..memulanya aku ingat yang bulat-bulat tu cuma gambar hiasan..tapi bila aku baca petikan iklan "find out more about the blogger review here."..kata kunci blogger kat situ sangat kuat untuk menarik aku layan-layan kan tetikus aku kat gambar bulat-bulat tu.


dengan terpengaruhnya aku klik satu persatu gambar awek-awek cun tu..oh rupanya dyeorang nie semua blogger pames yang punya pengaruh tersendiri..korang boleh cuba masuk kiranya berkenan nak mengenali dyeorang nie.

rata-rata dyeorang semua nie ada yang sebagai model cover media cetak mahupun media elektronik.sangat ohsem!.Bestkan dapat terpilih untuk manjadi salah seorang Nuffnang Blogopolis..bertuah la badan..


dalam pembacaan aku dyeorang duk cakap pasal produk baru dari jenama Dove iaitu deodorant..katanya lagi deodorant terbaru ini dapat mencerahkan bawah ketiak dalam masa 7 hari..aku pon takpasti keberkesanannya..nak cerita yang lebih lanjut mengenai produk ini dan juga mangenai ketiak, korang boleh lah check up blog di iklan nuffnang korang atau klik link kat bawah tuh..:)



July 13, 2013

Jangan Mengharap Balasan Dari Orang Lain Sangat

Assalamualaikum b.t.w

wee..semalam aku keluar mencari sedikit kuih muih untuk juadah berbuka puasa aku bersama family.. in case aku keluar rumah dalam pukul 6. agak awal sedikit..sebabnya member aku nie bila diajak keluar punya lah banyak soal. almost 6.25 aku gerak bazar dalam perjalanan aku ke bazar aku banyak juga borak dengan dia maklumla kami susah sikit nak berjumpa. tenggah-tengah berborak tu member aku nie boleh tanya aku kau nie berpuasa ke tidak?..haa 'puasa la doew , berpuasa tidak semestinya tak boleh cakap banyak'..haha 

sampai je kat bazar, mashaAllah ramainya manusia berkerumuni kat bazar nie..aku tanpa berlengah berlari lari anak memilih juadah untuk berbuka mana lah tahu kot-kot makanan yang aku idamkan habis nanti kempunan la pulak.
"dyeorang duk bercakap pasal
 jiranya, dengar-dengar jiranya
 tak balas balik
 juadah berbuka"

setelah penat pusing-pusing bazar aku berehat kat satu port yang mana tempat orang lepak-lepak sambil menungu masuknya waktu berbuka..aku dan member aku duk lah kat situ dalam 10 minit..cuci-cuci mata melihat manusia yang kelaparan..yang penuh sepuluh jari bungkusan plastik ada, siap ada yang bawa bakul untuk letak juadah yang dibelina pon wujud weh..dasyat penangan Ramadhan ini..beruntunglah peniaga..yelah bulan ramadhan kan bulan rezki terutamanya bt peniaga nie.

dalam sebok-sebok aku cuci mata aku terdengar perbualan seorang makcik dengan anak dia kot..rasanyalah..sebok je kau fizi..semua kau nak dengar..dyeorang duk bercakap pasal jiranya, dengar-dengar jiranya tak balas balik juadah berbuka.
gambar tidak ada kene mengena dengan entri aku,tapi korang boleh cuba berbuka kat restoran ini..area Gong Badak, Terengganu.
manusia nie kan suka sangat mengharap balas kasih dari orang lain. anyways bertukar-tukar juadah ketika dibulan puasa sudah menjadi perkara biasa bagi orang yang berjiran nie..in case kalau jiran kita tak membalas pemberian tu tak mengapa cuma kita sebagai orang yang tahu adat dan mengigati jiran seharusya tidak perlu ada sikap mengharapkan balasan dari orang lain atau jiran kita..mungkin ia boleh menjadi perbuatan yang tidak ikhlas dan sia-sia.

aku lebih suka kalau kita bersikap terbuka..tak kisah lah nak balas atau tidak yang penting aku dapat menyumbang sedikit juadah untuk berbuka kepada mereka dengan tindakan itu dapat lagi menguatkan hubungan kejiranan.  :)




July 12, 2013

Segmen Kad Raya By Emas Putih & Pn Qaleshya !!

Assalamualaikum b.t.w


<klik banner>



July 10, 2013

CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK


Bissmillahirahmanirahim .

Sempena bulan ramadhan nie cik akak nak merasmikan satu lagi contest..
Contest nie berlangsung 2 minggu sahaja....
Bermula 10 Julai 2013 dan tamat 23 Julai 2013
Contest ini juga ditaja sepenuhnya oleh cik akak dan rakan sponser yang oshem...

<Senarai Hadiah>


Syarat-syarat penyertaan

  • Mempunyai Belog adalah Wajib
  • Terbuka kepada semua " Belog Malaysia" sahaja
  • Follow Belog cik akak dan para sponser (wajib)
        Hakim , Farah , Kathy , Kak Hasnah , Wani & Nur Aqilah

  • Add Google + Followers Cik akak dan para sponser (wajib bagi mereka yang ada add google + Followers sahaja)
  • Klik SINI , SINI , SINI , SINI , SINI & SINI (tunggu sampai habis loading)
  • Likes Fanpage dibawah (Wajib)
   





banner kredit KathyRbain

  • Copy banner comel cik akak tu dan tempek kat entri kalian
  • Letak Tajuk " CONTEST RAMADHAN & RAYA BY CIK AKAK " Kalau tajuk lain cik akak memang tak layan..
  • Semua peserta wajib memasukkan link blog cik akak ke dalam bloglist masing-masing agar sentiasa alert dengan pengumuman pemenang atau lain2 pengumuman dari cik akak atau sponsor sepanjang contest berlangsung. jika selepas berakhirnya contest kalian nak remove blog cik akak dari bloglist korang pun tidak mengapa. hihihi..
  • Akhir sekali tinggalkan link contest dalam kotak komen cik akak....perlu diingatkan tempat lain selain kotak komen memang cik akak tak layan 100 peratus.
  • Wajib tag 2 orang rakan anda. Pastikan mereka tahu.
  • Jika malas nak buat entri copy je kod html di bawah dan paste di ruangan html new post kalian

Peringatan keras : jangan lupa letak link kat banner anda sebab hmtl yang anda copy itu tak ada link banner

Segmen bermula 10.07.2013 dan Tamat 23.07.2013

Jam 12.00 malam (tamat)

tag <dia> & <dia>

July 9, 2013

hikmah yang boleh diambil di bulan Ramadhan Kareem

Assalamualaikum b.t.w
Tak sampai 24 jam lagi kita akan berpuasa.. in sha Allah semoga kita semua dapat berpuasa dengan penuh kesabaran.aku taknak merepek banyak sangat cuma aku nak tingglkan beberapa hikmah yang boleh diambil ikthbar dan renungan buat sesama kita..

bulan ini lah masa paling sesuai nak berhenti merokok

 cuba jaga ikhtilat atau pergaulan dengan bukan mahram

masa ibadah yang akan digandakan pahala beribu-ribu kali ganda

 mana sibuk dengan bazar tu betulkan niat balik " nak jual tu bukan setakat nak untung je tp salah satu ibadah kita sebab beri kemudahan tuk orang membeli" dan kalaw ada lebih-lebih tu letak lah dekat surau atau masjid,,in sya Allah lepas tarawih habis lah tu kalaw bagi percuma...

Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda

“ Barang siapa yang memberi buka orang yang puasa mka dia akan mendapatkan pahala seperti pahalanya orang yang berpuasa tampa mengurangi pahalanya sedikitpun.”

(HR. Ahmad dalam Musnadnya, Tirmidzi dalam Jami’nya, Ibnu Majah dalam Sunannya, dan Ibnu Hiban dalam Shahihnya, dan dishahihkan oleh Tirmidzi)


bayak kan lah membaca Al-quran dan jaga mata terutamanya mata hati korang..



you make me proud..let's inspire

Assalamualaikum b.t.w

Haa, kekadang aku hidup banyak melihat kepada kejayaan orang -orang disekeliling aku, dyeorang nie memberi aku inspirasi untuk bangkit berjaya dalam bidang kerjaya yang aku minati. Aku belajar dalam jurusan rekabentuk industry semenjak 2006 lagi. Pada mulanya aku teragak agak dengan jurusan yang aku ambil tapi bila difikirkan balik aku sangat sukakan kerjaya ini.

Bekerja dengan apa yang kita minati sangat menyeronokkan. kita  tahu apa yang nak buat dan hasil kerja pula sekiranya mendapat feedback yang baik sangat menbanggakan untuk diri sendiri,,siyeh weh..Tapi sekiranya belum mandapat kepuasan pada orang sekeliling yang melihat, merasai atau menggunakan ia tidak mematahkan semangat aku untuk terus berusaha memperbaiki hasil kerja aku.

Siapa sangka pereka bagi kereta Produa Myvi keluaran pertama merupakan senior aku sewaktu aku menuntut di Politeknik Johor Baharu..(Politeknik Ibrahim Sultan- terkini) wah! sungguh hebatkan.

Dan ketika aku menuntut di Universiti aku sekarang ini..aku berpeluang belajar dengan seorang professor rekabentuk antarabangsa..aku kira..sebabnya dah banyak kenderaan yang di cipta oleh prof. aku digunapakai di luar negara dan beliau juga merupakan salah seorang manusia yang mencipta Kad Pengenalan negara kita. u inspire me prof..:)

Dan juga sekarang ini aku lihat ramai Pensyarah dan Guru muda..sungguh terpengaruh aku melihat kejayaan mereka sehingga menbuatkan aku terfikir-fikir.."macam mana dyeorang boleh jadi pendidik diusia muda..betapa untungnya dapat bekerja diawal usia"..ini apa yang aku fikirkan lah.

Jadi korang kat luar sana tu terusaknlah berinspirasi dan mencapai kejayaan dalam diri sendiri..:D

July 7, 2013

Apabila Ramadhan Tiba

Assalamualaikum b.t.w

Alhamdulliah lagi beberapa hari lagi ramadhan bakal mengantikan syaaban sebelum diraikan dengan syawal..so korang bagaimana? dah bersediakah?..ingat lagi tak niat puasa? tahu ke tidak perbuatan haram makruh ketika berpuasa?..anyways every muslim's wajib berpuasa dibualan ramadhan but if u have any complicated issue, islam tidak menghalang daripada tidak berpuas..kemuadian ganti la balik puasa..islam sangat mudah kan.
sebelum itu apa kata korang refresh balik minda dengan menghafal balik niat berpuasa..tak susah pon aku bagi dalam bahasa melayu.. senang kan :)

Lafaz niat puasa harian
"nawaitu souma godhin ‘an adaa i, fardhi syahri ramadhaana haadzihis sanati lillahi ta’aalaa"  ( Sahaja aku berpuasa esok hari menunaikan Fardhu Ramadhan tahun ini kerana Allah Ta’ala )

Lafaz niat puasa sebulan

Sahaja aku berpuasa sebulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.

back to the title, memandangkan ramadhan semakin hampir aku decide nak tunaikan beberapa perkara yang aku nak buat tapi susah sangat nak tinggalkan..arkhh!..perkara apakah itu? ko sangat poyo fizi..apakah itu? sebenarnya dah lama nak kurangkan makan risau juga berat badah semakin bertambah..aku ini sangat mementingkan berat badan..ye kakak-kakak dan abang-abang..lagi-lagi tengah cuti sekarang ini,bukak periuk ada nasi,,bukak saji ada lauk..mana nak diet nye..diharapkan ramadhan ini dapat membantu masalah berat badan ditambah dengan beberapa latihan ringan.

perlu aku akui, aku juga manuasia yang tidak lepas dari melakukan dosa serta lalai dalam beberapa perkara orang muda la katakan,sapa kata?..selalunya manusia memang akan memasang impian atau niat nak berubah jika hari-hari bermakna tiba right? korang tak ke..ala kalau tiba tahun baru mula lah nak buat list bagai untuk tahun akan datang kan. so aku berharap sangat dibulan yang mulia nanti aku serta korang semua boleh berubah dengan memperbaiki sedikit sebanyak dengan mengamal apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang in sha Allah boleh kan..(sila angguk)..korang memang sweet.. :)

nabi kita juga Nabi Muhammad s.a.w ada meninggalkan beberapa pesanan yang boleh mengusir iblis dan bala tentaranya jika menyerang kita dengan rayuan-rayuan yang menyebabkan kita terjerumus kedalam jurang kehinaan tanpa kita sedari..

Jika ia datang kepadamu dan berkata : "Hartamu musnah".Katakan kepadanya: "Segala puji bagi Allah Zat Yang Maha Memberi dan Mengambil, dan menggugurkan atasku kewajiban zakat".

Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Betapa banyak kebaikanmu", dengan tujuan menjerumuskan untuk bangga diri (Ujub). Maka ia katakan kepadanya :"Kejelekan-kejelekanku jauh lebih banyak dari pada kebaikanku".

Dan jika ia datang kepadamu dan berkata :"Alangkah banyaknya shalatmu". Maka katakan :"Kelalaianku lebih banyak dibanding shalatku".

Dan jika ia datang dan berkata :"Betapa banyak kamu bersedekah kepada orang-orang". Maka katakan kepadanya :"Apa yang saya terima dari Allah jauh lebih banyak dari yang saya sedekahkan".

Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak orang yang menzalimimu". Maka katakan kepadanya :"Orang-orang yang kuzalimi lebih banyak".

Dan jika ia berkata kepadamu :"Betapa banyak amalmu". Maka katakan :"Betapa seringnya aku bermaksiat".
Ramadhan is the best moment untuk kita memperbaiki diri serta menahan diri dari melakukan dosa kecil apatah lagi dosa besar.

Giveaway 10K Followers Mialiana.com


Giveaway 10K Followers Mialiana.com bermula pada hari ini, 7 Julai 2013, iaitu tepat jam 5.45 petang sehingga 11.59 malam 21 Julai 2013. Semua dijemput join.

Syarat-syaratnya :
  1. Terbuka kepada semua blogger yang bermastautin di Malaysia sahaja
  2. Follow blog Mialiana.com, Add  Google+ Mia Liana dan Like Fanpage Mialiana.com
  3. Wajib Follow blog, Like Fanpage dan Add Google+ semua sponsor (rujuk senarai sponsor)
  4. Buat entri bertajuk Giveaway 10K Followers Mialiana.com
  5. Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri.
  6. Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI
Senarai sponsor :
❤ Kerinchi MyKeledek | Fanpage
❤ Alycia | Fanpage
❤ Aida Hanafiah
❤ Amir Rofie | Google+
❤ Chekgu Skolah | Fanpage
❤ Anastasyea | Google+
❤ Sha Dhira | Fanpage
❤ Rafina Mimi | Fanpage
❤ Paly | Fanpage
❤ Dayang Deno | Fanpage
❤ Cikgu Kaca Mata | Fanpage
❤ Ieta | Fanpage
❤ Deq'Nyss | Google+
❤ Keyme Keymo | Google+
❤ Nur Dzafirah | Fanpage

Senarai hadiah yang ditaja bernilai RM 1,474 :
❤ 1 x Jus Delima Pompure bernilai RM 150
❤ 1 x Glutaking bernilai RM 150
❤ 1 x Tropica Bioherb Shampoo Herba bernilai RM 35
❤ 1 x Kain pasang Satin Cotton Vietnam bernilai RM 65
❤ 1 x BB Plus Collagen bernilai RM 180
❤ 3 x tudung DeZahra bernilai RM 75 serta Brooch bernilai RM 6
❤ 1 x Teddy Bear bernilai RM 100
❤ 2 x Bantal Love mialiana.com bernilai RM 35
❤ 1 x Wang Tunai RM 50
❤ 1 x Novel Cintaku Luruh di Oxford bernilai RM 34
❤ 1 x Novel Dia Yang Aku Pilih bernilai RM 22
❤ 1 x Farcheese Powder bernilai RM 25
❤ 3 x Doodle bernilai RM 10
❤ 2 x Multifunctional Buff (Seamless Magic Scarf) bernilai RM 15
❤ 9 x Topup bernilai RM 10
❤ 4 x hadiah misteri bernilai RM50.00

 jom support Mia Liana ya... join Giveaway ini dengan klik banner di atas...

GIVEAWAY X-CLUSIF PERTAMA BY ADHIE

Assalamualaikum peep's


<klik banner>

July 3, 2013

Wordless Wednesday- Doa mohon kemudahan dalam semua urusan

Assalamualaikum b.t.w

<silent mood>


Artikal terkini dari Babab.net