January 29, 2013

Dua sifat yang harus ada pada Blogger


Assalamualaikum

 RAJIN | Blogger yang berjaya sekurang- kuranya  memiliki  sifat rajin dalam mencari sumber maklumat. Sebagai blogger yang kaya dengan sumber inpirasi dan maklumat yang tepat, tindakan seperti keluar dengan mencari maklumat, rajin berblogger walking, tidak lokek ilmu serta rajin menulis dengan karya tersendiri  mampu meningkatkan Trafik seterusnya menambah bilangan Pengikut.

JUJUR | sikap jujur amat dititik beratkan dalam dunia blogging terutamanya kepada pemilik blog yang mengeluarkan pelbagai bentuk entri supaya ia tidak mengelirukan pembaca. Seterusnya blogger harus jujur dengan diri sendiri iaitu jangan menipu dengan menyalin sebulat-bulat entri blogger lain seharusnya disertakan darimana sumber yang diperoleh. Serta jujurlah apabila anda meninggalkan komen “sudah follow”  dan anda betul-betul menekan butang follower  .

#Juga sebagai blogger kita harus pandai ‘tackle’ pembaca untuk meningkatkan aliran trafik. Jadilah blogger yang bersifat Rajin dan Jujur ketika berblogging.terima kasih

January 28, 2013

Segmen Mega 3000 Follower By Blog 3 Dalam 1

Assalamualaikum


Jom sertai segmen mega 3000 follower by Blog 3 dalam log 3 dalam sedalam-dalamnya..uuhhUhh..


Segmen : Saya Nak Blog Saya Masuk Dalam Feed !

Assalamualaikum


nak tahu habuannya > sini

#jom bersegmen !!

January 27, 2013

Gila kau"..


Assalamualaikum

Walaweh, bersepah-sepah aq dengar orang sebut-sebut  ‘gila kau dot dot dot..’  Mestilah!! gile kau tak sebut ayat cam tu walau sehari dengan kawan-kawan kau..haha  cam haram.

Memang  sudah menjadi ikutan bukan kat dunia reality sahaja, dunia lakonan pun sama. Banyak ja pelakon yang aq perasan sebut yang cam tu kat television, korang perasan tak? Ada kan.

Pernah sekali aq melihat rancangan Gelangan Maharaja Lawak 2012 #jozan, diaorang buat lawak cam ci**i ..giler kau..haha


giler kau tak tengok lawak diaorang, haha

Sedih


Assalamualaikum


KORANG!! Kenapa aq rasa annoying feeling giler hari ini.. ingat nak feeling good good je..takper hari ini entri aq memang mengenai feeling !!huhu

Memang susah kan nak buat orang sekaliling bahagia bersama kita,konflik antara cinta dan keluarga, sahabat dan best friend. What I’m going to do ? takkan nak berdoa untuk kebaikan saja mesti ada ikthiar lain yang boleh dibuat kan.

Orang selalu mahu kita fikirkan perasaan mereka(sapa-sapa je lah) tapi persaan kita ada difikirkan, sejujurnya kekadang wujud perasaan tidak ikhlas dalam diri bila mengenangkan balik apa yang dah terjadi. Hanya senyuman mampu menutup rasa kekecewaan bila hati ini mula menangis.

Berkata siyidina Ali “ kekayaan yang sebenar ialah akal, kepapaan yang sebenar ialah rosak akal. Sapi yang sebenarnya ialah kagum dengan diri sendiri dan kemuliaan yang sebenarnya ialah akhlak yang baik.

Bekata lagi empat perkara ialah “ jangan berkawan dengan orang yang tamak kerana pada zahirnya ia akan membahagiakan tatapi pada hakikatnya ia akan mencelakakanmu. Jahuilah berteman dengan pembohong kerana ia boleh menjadikan yang dekat lari daripadamu dan sebaliknya.”

Janganlah berkawan dengan orang yang bakhil kerana dia akan melupaimu di waktu kamu sangat memerlukannya dan jahuhilah bersahabat dengan orang yang suka berbuat jahat kerana dia tidak akan malu untuk menjualmu dengan harga yang teramat murah.”

Sis!! Lelaki pun ada perasan juga lah..walau kasar,kuat,tahan maki bagai  tetapi tetap wujud feeling yang korang(girl-girl) takkan rasa until korang betul-betul memahami lelaki. Haha


January 13, 2013

kenapa lelaki tetap merokok

Assalamualaikum

Tahu tak kenapa lelaki tetap nak merokok walhal sudah terang lagi nyata akan keburukan merokok terutamnya kepada diri sendiri.



seperti yang kita tahu, pelbagai kaedah dan cara yang telah dibuat oleh pihak kerajaan mahupun badan bukan kerajaan,NGO dan sebaginya bagi menghentikan penggunaan rokok, tapi itu tidak menbuatkan mereka untuk berhenti merokok..siyeh..dan sekarang nie siap ada rokok elektronik kononnya rokok elektronik nie mampu  mengurangkan risiko bagai..tapi bagi aq kalau dah nama rokok bahananya tetap sama !! kan.

berbalik kepada tajuk etri kali ini  'kenapa lelaki tetap merokok'.bersandarkan kepada pengalaman perokok tegar yang ada kat sekaliling aq nie..kata mereka*



'Bila merokok hati aq akan tenang sikit'
Merokok untuk relieve tension
Mencari ilham / idea
Susah nak berhenti dalam jangka masa yang singkat, so mesti merokok walaupun sebatang sehari
Mampu memberi sedikit tenaga
Boleh menghilangkan ngantuk untuk perjalanan jauh
Tidak macho kalau tak merokok
Menunjukan 'kelelakian'
Boleh merasi nikmat hidup sementara
Mampu meredakan kemarahan



January 12, 2013

Segmen II : Tambah Follower Blog dan Twitter


Assamualaikum
 Tag semua rakan blogger fizizaidi...^__^


Tumbuhan Pelik

Assamualaikum

#Tumbuhan pelik# tumbuhan nie jarang-jarang dapat kita jumpa sebabnya nak menemuinya korang haruslah perhatikan betul-betul ketika korang berjalan kat dalam hutan..yang peliknya mengenai tumbuhan nie adalah kudup bunganya..cuba korang tengok gambar yang aq letak kat bawah nie..pelik kan..




aq jumpa tumbuhan nie masa aq pergi trip kat Tasik Kenyir # Pulau Herba # tempoh hari..dah puas aq google tumbuhan nie nak tahu nama nya..tapi tidak jumpa...mungkinkah ia tumbuhan herba..??

kalau kaorang yang prihatin tu..kalau tahu mengenai nama tumbuhan bagai nie..habak mai kat ruangan komen ye..siyeh aq nak tahu...

Segmen : Saya Blogger Negeri .......

Assalamualaikum

segmen ke-3 aq jumpa..aq join..# tahniah buat diri aq sendiri sebabnya rajin dan Tak reti nak tido !! go on

#me blogger dari Terengganu, ganu kite terr....kome,hang,awak,kamu,adik,bro,sis dari mana...??? ce kabo..






Segmen: Makanan dan minuman kegemaran blogger Malaysia

Assalamualaikum

segmen ke-2 pepagi buta, aq join !!...tak tido la jawabnya..


baiklah..tadi aq baru je habis makan buger..keruk kan..?? makan buger, tak risau perut buncit ke aq nie.." tapi itu bukan makanan kegemaran aq, kalau nak disenaraikan memang tak la kan..banyak kot..cuma aq akan list kan 5 senarai makanan kegemaran aq.." Nasi Ayam, Kueh Teow Sup, Mee Basah, Sate, dan Masak lemak cili padi dan tempoyak.." hebat tak nafsu aq?? haha..minuman biasa-biasa je, Teh tarik..

agaknya kenapa aq menyukai makan itu??..sebab nya itu makanan kegemaran aq !! haha....siyeh tak lawak kan...

Pencarian Bloglist Feb-Jun 2013 oleh Cerita Kosong Ku

Assamualaikum

# jom sertai pencarian bloglist create by 'cerita kosong ku' # rasanya tak rugi pun kalau kita support blogger sesama sendiri..pencarian berlangsung sehingga jun 2013..masih sempat lagi neh..





# mudah je pun...


January 10, 2013

Creepe

Assalamualaikum

Creepe...oh creepe..korang pernah makan tak kuih nie..rasanya kepopularan creepe semakin disebut-sebut dibibir pengemar termasuk aq !!...setelah berminggu-minggu aq melihat kuih nie kekawan aq post kat mukabuku and tag me..!! akhirnya aq tewas malam semalam..tahu kenapa masa aq jejalan dengan classmate aq tetiba terjumpa benda alahnie..Hati pun dah tertaut dengan warna kuning keemasan dan merah kejambuan tu...aq pun beli lah satu pack..Mahal  Rm 10 !! tapi kiteorang kongsi..tak mampu nak beli satu sorang...

Rasanya nya macam aiscream..sangat gebu dan bercream isi didalamnya..pada korang yang belum pernah mendengar, melihat apatah lagi merasa..korang harus mencuba !!..hahaah tetiba aq nak promot pulak kuih nie kan...terdapat pelbagai perasa..tapi malam tadi aq makan perisa durian..




tak cukup dengan itu kiteorang makan lagi durian...durian lagi..makan sampai lemban..nasib baiklah  makan kat depan laut berhadapan Bazaar Warisan Kuala Terengganu...so terasa kesejukan sambil makan durian..



Maaf..kiteorang kalau dah terlalu free..akan berlakulah benda-benda yang 'pelik'...hahah...










#Terima Kasih kawan | kuala Terengganu

Visit Terengganu | tempat yang harus dikunjungi

Assalamualaikum

Tahun 2013 membuka tirai kepada kaki-kaki jalan.. kenapa pulak?? Tahun Melawat Terangganu 2013..selamat datang!!..miahaaa..kepada pengemar tegar yang suka melancong bersama keluarga,couple,sorang diri bagai tu jangan ketinggalan untuk bertandan ke Terengganu....




kedai keropok Losong | banyak lagi kedai yang terdapat di kg, Losong


Pasar Besar Payang | menjual kain, keropok kering dan sebagainya


Muzium Kuala Terengganu | mempamirkan barangan sejarah Terengganu


Masjid Kristal | Taman Tamadun Islam


Tasik Kenyir | kepelbagaian alam flora dan fauna | Terdapat  ratusan pulau



p/s: banyak lagi tempat yang menarik akan aq kongsikan kepada korang..In Shaa Allah


January 9, 2013

final project | kanves

Assalamualaikum

last week, my first Exhibition at Laboratory University Sultan Zainal Abidin..sebelum bermulanya pamiran tersebut, kehidupan harian aq menjadi tidak normal..siang hari membuta..tiba malam jadi kelawar..berjaga !!... tp kalau korang nak tahu itu perkara biasa yang berlaku kepada pelajar-pelajar Design..tak kisah lah Grafik, Industrial, Fashion..semua cam tu..

waktu malam adalah masa terbaik buat budak-budak design untuk mencari ilham, idea bagai..waktu itu lah idea akan datang mencurah-curah..aq kira tidak ada designer yang akan tidur awal tambah- tambah lagi kerja nak kena submit secepat yang mungkin.(itu contoh je la)..

gambar kat bawah nie merupakan separuh daripada bebudak kelas aq yang mempamirkan hasil kerja mereka..

selebihnya aq akan muat turun dikala aq free memanjang..:)


Temuduga jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27


 Assalamualaikum

salam pembuka bicara dan selamat sejahtera..dalam entri kali ini aq nak kongsi pengalaman aq pergi temuduga jawatan Penolong Pegawai Penguatkuasa N27. kenapa aq perlu kongsi pengalaman aq yang sekangkang kera nie kepada korang..baik! pengalaman aq kepada korang yang ingin tahu soalan yang akan diajukan, apa yang perlu dibawa, etika ketika ditemuduga bagai saja...kejam kan..



Seperti biasa proses temuduga nie merupakan peringkat terakhir kerana sebelum ini aq sudah menjalani beberapa saingan seperti ujian fizikal dan pancaindra, peperiksaan dan terkini temuduga...
sesangat cuak..walaupun bilangan yang datang temuduga tidak ramai tetapi aq dapat meraskan persaingan..yang datang temuduga bukan lepasan diploma macam aq nie..semua dah ada pengalaman kerja bahkan angota JPJ itu sendiri ada yang datang menemuduga untuk kenaikan pangkat....

Waktu mula ditemuduga 8.30 pagi..so aq datang awal sikit 8.00 pagi..ingatkan aq nie orang yang paling awal datang rupanya yang terakhir no.19..so aq dalam kepala aq nie berkata.."kalau 19 orang boleh habis awal nie"...tp anggapan aq meleset...aq ditemuduga tepat jam 4.00 petang...!!! sakit belakang tak payah cakap cerita la kan..tahu-tahu sendiri...so disebabkan tahap kerisauan sama level amaran banjir warna jingga..aq lupakan itu semua.termasuk makan !!..(tak tahu habis je temuduga terus bernafsu nak makan)



Etika pakaian, seperti biasa kalau yang lelaki tuh pakai kemeja siap dengan tai, rambut hendakalah kemas, berkasut..maner yang perempuan tu pakai baju kurung bagi yang muslimah dan baju ala-ala koprat bagi yang non-muslim...

Apa yang perlu dibawa ??..first baca arahan yang terdapat pada kertas panggilan temuduga..bawa semua yang diperlukan sijil original and copy..and  jangan lupa gambar berukuran pasport terkini untuk dilekat pada resume..

sampailah giliran aq ditemuduga,.. penemuduga masa itu muka dah mengantuk..(dalam hati aq "kenapa dia buat muka cam tu") sedih!! ok soalan yang ditanya mengenai latar belakang, mengenai lesin memandu, AES, mengenai motosikal daripada mula beli sampai motosikal boleh diguna pakai diatas jalan..paham tak??..ok maksudnya insuran, roadtex, gran motor..dll...soalan sembang-sembang aq ditanya mengenai isu-isu politik dan How to make keropok lekor..mentang-mentang aq nie anak Ganu kiterr...disuruh nya dia cerita pasal keropok...#apapuntakboleh

Apa pun aq bersyukur kerana dapat menjawab dengan baik soalan yang diajukan (padahal tergagap-gagap) dan tidak sia-sia persiapan aq dengan membaca sedikit maklumat mengenai JPJ nie...so dapat la jawab..jadi kepada korang yang bakal ditemuduga thum up and do the best!!..In Shaa Allah..


entri baru>>  Pemeriksaan Fizikal, Temu Duga Penolong Pegawai Pengutkuasa N27






January 5, 2013

Tambah Trafik Tambah Follower 2013

Assalamualaikum

korang pernah dengar atau lihat tak blog HH (hasrulhassan)..aq dah !! haha mengada- ngada..betul la..tiap kali masuk blog aq nie..mesti aq nak singgah kat blog pendidikan buat blogger beliau  nie..banyak kot tip,maklumat terkini dan bebagai faedah yang korang lay dapat..

tetiba pulak hari nie entri dia mengenai nak tambah follower..memang tak akan lepas peluang la !!..


p/s:jom la kita sama-sama tambahkan follower, than dengan itu trafik kita akan masyukk..tok gitu??.



Phewitt! Nak Join Bloglist arepnakbebel.com!

Assalamualaikum

Jemputan daripada tuan rumah www.arepnakbebel.com



Segalanya pasal bujang

Assalamualaikum

kalau dah bujang memang bujang saja lah kan..senang kata segalanya bujang..dari mana datangnya bujang dalam diri kita ?? semestinya kita akan lalui beberapa tahap sebelom kita digelar bujang kan..mulanya mesti korang akan tinggal dengan parent dulu kan..masa tu macam-macam perangai busuk korang yang parent korang layan..than..alam remaja than lagi alam dewasa..tapi korang akan mula rasa diri membujang bila mana korang tidak bersama dengan parent korang lagi dah kan...ye lah tingal kat asrama tu dah kira korang membujang..

ada lagi nie nak bagi tahu baca la kejap!!!...bujang nie bukan sekadar tinggal sesorang je..bahkan segala benda seperti makan,minum,tidur..dan bebagai boleh jadi bujang...nasi bujang,,air bujang,katil bujang??? tipu lah kalau tak pernah dengar sume nie..korang akan lalui biala saat-saat korang tengah kering dan terus mengering..masa tu lah korang nak cari nasi bujang hahah...aq penah kot..!! pengalaman doew bila lagi kita nak merasa sume tu..bila ko dah kaya raya..beranak pinak korang memang takder nya nak makan cam tu lagi..tak mengenyang la..tak sedap la..puiiiiiiiii...haahh

hellowww..nasi bujang sedap kot..boleh mengenyangkan saat kita tengah pokai...walaupun sebenarnya tak bernafsu nak makan..ampu je la perot korang...

than kalau nak cakap pasal bilik atau rumah sewa..jangan persoalkan la..kalau orang bujang dah bertapak kat situ..bagi rumah five star sekalipun boleh tukar jadi tak berbintang...kekadang kita merasa diri kita dah pengemas dah.(pengemas lah sangat aq nie)..tapi kita lihat penghuni rumah kita..Ma sah Allah..nazak!! dengan baju seminggu sekali baru nak basuh,,alsan = sibuk.. assignment banyak la..tak dr masa la...macam-macam la perangai orang..poning kepalo deng dibuat nya...ok stop!! aq malas nak taip entri memanjang sampai takder ekor..nanti korang tak bernafsu nak baca entri aq nie...

p/s: jadi thum up if korang pernah lalui semua tu...sesangat mengajar diri kita untuk berdikari dengan lebih baik..

January 4, 2013

Diploma sebagai tiket ke alam perkejaan

Assalamualaikum

Pernah tak dengar pelajar ipta/s sekarang nie yang mengambil diploma sebagai 'tiket' untuk menuju ke alam pekerjaan..? temasuk aq..haha  mungkin ada dan mamang ada pon sebabnya cuba korang bayangkan berapa banyak pelajar yang bergraduasi setiap tahun..dan sudah tentu banyaknya bekas pelajar yang menganggur..!!..betol tak..







That why kalau korang perasan ada pelajar yang berkerja jauh dari bidang yang dipelajari..sesangat lari dari bidang yang diambil..#rezki Allah yang tentukan..

Agaknya apa faktor-faktor berlakunya kes-kes cam nie erkk..urmmm mungkinkah sebab kena lelong atau kene campak kat mana-mana institusi or diaorang tak minat bidang tu tapi parent dia nak sangat anaknya ambil cost and anaknya terpaksa menurut cakap or memang dah tak minat belajar tetapi terpaksa or ikot kekawan lain..maklumala orang sekarang nie tak boleh tengok orang lain senang sikit..*fttttttttttttt menyampah pulak aq dengan orang cam nie.....sabo je la


Gambar sekadar hiasan tidak ada kene mengena dengan tajuk entri | ihsan dari empunya blog memberku | kreadit for syara Affendy





January 3, 2013

Segmen up follower dengan sepantas kilat II

Assalamualaikum

Diawal tengah hari tadi aq jejalan  kat blog-blog baru and terjumpa pulak blog awek yang cantik nie kan..melihat kepada entri beliau yang mahu menambah follower sangatlah membantu blogger-blogger baru cam aq neh..nak jugak ada pengikut cam dyeorang nih,,hope menjadi In sha Allah...


BELOM COBA, BELOM TAW !


p/s: tak tahu la betol ke idok cara yang aq ikut nie..




January 2, 2013

karoke lagu inglish boleh mengasah kita dalam sebutan

Assalalualaikum

korang penah tak rasa tertekan sampai tahap dewa dewi..huyoopp!!! kusut sampai takde tahap..memang tak bertahap-tahap la kalau korang takde tahap..apa aq merepek nie?? karoke sampai tenbam petang semalam ..sorry  roommate !!..sebab terpaksa menadah telinga tuk dengar aq terpekik terlolong Hahah...


walaweh...karoke nak lagu matsaleh saje..heheh..yela aq bukan bacam korang,aq tak pandai matsaleh ni..bahasa inglish aq nie tahap-tahap kinder garden je tu sebab aq suka korok lagu inglish nak asah lidah..oh my inglish !!





Folder baru 2013

Assalamualaikum


Oh Yeah !!my ACER genap lima tahun sudah..sunguh ku tidak menyangka u look still baru..tapi berhabuk sorry abang lupa nak vacuum kamu..sekejap lagi i lap u ye...hehe..

















now 2013 ..this year i'm 23 old but i'm still look annoying kinda,,entah bila nak matang..macam mana mahu buat azam baru sedangkan masalah tahun 2012 still tertanguh !!... asal tahun baru jelma ja..mula la nak pasang azam baru..lepas tu mula lah mengelabah tak tentu  pasal bila azam tak jadi..ishh..teroknya perangai aq..tak bersyukur..!!! haha

apa pon sebanyak mana azam kita..jangan dilupakan siapa yang memberi semua itu..enjoy your self and make you life beautiful..always smile..always pray to Allah...In Sha Allah..

January 1, 2013

Tahun 2012 dalam 'recycle bin'

Assalamualaikum

Tahun baru 2013 bakal menemui dalam masa beberapa jam saja lagi..sebelum tu mungkin aq boleh review balik apa yang berlaku pada tahun 2012 kn..bak kata pepatah kalau sayang isteri tinggal-tinggalkan,,sayang anak pukul-pukulkan..tetiba pulak tak semena-mena je...

tahun ini banyak menimbulkan kenangan baik,buruk,manis ,masam dan bebagai macam ragam..diawal tahun 2012 aq ada buat senarai impian yang annoying .."impian la sangat"..daripada 20 something ada lah bebarapa list yang diizin kan Allah untuk aq miliki..taknak bagitau nanti takabur pulakan..Syukur sesangat dapat apa yang aq hajati...



tp untuk dapatkan apa yang aq ingainkan tu aq bukan cuma duk goyang kaki  sambil minum kopi kat depan pintu rumah tunggu hajat aq jatuh dari langit..memang tak la...Aq gigih bekerja sampaikan hari minggu pun aq bekerja.. awesome la ko fizizaidi !! hahah..poyo !!

than tak disangkakan kan pulak semasa aq belajar di Politeknik Ibrahim Sultan aq dapat anugerah ketua jabatan dan selang pada itu aq dapat sambung belajar di Universiti Sultan Zainal Abidin..Alhamdulliah...berkat doa parent aq..

esok 2013 apakah yang akan berlaku selepas ini..hanya Allah saja yang mengatahui..subahanAllah

Artikal terkini dari Babab.net