December 3, 2013

Di Belengu Masalah Antara Abang/Akak/Adik Angkat Dengan Kekasih Hati

Assalamaualiakum

Salam rindu, salam sayang kepada kekawan blog, follower, commenter, silent reader dan semua lah.  Lama sangat dah tinggal blog pisican ini.. kata orang kalau sayang blog taip-taip kan..haha memandai je aku

Topic di kakikerja hari ini agak complicated..dan sometime boleh jadi gila kalau kita alami..mungki ada diantara kita sudah/sedang mengalami nya.

Couple week ago, aku di datangi oleh seorang classmate.. dan dia minta pendapat aku mengenai situasi yang sedang dilaluinya sekarang.. katanya dia ada masalah dengan abang angkat dengan ‘pakwe’ nya…okey soalan aku pada korang..

Apa yang perlu kita lakukan sekiranya kita dibelengu dengan masalah diantara abang/ kakak atau adik angkat dengan pasangan kekasih kita?

Jujur aku cakap, aku tidak pernah ‘ber’ akak angkat atau adik angkat atau apa saja..kalau ada pun aku fikir masak-masak sebelum menerima kehadiran mereka dalam hidup aku.. so aku tidak ada pengalaman yang drastik dan penuh emosi dengan akak/adik angkat.

Akan tetapi aku ada pendapat aku tersendiri mengenai apa yang sedang kawan aku laluinya sekarang. menerima abang, kakak atau adik angkat dalam kehidupan kita kekadang buat kita lebih dihargai dan disanyangi lebih dari pada adik beradik kandung sendiri. Maklum lah everything mereka care about. Baik masalah keluarga, kewangan, masalah dengan pelajaran, kawan-kawan dan semua.

Berangkat-angat ini ada kebaikan dan keburukan tersendiri..ini juga berkaitan bagaimana cara kita menguruskan social life kita.

So apa yang harus dibuat sekiranya berlaku masalah sebegini?

Lihat balik niat kita kenapa kita ‘ber’ abang, kakak atau adik angkat.. adakah kerana hidup kita sunyi?kurang kasih sayang? Mencari jodoh.. Maklum lah anak tunggal..mak ayah hari- hari kerja..adik tak der..

Nasihat mereka dengan cara baik sehingga mereka faham situasi yang sedang berlaku..haishh ‘pakwe’ mana tak cemburu kalau ‘awek’ kita bermanja-manja dengan  abang angkat walaupun status mereka sebagai abang atau adik angakt akan tetapi hubungan mereka tetap bukan muhrim dan tak elok dipandang kalau berdua-duaan.

Semasa korang ‘kapel’ tu..bagitahulah kepada pasangan korang bahawa korang ada abang, kakak atau adik angkat..nanti kalau terserempat kat luar korang makan angin ke shopping ke tak der lah timbul isu-isu rumah tak berapa nak ada tangga nie.

Si abang angkat pula kau dah tahu adik angkat awak tu dah ada orang sayang, kurang-kurang lah berjumpa, call bagai..faham-faham  je lah kan situasi mereka…orang tengah bercinta, kalu dicucuk sikit boleh pecah habis beb..

Kata orang rambut sama hitam, hati lain-lain..begitulah juga pendapat..tentunya kita ada pendapat tersendiri berkaitan dengan apa yang berlaku. Bagi mereka yang pernah laluinya pasti punya perpektif dan pandangan yang berbeza..kalau free share la sikit..mana tahu boleh membantu kawan-kawan kita yang sedang alaminya sekarang J



Terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net