November 5, 2013

Cara Meningkatkan Semangat Anak Untuk Berjaya

Assalamualaikum

“ummi-ummi kalau adik dapat tempat pertama dalam kelas, ummi hadiahkan tablet ye”..

“Kak Ngah nak mama belikan tablet kan? Kalau macam tu kak Ngah kena janji dengan mama buat yang terbaik dalam peperiksaan akan datang”..

“Along!! Adik nak tuntut janji, ingat tak dulu along janji nak hadiahkan adik tablet kalau adik dapat 5A dalam UPSR?”..

image Google

Alhamdulliah, hari ini aku kelapangan untuk berkongsi satu topic yang mana aku rasa semua orang laluinya baik sebagai ibu bapa mahupun dalam kalangan adik beradik.

Serious aku cakap, awal tahun 2013 aku pernah berjanji pada adik aku yang bakal menduduki ujian peperisaan sekolah rendah  semata-mata nak lihat dia bersungguh-sungguh dalam pelajaran dan mencapai sasaran yang Ummi dan Abah aku harapkan.

Masa tu aku main ‘petik’ je..asalkan dia bersemangat dan sanggup menyahut cabaran yang diberi..sapa tak nak kan bila dijanjikan satu-satu habuan untuk kerja keras yang berbaloi bagi mereka.

Tapi kan, berbaloikah kita yang berjanji untuk menghadiahkan sesuatu semata-mata untuk melihat mereka mencapai keputusan peperiksaan yang cemerlang..dan bagaimana pula mereka yang mengapai keputusan yang cemerlang hanya kerana sebuah gadget? atau apa saja ganjaran yang ditawarkan.

Bagi aku, ada kalanya perlu ini kerana dalam mencapai sesebuah perkara kita haruslah ada matlamat dan hala tuju, kiranya ada yang menawarkan ganjaran itu dikira pembakar semangat bagi kita untuk lebih bersemangat dan bersungguh-sungguh.

Semestinya ibu bapa atau adik beradik akan merasakan pengorbanan dalam mencapai hajat dan cita-cita untuk lihat anak-anak atau adik mereka berjaya dan ia berbaloilah dengan perjanjian dahulu..atau pengorbanan mereka berbalas dengan keputusan yang cemerlang.

Alhamdulliah keputusan bagi ujian peperiksaan sekolah rendah bakal diketahuhi tidak lama lagi..mudah mudahan keputusan yang cemerlang diperoleh mereka, baik untuk adik aku mahu pun anak-anak kepada blogger, pembaca dan semuanya.



Terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net