October 24, 2013

No Privacy

Assalamualaikum

Lama tidak menjenguk blog..Alhamdulliah hari ini baru berkesempatan menerjah dan menaip entri..kekadang aku menulis nie pun bagai kaih pagi makan pagi, kaih malam makan malam..ada idea dikongsi..kalau tidak muhasabah diri je lah.

So, any news blogger?memang banyak aku ketinggalan..kalau tanya aku banyak benda yang berlaku dalam masa singkat ini..tapi biarlah ia berlalu tanpa perlu membebankan kepala otak aku nie..tapi ada perkara yang nak sangat aku kongsikan..nanti dah baca jangan cakap aku nie annoying pulak buat isu begini..sebab isu ini sangat subjektif okey! ..ini cerita benar..tidak ada yang salah melaikan yang benar-benar belaka..haha

Sekarang ini nak buang air besar pun dah tidak selesa, mana tidanya kebanyakan tandas awam atau tandas pejabat ( tapi aku specific kan pada tandas kat tempat aku belajar)..rekabentuk tandas sekarang asal boleh je kan..kekadang nak simpan hajat pun resah dan tidak tenteram jiwa.


Cuba korang tengok gambar tandas yang sempat aku tangkap..so yang ini kira boleh belah lagi lah kan..tapi still banyak masalah yang berlaku.

Keadaan lantai yang berair atau bertakung menyebabkan pantulan pada kedua-dua bahagian dalam tandas..ada faham kah? Maksudnya disini bila korang berdiri dalam salah satu tandas korang dapat tonton wayang free beb..bayangkan korang sedang syok-syok ‘melepas’ tiba-tiba ada manusia lain yang menggunakan tandas sebelah..jawabnya..kau tengok aku, aku tengok kau lah..haha

Apabila dah duduk sebelah menyebelah..opcoz lah macam-macam bunyi kedengaran kan..dan bau pun tidak ketinggalan juga ye haha..kalau dinding simen tu agak-agaknya bunyi tu boleh lagi ditapis kot..tapi bila dinding yang setebal 5-7 cm begitu..faham-faham je lah labu.

Kemuadian, boleh pula air dari tandas sebelah masuk ke tandas kita.. kes sebegini banyak berlaku sekarang..walaupun terdapat lubang saluran air atau pengering lantai tapi sikap manusia yang acuh tak acuh nie buat kes-kes begini wujud.

Pernah atau tidak korang masuk tandas awam terutamanya dengan bumbung yang terbuka luas..ish-ish ini lagi berjaga-jaga nak berak kan..mata duk pandang atas je..haha

Dalam hal-hal begini tetap ada kelebihan dan kekurangan tersendiri, apa pun aku tetap bersyukur sebab dapat jumpa tandas di saat aku memerlukan.. J


Terima kasih baca entri ini^^



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net