October 17, 2013

Lelaki Dan Keinginanya

Assalamualaikum

Alhamdulliah selesai sudah menjalani ibadah korban..sekarang masa untuk siapkan ‘kerja sekolah’ yang bertimbun tu..semua nak kena hantar selepas habis cuti raya..pandai cikgu bagi kerja sekolah banyak-banyak..saje lah tu kasi kita kusut masai..haha

Tak payah cakap banyak jom kita sambung baca mengenai tajuk entri ini.. Lelaki dan keinginanya.. sebenarnya selain hobi, minat dan cita-cita ada perkara lain yang kekadang tidak ramai kaum adam show off dengan apa yang diinginkanya kerana nak cover macho.

Lelaki bila berbicara mengenai wanita boleh dikatakan bagai mengupas kulit bawang..makin banyak layer makin dikupasnya.. opss! tak mo lebih-lebih haha

Bila mereka sedang lawan pes sila jangan larang atau paksa mereka berhenti..nanti kena maki !!..hodoh betol pengaruh permainan sekarang.

Jangan ajak mereka keluar ke tempat yang semuanya dipenuhi kaum hawa..nanti pipi mereka gloomy..hehe segan weh bila tempat itu penuh dengan bunga-bunga hidup.

Jangan bawa lelaki atau teman anda secara tiba-tiba berjumpa dengan kedua ibubapa anda..nanti mereka segan tahap gabang..motifnya lelaki perlukan masa juga untuk cool and chill dan feeling macho bila berhadapan dengan bakal mertua.

Kekadang kaum adam ini sanggup berjaga lewat malam semata-mata untuk download movie terkini..haha bukan layan perlawanan bola sepak aje..movie punya pasal pun boleh jadi.. haishh..

Jangan selalu sangat ajak lelaki atau teman lelaki anda keluar shopping.. perlu tahu tidak semua lelaki berduit…tapi beruntung lah korang sebab walau ‘papa’ bagaimana pun teman lelaki anda mereka tetap bayarkan apa yang anda minta..macho kan

apa nak jadi dengan lelaki2 ini
Ingatlah wanita buruk-buruk lelaki mereka tidak akan pandang wanita yang buruk macam dirinya…mereka tidak kisah dirinya comot asalkan orang yang disanyangi kelihatan cantik, pembersih, bijak dan mancik gitu (keibuan).

Rasanya cukup untuk entri hari ini, kan tulis panjang-panjang naik mual pulak kan nak baca..terpaksa skip skip bacaan..diharap apa yang aku sampaikan hari ini sedikit sebanyak dapat menyedarkan kaum hawa diluar sana serba sedikit mengenai perihal lelaki yang perlu anda ‘take note’..




Terima kasih baca entri ini^^
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net