October 12, 2013

Buli

Assalamualaikum

Blogwalking..Alhamdulliah hari ini aku diberi kesempatan untuk singgah dan baca entri rakan-rakan blogger dan sebelum itu aku ingin merakamkan rasa syukur dan Terima kasih kepada-Nya kerana mempermudahkan jalan bagi aku dalam segala urusan.

kredit google
Hari ini aku ada topic yang biasa berlaku kepada diri seorang pelajar dan mungkin juga berlaku kepada pekerja baru. BULI..siapa diantara kita yang pernah dibuli? atau juga pernah membuli? Sila mengaku okey!. Haha

Tapi sebelum itu..kenapa harus ada sikap buli membuli ye…perlu ke?..penting ke?..harr bagi aku perlu dan tidak..tapi kenapa? Sebabnya buli ada dua situasi..pertama buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim dan keduanya buli kerana dendam, khianat, benci dan sebagainya.

Buli untuk mengeratkan hubungan silatulrahim.. kadang –kadang ini berlaku hanya sekadar gurauan..hanya untuk mengenali antara satu sama lain (sekadar untuk menguji kesabaran) dan ia nya banyak berlaku ditempat-tempat terbuka dan ditontoni orang lain.

Di Universiti terutamanya, perwakilan pelajar  atau senior mungkin akan membuat beberapa aktiviti buli membuli, ini penting sebenarnya untuk pelajar baru mendisiplinkan diri mereka dengan persekitaran baru dan juga mengenali abang2 dan akak2  dyeorang abang-abang la sangat kan haha.. jangan takut ye adik-adik yang bakal memasuki mana-mana tempat pengajian.

Bagi mangsa ia nya mungkin akan timbul rasa malu  dan geram yang amat kan..tetapi rasa itu hanya sementara saja..jangan risau ye..dan jangan pula trauma ye hehe..disebalik perkara ini mangsa akan mendapat banyak kelebihan antaranya hubungan boleh jadi akrab..ada satu kes tu siap dah jadi bff sekarang.. antaranya lainnya, kiranya junior perlukan nasihat atau pandang mengenai subjak yang diambil boleh lah bertanyakan kepada senior mereka. fair and lovely gitu^^

Buli kerana dendam , khianat dan sebagainya..yang ini aku sendiri tidak setuju lah..ada ke yang setuju?..(buat muka sikit..err) tambah-tambah lagi bila membabitkan kecederaan fizikal, kematian dan sebagainya..selalunya perlakuan sebegini berlaku dikawasan yang tertutup dan jauh dari pandangan dan pengatahuan orang lain. jangan sampai terserempat dengan aku suda..kalau tak aku tembak ! 

Maaf kiranya pendapat aku bercangah dengan pendapat anda..kata orang rambut sama hitam, tapi hati lain-lain..begitulah juga dengan aku..aku tulis berdasarkan pengalaman aku dibuli dan membuli haha..kejam kan !.

p/s: semalam chating dengan Cik Akak, katanya kesihatanya makin pulih.. Alhamdulliah..harap hari ini lebih baik dari semalam ye kak^^


Terima Kasih baca entri siput ini^^
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net