October 5, 2013

5 Perkara Realiti Seorang Siswa/wi

Assalamualaikum

Sepanjang pengalaman aku bergelar mahasisiwa, banyak perkara yang aku pelajari dari sudut rohani, jasmani, intelektual, pratikal dan berbagai sudut positif dan ada juga negatif.

kredit google
Dunia siswa/wi bagi aku banyak kelainan dari aspek persekitaran, pemikiran, pergaulan, rutin harian dan juga tingkahlaku ( lebih kepada sifat peribadi lah) ini belum lagi  aspek  insahiah dan sebagainya.

Bergantung kepada gaya institusi..ada yang lebih kepada islamaic condition atau sosial..dan dalam berbezaan itu terdapat perkara yang boleh dikatakan ‘satu kepala’..atau juga hakikat seorang siswa/wi..macam mana tu?

Tengah nyeyak tidur pepagi hari, tiba-tiba dapat massage dari ketua kelas.. “harap maklum kelas prof. sekian-sekian dibatalkan…sebab sekian-sekain..”  Yeah!!...yahooo…atau sambung tidur zzZZzz..ini lah  moment paling indah buat pelajar kaki ponteng dan malas..dan yang paling bestnya ada yang ucap syukur Alhamdulliah.

Perbentangan..sesetengah pelajar suka mengamalkan amalan post-pone ..A  bertanya… “wei, korang slide show  encik sekian-sekian bila nak buat doew” ... B jawab… “relek arr beb, perbentangan tu kan lambat lagi..senang je beb nanti hujung-hujung kita buat lah” .. A jawab lagi.. “ betul juga”.. A+B dua-dua ting tong.. selalunya inilah yang berlaku bila salah seorang dari ahli kumpulan kaki tangguh menangguh..

Tetapi..jangan pandang orang yang kuat tangguh nie tidak buat lansung kerja-kerja yang diberi..percayalah ada setengah itu hasil perbentangan lebih baik dari pada mereka yang buat seawal mungkin. ( me talking about myself  hehe^^)

Tiba masa keputusan peperiksaan keluar, masa tuh jantung berdebar-debar bagai nak terkeluar jantung..punya cuak kalau-kalau keputusan corot..malu la beb aku..huhu

Situasi pertama, massage kekawan.. “ salam weh, ko dah tahu ke keputusan exam kuar hari nie? ko dapat berapa pointer? DL tak? J..”..kawan balas.. “ salam, dah chek tadi, sikit je 3  sekian-sekian”.. ( sikit ko cakap gitu ) dalam hati menyirap je kan .haha…

Situasi kedua, buat status pada mukaBuku.. “ syukur Alhamdulliah, merasa juga kali nie”… “ untung lah dekan lagi sem nie”.. “ siapa yang DL tu cer Like sekali..nak tahu gak”..dan berbagai status..dan yang duk stalk tu pulak baca semua komen-komen berbalas.. kot-kot dapat sikit info, mana tahu..ahakss

Percaya atau tidak tandas sebagai tempat pertemuan sementara..maklum saja, tandas  merupakan tempat pelajar membasuh pakaian, mandi, buang air keci/ besar, berdandan ( kat dalam tandas ada cermin besar punya).

Pada masa yang sama tandas harus di kongsi bersama-sama penghuni yang lain..tengah memberus gigi..budak rumah tanya.. “ada kelas ke lepas ini?.. atau “sibuk sekarang bro.. banyak sangat kerja ke?...atau “akak ada movie korea tak?”…tekejut akak tu, dia baru suda buang air besar, ko boleh tanya pasal movie…sebenarnya adik tu dari tadi tunggu punya la lama akak tu ‘simpan harta’..hihi

Tengok!  punya sibuk pelajar sekarang, sampaikan tinggal satu hostel pun tidak sempat berbual-bual..balik kelas aje, masuk rumah…pergi bilik, kunci senyap..keluar waktu nak makan, mandi dan keluar ke kelas balik..ahakss

Hakikat ‘orang kaya baru’..selalunya pinjaman pendidikan akan masuk di awal semesta, apa yang terbayang dalam kepala pelajar masa itu adalah..hand phone baru!, kasut baju baru!, beli hard disk satu tera! (maklumlah nak copy drama korea yang bermega-mega tue ) dan .. McD, atuk merah (KFC ),domino dan pizza tak kan terlepas dari list belanjawan awal semesta..ini belum masuk lagi wayang, boling, trip bagai..

“ wei hujung minggu nie jom wayang..karok ke..shopping ok gak..”… lepas tu tengah-tengah jalan bagai, lapar pulak kan perut nie.. “wei korang tak lapar ke..jom McD”..

Student always right apa yang dilakukan..sebab pemikiran telah dipengaruhi oleh kawan-kawan yang berbagai jenis ragam..mahu atau tidak inilah kehidupan pelajar yang harus diterima dalam mencapai cita-cita mereka.

Dalam perjalan kita untuk mencapai apa yang dikendaki, pasti ada cabang yang akan memesongkan kita terutama pelajar. Jadi gunakanlah akal fikiran untuk membentuk sebuah kehidupan yang  bererti dan memberi manfaat pada masa akan datang.


Terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net