September 10, 2013

Tutorial Berjimat Cermat Rumah Bujang

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulliah hari ini bermulalah ujian UPSR...mudah mudahan adik aku dapat jawab ujian UPSR dengan tenang..hanya mampu doa dan tawakal sekarang^^

rumah bujang kami

Tutorial berjimat cermat rumah bujang..hari ini aku mahu kongsikan bagaimana aku dengan budak-budak rumah aku mengelakkan pembaziran ketika berada di rumah bujang/sewa.

Kebiasaan nya tabiat pembaziran sudah berlaku ketika berada di rumah/ kampung bermula dari kecil..walau di didik bagai nak rak..tabiat membazir tetap berlaku dalam sedar atau tidak..betul tak?..acece ngaku je lah… dan tidak hairanlah sekiranya tabiat tersebuat masih dibawa-bawa sehingga meningkat dewasa..ini memang berlaku kepada diri aku. Jujur.

dari rumah dibawa kepada asrama dan rumah sewa seterusnya tempat kerja…semua tempat ini selalu berlaku pembaziran seperti air, elektrik dan sebagainya. Maklumlah orang lain yang membayarnya.

Waktu mandi kita akan melakukan beberapa perkara seperti gosok gigi, cuci muka dan sebagainya..dan pada waktu itu juga berlaku pembaziran air..cara untuk mengatasinya tutup dahulu air sementara mengosok gigi atau mencuci muka atau sebaginya. Bagi yang ada kemudahan seperti  kolah guna air yang terdapat dalam kolah.

Apabila tinggal bersama kawan-kawan sebumbung nie kawalan elektrik memang susah untuk dikawal..kalau kita rasa kita sudah lama menggunakan elektrik, selepas itu kita tutup...nanti orang lain pula yang akan menggunakannya..jadi pengaliran elektrik sentiasa menjadi berterusan..cara yang dapat aku kongsikan adalah dengan tutup suiz yang tidak digunakan…matikan suiz yang tidak berkaitan..

Sekiranya terdapat tingkap..buka tingkap bagi pengaliran udara atau angin..ini dapat membantu mengurangkan elektrik..terutamnya lampu, kipas atau pendingin udara..

Elakkan makan di luar rumah terlalu kerap..sekiranya terdapat dapur atau perkakasan memasak gunakan sebaik mungkin…memaksa mampu menjimatkan wang ringgit mahupun masa..Biasakan diri dengan memakan makanan yang simple tapi lazat serta mengenyangkan…tahu lah student masuk aje pinjaman makan besarlah weh..shopping  sana sini sampai duit untuk bayar yuran pun tarak..

Sekarang ini printer pun dah murah..ambil peluang ini untuk memilikinya satu..beli secara perseorangan atau berkongsi..ini mampu mengelak dari berlakunya pembaziran ketika membuat kerja-kerja seperti assignment, report dan sebagainya.

Kerajaan sendiri telah menyediakan baucer buku…ambil peluang ini dengan membeli peralatan belajar, buku rujukan ,alatan melukis dan sebainya…cuba elak daripada menggunakan wang poket.


Rasanya ini sahaja dahulu yang dapat aku kongsikan bersama..agar ia berguna kepada mereka yang tinggal sebagai ‘orang bujang’ dan selamat berjimat cermat..minyakan dah naik sekarang fikirkan lah.. 


Terima kasih baca entri ini^^ 
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net