September 2, 2013

Seronok Blog Di Review,Tapi...

Assalaimualaikum

Panas betul rasa hari ini..mungkin hujan hendak turun..dalam kepanasan begini Alhamdulliah aku dapat lagi..mengarang cebisan kisah yang berlaku di sekaliling kita.

Entri ini mungkin tidak semua blogger setuju atau juga aku akan di ‘ban’..haha..tidak mengapa aku menaip apa yang benar..terima dengan hati terbuka..insya-Allah semua ini liku-liku kehidupan sebagai blogger yang sentiasa sharing is caring..

Review blog..setakat pemahaman aku lah review blog merupakan cara untuk kita mengenal pasti pandangan pembaca..pengunjung blog mengenai kelebihan serta kekurangan  blog kita..maklumlah dimata kita semua nampak sempurna..dimata orang lain pula ceritanya kan.. dan feedback lain yang kita dapat ialah blog kita pasti dapat ramai kunjungan..mungkin juga ada yang sudi follow.

memberi teguran yang membina..apabila kita kata kita bakal mereview blog..atau memilih blog yang bertuah untuk direview..atau mengadakan segmen untuk mereview blog..korang haruslah memberi teguran yang membina kepada pemilik blog..agar mereka tahu apa kekurangan dan kelebihan pada blog mereka.

Bersikap jujur ketika menilai dan meneliti setiap blog yang di review..bagaimanakah susunan widget?..loading blog lambat ka?..warna tidak sesuai ka?..dan sebagainya boleh diutarakan..

Ambil masa untuk memahami dan membaca entri..masa itu baru korang lebih mengenali dan memahami cara penulisan pemilik blog.

Selidik latar belakang pemilik blog..tak banyak pun, sedikit jadi lah..ini untuk pembaca blog korang juga untuk mengenali pemilik blog..

Mungkin lagi menarik..ajak lah pembaca terjah entri yang istimewa atau popular  yang ada pada blog yang direview..atau mungkin lagi ketika review dibuat pemilik blog ada buat perniagaan online ke, buat segmen ke, atau apa-apa ke..ajak pembaca terjah..

tak pasal je letak gambar nie
Kalau blog kita terpilih untuk direview..rasa seronokkan..sebab ada orang sudi memberi pendapat dan pandangan…hehe aku pun suka.

Tetapi yang menyedihkan entri review blog itu kurang menarik pembaca untuk bertandang ke blog kita..sekadar membahaskan dua..tiga baris ayat..apa certa tu?*..macam tidak ikhlas pula..

Apa pun kita harus ikhlas apabila review blog..jangan takut untuk menegur..dan memberi pendapat mengenai apa yang perlu atau apa yang tidak sepatut ada dalam blog mereka…sebab secara tidak lansung kita juga telah memberi faedah kepada blogger lain yang membacanya..oklah thum up^


Entri ini tidak ada kaitan dengan diri ini..just sharing aje..:)
Terima kasih sudi baca entri ini^^




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net