September 8, 2013

Remaja Dan Tingkah Laku

Assalamualaikum

Sekali lagi jari jemari menaip ketika banyak urusan  perlu dilakukan..aku bersyukur dikurnikan akal fikiran yang cergas dan tenaga yang secukupnya untuk menerusakn hari-hari mendatang..perbincangan aku hari ini mungkin sudah menjadi perbualan lapuk tetapi sekali sekala kita perlu juga menbincangkan mengenai perkara ini.

Remaja sekarang berkelakuan tidak sopan dan tidak mengikut identiti bangsa jiwa bangsa..dan entri aku kali ini berundur nasihat dan teguran serta pandagan aku menganai situasi yang sedang berlaku kepada remaja sekarang..tidak terlepas juga kepada adik-adik aku yang bergelar remaja.

Apa yang aku lihat sekarang sesetengah remaja sanggup memilih jalan mudah untuk mendapatkan kesenangan segera dengan melakukan aktiviti tidak bermaruah, rompak, mencuri dan sebagainya.

Tetapi sebelum itu..harus di nilai kenapa hal ini berlaku..secara jujurnya lah kan masalah ini juga berpunca dari keluarga..kekangan dari keluarga seperti  masalah penceraikan, kemiskinan dan hidup terbiar, anak buangan atau luar nikah, kekangan adik beradik dan berbagai masalah keluarga merupakan salah satu punca berlakunya gejala tersebut.

Pengaruh kawan-kawan sebaya dan rakan sekolah juga merupakan punca berlakunya gejala tidak berfaedah seterusnya membawa kepada jenayah berat dan kemudaratan diri.

Di sekolah pemantauan dipertanggunjawab kan kepada guru-guru sekolah untuk mengawasi serta mendidik pelajar dari kosong sehingga menjadi manusia yang bertamadun pada tahap yang ditetapan. Akan tetapi tidak semua pelajar akan menjadi manusia yang baik apabila meningkat dewasa..hal ini berkait kembali dengan keluarga serta pengaruh rakan.

Di sekolah juga ada guru-guru yang tidak mengambil kisah akan apa yang berlaku atau dibuat oleh pelajarnya..guru tersebut meletakan 100% masalah itu kepada guru disiplin serta kaunseling dan hanya menjalankan tanggunjawab mendidik semata-mata. Sepatutnya sebagai guru yang berjiwa pendidik..haruslah mendidik pelajar dari bawah sampai ke atas bukan sekadar mengajar mata pelajaran yang dikhususkan saja…hal ini banyak yang berlaku disekolah-sekolah menengah.

Selain itu juga faktor masyarakat setempat atau yang lebih dekat dengan remaja tersebut iaitu jiran tetangga. Ada jiran yang jenis mengambil berat mengenai isu-isu semasa kawasan tersebut atau kawasan perumahan atau kawasan kampung..dan ada yang tidak mengambil tahu lansung..ini memang wujud..sebagai contoh dalam sepuluh buah rumah yang berpenghuni, akan ada sebuah rumah yang penghuninya tidak akan mengambil berat atau hal ehwal semasa yang berlaku pada kawasan rumah mereka.

kredit kepada freshforteens.wordpress.com
Kalau di satukan masalah ini dengan siapa mereka(remaja) hendak dapatkan penyelesaian dan didikan yang terbaik untuk mengelak diri mereka  dari tejerebak dengan gejala yang tidak berfaedah ini ? pokok pangkalnya keluarga merupakan harapan untuk mereka berjaya dan menjadi bangsa yang berguna kelak. Keluarga juga merupan acuan kepada  anak bangsa yang bertamadun dan berwawasan..insya-Allah..

Aku menaip kerana ini berlaku kepada masyarakat yang berada sekitar aku..aku menegur kerana aku sayang anak bangsa dan keturunan Nabi Muhammad s.a.w .. moga dipermudahkan segalanya.



Terima Kasih baca entri ini^^
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net