September 27, 2013

Rasa Diri Tidak Berteman? Bagaimana Hendak Atasinya

Assalamualaikum

Apa rasanya bila ditinggalkan atau dipulaukan oleh kawan-kawan..bila perkara ini berlaku apa tindakan kita untuk mengelak dari terus rasa disisih oleh kawan kita?..dalam hati ketika itu ‘teruk sangatkah aku?’ ‘apa salah aku sampai tidak ada yang sudi berkawan dengan aku’  ‘ada yang tidak kena kah pada diri aku’..

Cuba fikirkan kenapa perkara ini berlaku? Salah kita atau salah orang si pelaku.



Semalam aku menerima satu post dari mukaBuku, mengenai status kawan aku yang meluahkan rasa kekecewaan dan kesedihan yang dilaluinya sekarang, memang benar apa yang ditulis oleh nya..nampak dirinya keseorangan dan terbawa-bawa diri sendiri semasa dalam kelas.

Seperti yang ditulis dalam gambar tersebut, pendapat aku lah kan hidup kita ini ada susah senang nya..ada kalanya kita senang dan bahagia disamping kawan-kawan yang dianggap rapat dan boleh berkongsi pelbagai cerita..dan ada kalanya kita akan berduka dengan persahabatan yang dijalin.

Tidak ada siapa yang menduga suatu hari nanti persahabatan yang dianggap bagai aur dengan tebing boleh musnah..dan pada masa itu berfikiran positif lah untuk mengelak dari diri kita berfikir bukan-bukan akan apa yang berlaku.

Pernah atau tidak kita berfikir untuk betulkan apa yang berlaku? Bila perkara begini berlaku kekadang kita merasa diri kita tidak bersalah..tapi sebaliknya bagi mereka kan?

Apa yang boleh dilakukan untuk meletakan diri kita kepada kelompok yang dianggap mempunyai ‘populariti’ (mereka yang lebih menonjol dengan sokongan kawan-kawan) atau sekadar berdiam diri tanpa kelibat.

Cuba bentukkan kembali hubungan dengan membuat perbincang kumpulan..(pelajar boleh pratikakan).

Belanja minum dekat kedai mamak..sambil-sambil tu wujudkan kembali mood ketika kita bergelar BFF.

Kawal bahasa dari menyinggunkan perasaan orang lain.

Kalau semasa bergelar BFF dulu perangai kita gilos2..apa kata kita tunjukkan balik..sebab bila kita berubah secara drastic kawan kita akan perasan dan mesti dia akan cakap… ‘asal perangai dia camtu..cover ayu ke?.. tak suka lah aku’.. lagilah mereka rasa nak berjauhan dengan kita kan?.

Kalau dulu kita disisih kerana bau badan yang tidak menyenangkan..sedarlah beb mungkin ‘kety’ kau tu salah satu punca nya.

Ada sesetengah makhluk nie suka kan perubahan dari segi rohani dan jasmani..apa kata kita berubah kearah itu juga..untung-untung pahala yang dapat selain kawan.

Tidak pun cuba talk to your hand…apa kekurangan aku, mana silap aku dan sebaginya.


Semoga apa yang dibincangkan ini memberi sedikit sebanyak maanfaat kepada kita dan juga diri aku..kalau sekarang kita keseorangan siapa tahu esok lusa ada yang sudi menjadi teman BFF. Buang ketepi masalah yang lalu..mula kan hidup baru, mindset baru, perbaharui confident level, ubah gaya bahasa yang baru dan sebaginya yang dirasa boleh menarik orang bersama kita..untung-untung lagi dapat teman tapi mesra acecece..good luck^^


terima kasih baca entri ini^^




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net