September 14, 2013

Ramalan, Firasat, Kata Hati Atau Mulut Masin..

Assalamualaikum

Saturday kembali..walaupun cuti, kerja harian tetap berjalan tanpa mengira waktu..mana tidaknya hari ini merupakan pengenalan bagi subjek kokurikulum di universiti..nak tak nak kena attend juga..kalau tidak minggu –minggu akan datang terkapai-kapai lah aku..( kawan kan ada, apa guna kawan kalau tak boleh tolong kan )..

Sebenarnya aku nak bercerita mengenai ramalan… bukan ramalan yang di nyayikan oleh bro Zarul umbrella tu..tapi ramalan atau lebih dekat lagi firasat..kata orang ikut kata hati mati..tapi betul ke apa orang cakap tu?..korang mesti ada pandangan sendirikan.

Memang susah untuk kita menjangkakan sesuatu yang tak mungkin..akan tetapi kita boleh meletak sesuatu perkara yang ‘tak mungkin’, kepada ‘mungkin’… sebab orang kata lagi “eh mulut ekao masin la”..ye sebab perkara yang dibicarakan secara random..’mungkin’saja telah berlaku..

Contohnya begini..ini yang benar-benar berlaku semasa aku sedang berniaga sementara menunggu keputusan ipta awal tahun ini..ketika  kejadian kebetulan kedai aku tidak ada pelanggan dan kesempatan itu aku cakap-cakap kosong bersama teman..dihadapan kedai aku pula ada sebuah gerai yang menjual cendol dan sedang rancak berurusniaga lah..di hadapan gerai cendol tersebut sebuah kereta berhenti lalu pemandunya keluar membeli cendol..dan pada masa yang sama sebuah kerta sedang mengundur kearah kereta  tadi..dalam masa yang sama juga aku telah mengeluarkan kata-kata yang tak elok iaitu ‘ nanti kereta tu kena langar rasanya’..dan perkara itu benar-benar berlaku  dihadapan mata aku..

Aku ‘di sekeh’ kepala sebab mengeluarkan kata-kata tadi oleh teman aku..katanya mulut aku masin ketika itu..bila difikirkan balik pemandu yang sedang mengundur kenderaan itu semestinya nampak akan kereta yang berada dibelakang..dan bagaimana perkara itu berlaku semua kehendakNya..

Sesungguhnya setiap sebutan dan perbuatan kita adalah doa…dan ia mungkin akan dimakbulkan tanpa kita sedar sebab Allah mahukan hambanya sentiasa berhati-hati dengan perbuatan dan tingkah laku serta perbicaraanya..faham kan?..maksudnya disini.. sekiranya kita bercakap perkara yang tak elok kepada sesiapa pun..mungkin perkara  itu akan berlaku tidak kiralah ke atas diri nya dan jika tidak sebaliknya lah.




Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net