September 17, 2013

Masalah Tidak Sekepala? Apa Puncanya Dan Bagaimana Hendak Atasinya..

Assalamualaikum

Baru-baru ini aku dapat tahu satu cerita dari kawan sekelas aku mengenai kawan dia yang tidak mahu tinggal di asrama tempat pengajiannya gara-gara dapat roommate  tidak sekepala…dan akhirnya dia mengambil keputusan untuk tinggal bersama kakaknya yang yang tinggal disekitar kawasan tempat pengajianya.

Masalah ‘tidak sekepala’ ini sering berlaku sebenarnya terutamanya bagi pelajar baru yang menetap di asrama..maklumlah kakitangan dan unit kediaman pelajar kekadang sengaja meletak pelajar secara ramdom..dan tujuanya untuk kita bercampur dengan pelajar dari fakulti lain.

Masalah ini juga pernah di lalui oleh aku sendiri..pada permulaan begitulah..tapi lama kelamaan kita mampu membentuk satu hubungan yang takkan kita peroleh selepas tamat pengajian..

Kenapa tidak sekepala?

.. ‘roommate aku suka letak pakaian dia merata-rata....aku tak suka !’..

'dia alim..gua rock..cam mana nak masuk kepala bro’..

'I tak suka orang merokok…roommeat I suka merokok…I nak belajar pun susah..asyik terhidu bau rokok’..

… ‘ dia tu suka buat hal sendiri lah sis…bekawan pun dengan budak kelas dia aje..memilih lebih’…

‘Ah, tak nak lah minah tu poyo je lebih..cakap nak angkuh je..’..

.. ‘Dia tak suka bercampur dengan orang lain..dia hanya dalam dunia blog dia je..’..

Dan macam-macam lagi alasan yang keluar..sebenanya kita hidup nie perlu juga begaul dengan dunia luar..kalau tidak bagaimana kita nak bertahan dan maju dalam diri kita..kita juga harus mempertimbangkan aspek penerimaan..jangan lah cepat melatah hanya kerana dia tidak sesuai dengan diri kita..

Peneriamaan itu penting untuk kita menerima seseorang yang hadir dalam hidup kita..pertama kali bertemu..berbagai-bagai persoalan yang bermain didalam fikiran kita..seharusnya kita jangan cepat menghukum tanpa menilai terlebih dahulu.

Kita tidak boleh memaksa orang lain untuk menyukai diri kita sebaliknya belajar untuk sama-sama membentuk satu hubungan yang boleh diterima baik untuk diri kita mahupun rakan atau pasangan kita.

Bagaimana mahu atasi masalah tidak sekepala ini?

Sentiasa berfikiran positif terhadap rakan sebilik..tindakan ini boleh mengelak diri kita dari terjerebak dengan dosa kering..dan secara automatiknya diri kita sentiasa tenang dan dapat menerima seadanya.

Perhatikan tingkah laku rakan sebilik dan kenal pasti apa kesukaannya..ini mampu menarik rakan sebilik kita untuk menerima kita .

Kongsi minat bersama..macam perlawan bola..dan bercakap perkara yang diminati oleh rakan sebilik...hal ini mampu mengeratlkan hubungan silatulrahim dan menguatkan ukwah sesame manusia.

Abaikan perkara yang kita rasa ‘menyemak’ dan tegur tindakan rakan sebilik secara berhemah..

Pelawa makan atau minuman..sekiranya dia kata.. ‘ tak per makan lah..i dah makan tadi’..tarik nafas lega..eheh

Elakan ‘terlebih mesra’ diawal pertemuan..maklumlah kita mungkin mesra orangnya..tapi rakan sebilik kurang mesra…perkara ini mampu mengelak “dari mesra kepada tidak pertegur sapa langsung”..sama juga hari ini gembira..esok menangis..umpama je lah..

Setiap manusia mungkin rasa dirinya sempurna..tapi tidak bagi yang memerhati dan mengenalinya..sebaiknya buka minda, luaskan pandangan dan terima seadanya mampu mengelak dari diri kita menjadi mangsa ‘pulau’ dik kerana telalu memilih kawan.


Terima kasih baca entri ini^^





Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net