September 7, 2013

Lelaki & Solat Jumaat

Assalamualaikum

Rajin jari jemari ini penaip tika otak dan minda duk fikir perkara yang akan datang…memang menakjubkan manusia ciptaan Allah..dapat buat dua perkara dalam satu masa..jari menaip otak berfikir..hurmm..bunyi macam normal kan..

Entri hari ini aku nak bincangkan mengenai isu solat jumaat..bagi wanita bekerjaya waktu solat jumaat di gunakan sebaik mungkin untuk berehat, makan-makan, bersihkan diri, borak-borak  ketika ‘bos’ keluar solat..bagi suri rumah pula masak memasak merupakan aktiviti ketika si suami keluar solat jumaat..

image Google

Sebenarnya bukan itu yang aku nak bincangkan..tetapi mengenai masalah remaja yang malas serta sengaja tidak menunaikan solat jumaat…nauzubillah..masalah ini dapat dilihat dikawasan sekitar tempat pengajian dimana penempatan sewa pelajar…ada sesetengah pelajar mengambil kesempatan untuk tidak keluar menunaikan solat jumaat lansung..ada pelajar yang hanya keluar solat jumaat satu atau dua minggu sekali dan yang bestnya ada pelajar yang hanya solat jumaat sahaja dan solat lima waktu tidak ditunaikan..masya-Allah..

Dari Abi al-Ja’di al-Dhamri r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: “ sesiapa yang meninggalkan (solat Jumaat) sebanyak tiga kali Jumaat dengan keadaan sengaja meringan ringankan dan mencuaikannya nescata Allah memeterikan atas hatinya”
Riwayat Abu Dawud

Ini betul-betul berlaku kepada sesetengah pelajar yang berjauhan dari ibu bapa..serta tiada pemantauan. Ye lah kan siapa yang hendak memantau 24 jam semata-mata untuk memastikan mereka menunaikan solat..macam dah tak da kerja buat..

Apa mereka fikir mengenai solat? Kenapa mereka memandangkan ringan solat ? kawan-kawan tak tegur ke? Ibu bapa mereka tak didik mengenai solat ke?..mustahil..

Image Google

“Hendaklah orang-orang yang suka meninggalkan Jumaat menghentikan perbuatan mereka itu, atau adakah mereka mahu Allah membutakan hati mereka dan sesudah itu mereka betul-betul menjadi orang yang lalai?” – H.R Muslim.

Oleh itu sedarlah wahai sahabat lelaki ku akan keburukan yang bakal diterima kelak melainkan empat perkara iaitu hamba-hamba yang dimiliki, kaum perempuan, kanak-kanak dan orang sakit..Semoga apa yang dibincangkan ini walau tidak ada penyelesiannya..diharap dapat membuka mata masyarakat untuk memantau rumah-rumah bujang terutamanya agar kebaikan dapat dilestarikan dan diamalkan dalam kehidupan…insya-Allah

Cuma aku harapkan masyarakat tidak salah faham akan entri aku..tidak semua yang aku taipkan benar-benar terjadi..ia datang dari minda yang terbuka dan sekadar perbincagan semasa.


Terima kasih baca entri ini^^



Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net