September 1, 2013

Janggut & Jambang Lelaki Maskulin



Assalamualaikum

Haa, Alhamdulliah, kita masih diberi kesempatan untuk bernyawa..kesempatan untuk menyambung kembali kerja-kerja yang tertangguh semalam, kesempatn untuk kita sedar siapa diri kita di muka bumi ini dan bertaubat kepada-Nya…so apa planning korang pada hari ini..ulangkaji pelajaran? Nak buat kerja over time? Masak special punya manu kat keluarga? Hang out bf/gf ? Baca novel? pergi tengok wayang? Hehe

Bila si jejaka terlalu sibuk menjalani aktiviti harian, kekadang kita lupa salah satu perkara..mungkin kita beranggapan ini perkara biasa tetapi tidak bagi sesetengah orang..i  mean janggut dan jambang lah.
Bagi kita orang islam menyimpan janggut adalah merupakan sunah Nabi …dapat pahala hokey simpan janggut!.. dan terpulang lah nak simpan  janggut tu atau nak shave pun boleh.

Jadi bagi jejaka yang ingin menyimpan janggut atau jambang atau kedua-dua sekali..cam haku acece..boleh lah korang baca entri ini sampai habis ye..mana tahu korang boleh dapat sedikit maklumat yang boleh gunakan..sharing is caring kan.

Aku mula tumbuh janggut masa form 5 dan next next year selepas itu barulah tumbuh jambang disekitar muka aku..so as a student muka aku tak boleh lah nampak serabai..bagai kucing kehilangan anak..nanti student kat situ dah confuse   mana satu lecture, mana satu student kan..aku pun pernah terserempak student cam nie..sampaikan terpanggil prof. ..aduh malu nya.

Rasanya bukan student saja perlu manjaga kekemasan dibahagian muka pekerja juga perlu menitik beratkan penjagan janggut dan jambang agar kelihatan kemas dan rapi.

Ada ke penyambut tetamu dengan muka berjambang dan janggut yang panjang? Sangat tidak sesuai dengan kerjaya dia.

Kekadang kesuntukan masa buat aku malas nak hadap cermin lama-lama semata nak cukur atau gunting janggut , jambang dan misai (misai aku cukur je sebab tu tak termasuk dalam story nie) acece

Tada! Aku guna alat ini lah..ia dipanggil Professional Hair Trimmer.. China brand je… ala yang biasa korang tengok kat kedai gunting rambut tu..aku pun beli satu sebab aku fikir ia sangat memudahkan aku dan menjimatkan masa.


gambar main snap je
Alat ini dilengkapi dengan clip- on comb attachment dan panjang ukuran janggut dan jambang setelah dipotong 3mm. kemas kan. Korang boleh juga guna free mata sekirnya ingin sedikit kelihatan janggut serta jambang tu.


lagi gambar main snap je
Bagi yang suka simpan janggut dan jambang..simpan, simpan juga kekemasan perlu dititikberatkan. Nabi kita sendiri menjaga kebersihan dan kekemasan janggut. Jangan lah sampai orang lari dari kita dik kerana keserabaian janggut dan jambang..maklumlah orang muda sekarang ramai yang bercita-cita nak simpan janggut dan jambang. Biar sesuai dengan dengan bentuk muka dan kekacakan muka kita dan status korang…hehe


Macih kerana baca entri ini^^
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net