September 25, 2013

Apa Yang Di Inginkan Oleh Anak-Anak Dari Ibu Bapa Mereka #2

Assalamualaikum

Syukur Alhamdulliah..kita dipertemu lagi hari ini walau hanya wujud dalam alam maya..walaupun hanya bertemu di dalam dunia maya hubungan kita bagaikan adik beradik serta anak beranak..mudah mudahan hubungan ini terus kekal utuh selamanya.

google
Entri aku pada hari ini merupakan kesinambungan dari tajuk entri apa yang diinginkan oleh anak-anak dari ibu bapa mereka #1. Banyak feedback dari rakan-rakan blogger mengenai entri aku yang lepas..terima kasih sangasangat  dan kali ini aku akan kongsikan beberapa perkara lagi yang diinginkan oleh anak-anak dari kedua ibu bapa mereka.

Kalau nak ceritakan , banyak perkara yang diiginkan oleh anak-anak..tetapi aku hanya menyenaraikan beberapa perkara sahaja agak entri aku tidak kelihatan menjejer, biarlah ianya bersambung asal tidak menbosankan pembaca.

Sebagai anak tentulah aku mahu merasakan masakan dari air tangan ummi aku sendiri..kalau hari-hari beli dan makan makanan segera, masakan mamak ke, warung ke maka  tidak merasalah  anak-anak air tangan dari ibu mereka…jadinya ilmu masakan tidak dapat diturunkan dari generasi ke genarasi mugkin juga suatu hari nanti pasti ayat ini tidak terungkap dibibir mereka ..

‘wah sedapnya masak lemak ini..sama dengan masakan ibu aku..rindu pulak rasanya nak merasa masakan ibu aku’…

Kadang-kadang sering kali aku inginkan perhatian dari ummi serta abah aku…ini penting untuk aku rasa dilindungi, disanyangi dan dianggap wujud dalam keluarga..sebenarnya jika ibu bapa hadirkan diri dalam diri anak-anak dan beri perhatian sepenuhnya insyaAllah anak-anak tidak akan memberontak dengan kata-kata ibu bapa.

Bimbingan dari dari kedua ibu bapa juga diperlukan oleh anak-anak..kadang-kadang kesibukan kerja membataskan ibu bapa untuk memantau dan membimbing anak-anak di dalam aktiviti persekolahan, akidah dan akhlak anak-anak dan dengan siapa mereka berkawan..

Aku ada terbaca sebuah buku yang mengatakan bahawa umur anak-anak dalam lingkungan 14 hingga 20 tahun sangat mudah untuk dipengaruhi oleh kawan-kawan..dan masa itulah yang terbaik untuk membimbing anak-anak.

Semoga perkongsian ini mampu memberikan manfaat kepada ibu bapa untuk mengatahuhi apa yang diinginkan dari anak-anak..sebab tidak semua anak-anak anak meluahkan apa yang diinginkan oleh mereka..jesturu itu ibu bapa perlu memainkan peranan dalam memahami keinginan anak-anak.


Terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net