September 21, 2013

Apa Yang Di inginkan Oleh Anak-Anak Dari Ibu Bapa #1

Assalamuaaikum

Salam sabtu...syukur Alhamdulliah kita diizinkan oleh-Nya berblogging lagi dan menerjah antara satu sama lain..pupuklah semangat kasih sayang sesame blogger.

google image
Entri aku hari ini membincangkan apa yang di inginkan oleh anak-anak dari ibu bapa mereka.. ini sedikit sebanyak dirujuk dari pengalaman aku sendiri sebagai anak kepada kedua ibu bapa kesanyangan aku..

Semestinya anak-anak mahukan yang terbaik dari kedua ibu bapa mereka..sesuatu yang boleh dijadikan penambat semangat untuk anak-anak berjaya dan mempelopori bidang atau perkara yang dikehendaki.

Sebagai contoh, untuk aku terus berjaya dan mengapai cita-cita aku..aku perlukan dorongan dan semangat dari kedua ibu bapa aku..tidak hanya mengeluarkan wang perbelanjaan harian..tetapi juga aura dari kedua ibu bapa aku.

Perlu juga bagi aku ruang dan peluang untuk membina hasrat dan cita-cita yang mengunung..ye lah setelah di push dan di dorong dengan kata-kata semangat ..aku perlukan sedikit ruang untuk berjaya  dan kiranya gagal..aku perlukan peluang  kedua atau altanatif lain untuk memperbaiki kegagalan dari kedua ibu bapa aku.

Setelah kejayaan di capai..tentulah aku mahu diri aku dibanggakan..seperti ucapan ‘tahniah!’.. ‘bagus anak ummi abah’..'pandailah anak mama buat nie'...dan sebagainya..ini mampu mengalakan serta mendorong semangat anak-anak.

dan juga institusi kekeluargaan juga harus dijaga..ini penting bagi memastikan anak-anak tidak tercicir dari pelajaran..Alhamdulliah kebahagian keluarga aku masih utuh walau banyak dugaan yang perlu ditempuh..semestinya anak- anak akak abang semua mahukan yang terbaik dari akak dan abang..mereka perlukan anda untuk berjaya…maksud aku disini jahuhi dari penceraian..sebab anak-anak yang menjadi mangsa.

Sebagai anak, aku juga tidak mahu dikonkong  dan didesak..cuba minta anak-anak anda buat sesuatu dengan desak anda lihat apa jadi...seeloknya biarlah mereka buat perkara dengan kerelaan serta kemanpuan diri…perhatikan apa yang disukai mereka dan galakkan serta beri dorongan kepada mereka..insyaAllah berjaya.

Semestinya restu dari ibu bapa dalam melakukan semua perkara  termasuk pekerjaan dan pilihan pasangan… aku mengharapkan doa yang tidak pernah putus dari kedua ummi dan abah aku…sebabnya berkat doa dari mereka perlu bagi anak-anaknya berjaya dalam pilihan sendiri.

Dan juga perlu bagi ibu bapa mengatahuhi bahawa anak-anak mereka menyanyangi mereka..aku jenis anak yang tidak suka menunjuk-nunjuk yang aku sayang kepada mereka seperti bermanja-manja, peluk cium setiap hari tetapi cukup lah dengan hanya melihat wajah mereka, bercakap lemah lembut,  ringan kan beban, berdoa untuk mereka dan sebagainya..seperti sekarang aku tidak tinggal bersama mereka maka sekiranya aku merindui mereka aku berdoa atau menelefon..cukuplah sekadar mendengar suara yang insan membesarkan aku sebagai pengubat rindu.

Anda sebagai ibu bapa pasti mahukan yang terbaik dari insan yang disanyangi kan..corak lah anak-anak dengan karya anda..bentuklah peribadi yang mulia agar ia menjadi insan yang berjaya dan berguna suatu hari kelak..insyaAllah


terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net