August 12, 2013

Tidak Pernah Sudah Dengan Exam

Assalamualaikum

Ummi aku selalu pesan jawab elok elok exam dari taska pergi ke tadika sampai sekarang (ijazah) tak pernah pernah  lekang mengucap perkara yang sama setiap kali menjelang exam..sampai bila la aku nak  berexam kan..sampaikan ada member-member aku bertanya tak puas ke belajar?..hurm..nak cakap puas pun hado..hurm entoh la..sebenarnya seronok belajar..cuba tanya orang-orang sekeliling korang yang masih belajar apa yang dia kata.

Bila bercakap pasal exam pula..bukan hanya ketika bersekolah atau belajar di mana-mana institusi saja yang perlu menduduki exam..bahkan nak mengambil lesen memandu juga perlukan exam..apa lagi nak berkhidmat dalam kakitangan kerajaan pun perlu menduduki exam.

Kekadang juga aku dengan tidak sengaja mengeluh dan rasa putus asa setelah melalui kegagalan dalam menduduki ujian..aku terfikir kenapa ada sesetangah orang hanya mengambil masa yang sedikit untuk belajar tapi mampu untuk meraih keputusan yang gilang gemilang kalau nak compare dengan aku yang perlu bersusah payah belajar tapi hasilnya cukup-cukup makan. Tapi aku bersyukur dan percaya itu juga ujian dari Allah untuk aku berusa lebih gigih tanpa jemu. Insya-Allah.

Exam  diberi oleh Allah kepada kita umat islam..jadi betul la dengan pepatah yang berkata bersusah-susah dahulu, bersenang- senang kemudian. Kita manusia perlu sentiasa berusaha menduduki ujian Allah untuk berjaya. Allah suka melihat hambanya berusaha bersungguh-sungguh tanpa jemu..diberi-Nya ujian kepada kita untuk meneruskan hayat hidup kita sehinggakan kita capai apa yang kita ingikan.

Allah bagi ujian sedih kepada kita sebab kita bakal mendapat habuan kegembiraan kelak, Allah kurniakan kepada kita anak-anak yang ramai dengan hidup kais pagi makan pagi, kais malam makan malam sebab kita bakal mendapat anak-anak yang berjaya, tahu bersyukur dan mampu menjaga makan minum kita kelak,Allah mengambil nyawa orang yang kita sanyangi supaya kita menghargai erti kehidupan, supaya kita sentiasa mengigati kebesaran-Nya. hikmahnya?.. kita bakal kembali senyum dengan bantuan dari masyarakat yang perihatin dengan nasib yang menimpa..adilkan ujian Allah..disebalik kesusahan pasti ada kesenangan..cuma masa yang menentukan sebab Allah maha mengatahuhi.

Jadi tempuhlah exam dengan hati yang tenang agar kita dapat menyelesaikan dengan mudah dan penuh kesabaran..peringatan ini untuk diri sediri juga..semoga Allah melindugi kita J


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net