August 26, 2013

Terima Kasih Daun Keladi

Assalamualaikum

Alhamdulliah, semalam bermula lah segmen GA pertama fizi bersama rakan blogger  yang sporting habis..kepada yang belum sertainya boleh ke pautan ini segmen giveaway fizizaidi with blogger awesome atau klik banner..

Tetapi disebalik penganjuran tersebut banyak perkara yang aku perlu lalui..memang berat untuk pertama kali adakan segmen ditambah lagi perlukan kerjasama yang betul-betul kuat dan mesra.

Semalam agak kelam kabut tambahan pula entri tersebut dibuat secara auto publish dan ketika tersebut aku tidak punya masa untuk bersama-sama segman itu dipublish kan.

Tetapi aku bersyukur, nasib menyebelahi aku segala masalah yang ada dapat diselesaikan..Alhamdulliah aku ditemukan dengan kawan-kawan blogger yang berhati mulia..yakini aku rata-rata blogger yang aku kenal merupakan senior dalam dunia blogging..kakak..brother...bawah umur aku mahupun yang sebaya dengan aku.

Pada yang sudi menyertai segmen ini terima kasih daun keladi..tiba masa untuk aku blogwalking pada blog korang untuk disenaraikan dalam senarai peserta..good luck^^


Macih kerana sudi baca entri ini 
Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net