August 5, 2013

Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin

Assalamualaikum
syukuran, berbaki beberpa hari lagi kita akan menyambut hari raya puasa..selamat menyambut hari raya aidilfitri maaf zahir & batin.mungkin saat ini ada yang dah berada di kampung atau dari kampung ke bandar tak kisahlah kan asalkan balik beraya. 

sekarang ini nak solat sunat terawih pun dah tak senang,duk fikir nak balik kampung la, rumah tak hias lagi la, kereta tak hantar bengkel lagi ,baju melayu tak beli lagi, anak tudung tak cukup lagi ,tengah-tengah sembahyang tu tiba bunyi mercun..terperanjat ekau..dan berbagai perkara bermain dalam kepala.

di kesempatan ini aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada rakan-rakan blogger..mungkin ada terkasar bahasa dan menyingun perasaan...ampun maaf dipinta..sepuluh jari menaip tanpa tidak sedar =)


Alhamdulliah dua hari lepas kad raya dari blogger uzu KisahEmasPutih dan puan Qaleshya sampai juga ingatkan lepas raya baru sampai, maklum la jauh diperantauan hehe..


Alhamdulliah lagi dan terima kasih kepada blogger pheonixcharlotte.blogspot.com..untuk hadiah kopi Mahkota Dewa ini memang sempoi...bro pheonix siap bagi aku tutorial nak bancuhkan kopi..tulisan tangan bro pun cantik dan kemas dan juga top up tempoh hari...mekacih bro =) senyum sampai telinga bila tengok posman datang hantar petang tadi  hehe

dikesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada blogger yang sangat mesra dan baik hati iaitu cik Akak @ naomie diatas pemberian top up dari segmen sebelum ini dan sekarang ini cik akak ada membuat satu segmen klik-klik syawal..sudi-sudi lah join ya=)

salam Aidilfitri dan terima kasih kerana sudi baca entri ini^^

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net