August 17, 2013

Mengimbau Kembali Kisah Pelajar UIA mimpi Jumpa Rasulullah S.A.W

Assalamualaikum


Ingat tak lagi kisah dari seorang hamba Allah  S.W.T yang dipilih untuk bertemu Rasul kesanyangan kita, Nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat Nabi dalam mimpinya. Sebenarnya berita ini telah tersebar sejak beberapa tahun lepas setelah video mengenai seorang pelajar UIA bermimpi berjumpa Rasulullah S.A.W dimuat naik dan mendapat banyak reaksi positif dari masyarakat islam mengenai kisah tersebut..


Sengaja aku post kembali kisah ini..mungkin ada diantara kita yang tidak tahu atau baru tahu atau sudah khatam mengenai kisah ini..hikmahnya? mudah- mudahan ia menjadi inspirasi dan teladan yang baik buat diri kita kerana siapa lagi yang akan membantu diri kita kalau bukan  diri kita sendiri.

“Article nie dari email.. di bawah ini satu article yg amat mengharukan jiwa, salah seorang rakan saya yang juga ahli lembaga pengarah sekolah ilmi telah mengirimkannya kepada saya. Bila membacanya, terasa juga akan keindahan kisahnya, mungkin ia lebih berkesan lagi, kalau dipanjangkan kepada rakan-rakan melaui blog saya ini. Semoga penulis article dan juga teman yang terlibat dengan kisah ini, memberikan saya keizinan menerbitkannya. 

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani YaAllah lancer jari ini menaipkan sebuah pengalaman yang amat berharga dari seorang insan yang di pilih Allah untuk berjumpa Nabi SallaLahu’alaihiwas allam melalui mimpi hari khamis,16 Rejab 1427 Hijrah bersamaan 10 August, 2006. Nama yang terpilih oleh ayah beliau Syamimi yang bermaksud ‘kesayanganku’ , gelar nabi pada putri kesayangan baginda, Fatimah. Ketika khilaf memilih nama itu, ayah beliau mengharapkan mudah-mudahan suatu hari nanti anaknya akan menjadi salah seorang mutiara kensayangan Rasululluah SallaLahu’alaihiwas allam. AlhamduLliah, doanya makbul selepas 23 tahun kelahiran anak sulungnya daripada 8 adik beradik. 

Alhamduliah, Al-Quran 30 juzuk terpelihara kemas di dalam hatinya. Beliau menghabiskan masa 3 tahun untuk habis menghafal 30 juzuk kalamullah ketika di negeri kelahirannya. Beliau hafal sendiri untuk memenuhi harapan ibu ayah beliau yang mengharapkan ada si kalangan anak mereka menjadi seorang hafiz atau hafizah. Sebagai anak sulung, beliau mengambil tanggunjawab ini untuk menjadi contoh kepada adik- adik, Subhanallah. Setiap hari beliau hafal 2 mukasurat Al-Quran dan tasmi’ dengan ustaz di sebelah rumahnya di sana. 

Sekarang beliau pelajar tahun 4 jurusan Undang-undang Syariah di Universiti ana InsyaAllah. Akak ni memang di uji dengan sakit yang tak tau apa punca sejak lebih setahun yang lalu. Sakitnya rasa seperti di tikam-tikam dengan pisau di bahagian belakang tubuhnya, tambahan pula kaki yang sudah sakit di bahagian lutut sejak 8 tahun lalu yang tak pernah sembuh pernah satu ketika, selepas makan, beliau muntah bersama segumpal rambut dari kerongkongnya. Penderitaannya hanya Allah dan dia sendiri yang tahu. Dah lama dia tak daya ke kelas sebab sakitna membuatkan dia tak dapat berdiri atau berjalan. Hilang selera akannya hingga susut badannya hamper 13 kilo. Beliau hanya menggagahkan diri untuk pergi berwudhu’ 2 hingga 3 kali sehari. Wudhu’ itu di jaga sbaik mungkin untuk ibadah sepanjang hari. Hari-hari yang di laluinya beliau penuh dengan membaca Al-Quran dan qiamullail sebagai pendinding daripada gangguan yang teus-terusan menyakitinya.

Diceritakan makhluk-makhluk tu akan mengganggunya terutama waktu sebelum subuh, waktu zuhur dan waktu maghrib. Beliau dan banyak berubat di merata tempat, di negeri kelahirannya, bejumpa doktor-doktor pakar, dengan ulama’ yang faqih sendiri dan akhir sekali dengan seorang lecturer si sini tapi beliau hanya mampu bertahan. Ustaz pasan, setiap kali beliau sakit, banyakkan baca Surah Al- Baqarah. Pagi khamis tu, beliau berniat untuk hadir kuliyah sebab dah lama tak mampu ke kelas. Beliau bangun kira-kira jam 4.30 pagi untuk solat. Berbekalkan sedikit kekuatan yang di gagahkan, beliau ke bilik air untuk berwudhu’ dengan memapah dinding dan apa yang mampu membantu beliau berdiri. Habis berwudhu’, beliau jatuh tersungkur, rasa seperti ada yang menolak keras dari belakang. Masa tu beliau dah tak mampu berdiri, justeru beliau merangkak ke bilik. Sampai saja di bilik, beliau ketuk pintu dan rebah di bahagian depan bilik. Waktu tu, di sebabkan sakit yang mungkin dah tak tertanggung, dengan spontan beliau niatkan, “Ya Allah, kiranya mati itu baik untukku, aru redha, tapi kiranya Engkau ingin aku terus hidup, aku ingin dengar kata-kata semangat daripada RasuluLlah SallaLahu’alaihiwas allam sendiri”. Kemudian beliau pengsan. Sahabat-sahabat ke dalam bilik dan dibaringkan di sana. 

Waktu tu, sahabat-sahabat dah forward message pada kawan-kawan yang lain agar bacakan surah Yasin sebab beliau dah Nampak nazak. Semua dah sedia dengan nombor-nombor ahli keluarga beliau untuk di hubungi kiranya apa-apa berlaku dengan izin Allah. Kira-kira jam 11 pagi, beliau tidur dengan tenang dalam waktu qoilulah, dalam tidur beliau, beliau sedang terbaring dalam keadaan memakai telekung dengan tangannya di qiam seperti dalam solat di tempat asing yang sangat cantik. Beliau terbaring di sebelah mimbar dan kelihatan banyak tiang di sekitarnya. Tiba-tiba dating seorang Hamba Allah denan wajah yang bercahaya dari arah depan dan berdiri hamper sekali, kira-kira 2 meter dari beliau. Wajahnya SubhanaLlah, indah sekali, tak dapat nak di gambar. Beliau tertanya-tanya, siapa orang ni, cantik sekali kejadiannya dan hati beliau rasa sangat tenang dengan hanya melihat wajahnya. 

Di rasakan seluruh kesengsaraan yang di tanggung selama ini lenyap begitu saja. Kemudian, Hamba Allah itu mengatakan, “Assalamu’alaikum, Ana RasuluLlah”, Subhanallah, baginda Nabi rupanya. Nabi memakai jubbah putih dan kain serban nabi berwarna hijau di atas bahu baginda. Beliau Nampak dengan jelas mata baginda Nabi, janggut Baginda, rambut Baginda, kain serban di  atas bahu Baginda dan tubuh Baginda. Kemudian Nabi katakana “Enti fil Masjidi” , -‘sekarang enti (kamu) berada di masjidku, masjid Nabawi’-. Allahuakbar. Kemudian Baginda Nabi sallaLahu’alaihiwas allam berkata: QalAllahuta’ala; “ InnaAllahama’ assobirin”,- sesungguhnya allah bersama orang-orang yang sabar’. Ketika mendengar suara Nabi mengalunkan kalamuLlah, terasa bergema suara merdu Nabi di seluruh ‘alam sememangNya Baginda sebaik-baik kejadian dan di ciptakan dengan penuh kesempurnaan. Nabi katakana (in lughatul ‘arabiyah, tapi kami terjemahkan), “ Ya Syamimi, dengan berkat kesabaran enti, dengan sakit yang enti tanggung selama ini, dan dengan berkat Al-Quran yang enti pelihara di dalam hati enti, maka Allah bukakan hijab untuk enti Nampak ana” . ketika Nabi sebut Ya Syamimi, terlantas di hatinya ‘Ya Allah, Baginda kenal umat Baginda’. Ya RasuluLlah.. . waktu tu, di rasakan baiknya Allah, memberikan nikmat yang begitu besar buat dirinya. Kemudian Nabi katakana, “sampaikan salamku buat sahabat-sahabat seperjuangan islam, insyaAllah, kita semua akan berjumpa nanti”. Lepas tu Nabi kita lafazkan, “ ummati.., ummati..,ummati…”, dan beliau Nampak Nabi menangis dan beberapa titisan airmata Nabi yang suci mengalir untuk ummat Baginda. Kemudian Baginda Nabi pergi. Beliau merintih, “jangan pergi Ya RasuluLlah”, tapi Baginda tetap pergi.

 SubhanaLlah, walaupun kita tak pernah bersua dengan Nabi kita yang mulia, Baginda kenal kita dan sentiasa ingat akan ummat Baginda. Beliau katakana tak pasti, apakah bainda menangis kerana rindu kepada ummat baginda, atau mungkin saja baginda sedih dengan ummat akhir zaman ini atau tak tahulah, waLlahua’lam. .. sedar daripada tidur yang amat indah pengisisannya, beliau di kelilingi oleh kawan-kawan yang terdengar rintihan beliau dalam tidurnya “jangan pergi ya RasuluLlah.. .”. kemudian beliau pun menceritakan kepada para sahabat tentang mimpinya sekaligus menyampaikan salam RasuluLlah buat ummat Baginda, salam dari Nabi sallaLahu’alaihiwas allam. 

Semua menangis lantaran rindu pada Nabi. Rasa malu pada Nabi kerana jarang-jarang ingat pada Baginda sedang kita amat terhutang budi pada Baginda Nabi. Lebih-lebih lagi kita sedar bahawa syafaat Baginda yang akan kita kejar di akhirat kelak. Ya Allah, waktu tu, takde kata yang lebih tinggi daripadakalimah Alhamdulillah untuk di rafa’kan pada Allah atas ni’mat yang begitu besar yang Allah barikan pada dirinya. Rasa tak layak dirinya menerima anugerah dengan ujian yan hanya sedikit berbanding insan-insan yang lebih berat di uji oleh Allah. Kiranya ada kalimah pujian yang lebih tinggi dari Hamdalah, pasti akan beliau sebutkan buat Allah Yang Maha Kaya. Semuanya terangkum dalam Rahmat-Nya yang melimpah ruah. 

Ketika itu rasa sakit masih menular di tubuhnya Cuma kali ini dia bertekad tidak akan menangis lagi untuk kesakitan ini. Kemudian usai solat Zuhur, rasa yang beliau tanggung makin berat. Tak pernah beliau merasakan sakit yang sebegitu rupa. Terasa panas seluruh badan dan seluruh tubuhnya rasa di tikam pada setiap penjuru tubuhnya. Kalau dulu, beliau akan menangis dalam menghadapi kesakitan, pada waktu beliau pukuk diri untuk tidak menangis. “ Apa sangatlah sakit yang aku tanggung ni berbanding nikmat yang Allah dah bagi untuk melihat Baginda Nabi sallaLlahu’alaihiwas allam’. 

Kemudian beliau tidur dan terus beliau rasakan berada di tempat tinggi yang biasa hadir sepanjang beliau menerima gangguan. Beliau katakana “Ya Allah, apa lagi yang nak Engkau bagi buat hambamu yang hina ni, rasa malu sangat dengan-Mu Ya Allah..”. kemudian dengan izin Allah, dating empat orang yang berpakaianserba hijau. Salah seorang daripadanya mengatakan, “Assalamu’alaikum ya Syamimi, RasuluLlah sallalahu’alaihiwas allam sampaikan salam buatmu. Kami utusan RasuluLlah S.A.W, “ Nahnu kuhlafa’ ar-rasyidin”. Ana Abu Bakar,ini Ummar Al-khattab, Uthman bin ‘affan dan Ali “. SubhanaLliah, Saidina Abu Bakar memperkenalkan dirinya dan ketiga-tiga sahabatnya yang mulia. Beliau Nampak, Saidina Abu Bakar, amat Lembut perwatakannya, Saidini Ummar dengan wajah ketegasan, Saidina Uthman memang cantik sekali dan Saidina ‘Ali yang aga kecil orangnya. Para sahabat mengatakan “ kami di utuskan oleh Baginda Nabi untuk membantu enti.” Kemudian keempat-empat sahabat Nai membacakan ayat 102 daripada surah Al-Baqarah yang bermaksud: “ Dan mereka mengikuti apa yang di baca pleh syaitan-syaitanpada masa kerajaan Sulaiman. Sulaiman itu tidak kafir tapi syaitan-syaitan iulah yang kafir, mereka mengajarkan sihir pada manusia dan apa yang diturunkan pada 2 malaikat di negeri Babylon iaitu Harut dan Marut. Padahal keduanya tidak mengajarkan sesuatu kepada seseorang sebelum mengatakan ‘ sesungguhnya kami hanyalah cubaan (bagimu) sebab itu janganlah kafir’. 

Maka mereka mempelajari dari kedunya (malaikat itu) apa yang (dapat) memisahkan antara seorang  (suami) dengan isterinya. Mereka tidak akan dapat mencelakan seseorang dengan sihirnya kecuali dengan izin Allah. Mereka mempelajari sesuatu yang mencelakakan, dan tidak memberi manfaat kepada mereka. Dan sungguh, mereka sudah tahu, barang siapa membeli ( menggunakan sihir) itu, nescaya tidak akan mendapat keuntungan di akhirat. Dan sungguh, sangatlah buruk perbuatan mereka yang menjual dirinya dengan sihir, sekiranya mereka tahu”. Selesai mambaca ayat itu, para sahabat nabi menghembus pada makhluk-makhluk yang sedang mengganggu beliau dan mereka semua hancur terbakar. Subhanallah, waktu itu terasa seolah-olah tubuhnya yang sakit dahuu di tukarkan Allah dengan tubuh yang baru. Hilang segala kesakitan yang dah lebih setahun di tanggung beliau dengan sabar. Kemuadian Saidina abu Bakar mengatakan, “inilah ganjaran besar dari Allah buat orang-orang yang sabar”. Kemudian, para sahabat  Nabi yang mulia pun pergi meninggalkannya. Selesai mimpi indah yang kedua ini, beliau bangun dari tidur dan terus duduk. 

Rakan-rakan sebilik pelik, kenapa beliau dapat bangun dan duduk dengan mudah. Kemudian sahabat-sahabatnya itu menyuruh beliau bangun berdiri dan AlhamduLlah..dengan mudah beliau bangun berdiri dan berjalan di sekitar bilik. “ Ya Allah, penyakit ana dah sembuh..” semua sahabat yang ada di situ bergembira dan menangis. Kemudian beliau segera ke bilik air untuk berwudhu’. Dengan tubuh yang ‘baru’, beliau sujud pada Allah s.w.t “Ya Allah, kiranya di beri tempoh sujud 100 tahun pun belum dapat diriku manjadi hamba-Mu yang bersyukur atas nikmat yang telah Engkau berikan..” 

Beliau berpesan kepada kami; “ Adik-adik, wajarlah para sahabat Nabi yang mulia sangup mati demi mempertahankan Baginda. Akak yang diberi rezeki melihat Nabi tak sampai pun 5 minit dah rasa tak sangup berpisah dengannya. Kalau boleh, nak duduk je sebilik untuk beribadah pada Allah dan mengenang wajah Nabi yang mulia. Tapi menyedari banyak lagi taklifan dan tanggunjawab kita atas muka bumi Allah ini, maka hidup mesti diteruskan. Sekarang ini hati akak tenang sangat..kalau boleh, nak je akak pinjamkan hati ni walau hanya sesaat agar adik-adik dapat merasakan betapa beningnya hati ini.tapi itu tak mungkin an, mungkin ini bahagian akak, behagian kalian? Hanya pemiliknya Yang Maha Tahu. Akhir sekali akak ingin katakana, tak rugi kita bersabar…”

Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net