August 9, 2013

Apa Cerita Sambutan Syawal Korang

Assalamualaikum, selamat hari raya

Alhamdulliah, dapat lagi aku berkesempatan untuk menaip sepatah dua ayat untuk blog aku yang nak kata sunyi sepi tidak juga , nak kata sesibuk trafik jam di kota, jauh panggang dari api la..

Tapi hari ini perut aku manyak suka hati oo..dan sangat penat..*kita la yang beraya  perut aku suka hati sebab dari pagi sampai ke malam tak putus-putus menyuap  bahaha  dan  penat sebab melayan sanak saudara…paling bestnya mak/pak saudara aku still bagi duit raya yehaa..segan sehh dapat duit.. hihi  maklum la dah tua bangka kan, tapi aku dengan muka tak malu tetap menadah dengan tangan yang terbuka haha^^ tak baik tolak rezki oo..


Juadah ringah-ringan, simple je..family aku tak amalkan kuih raya sangat sebab pertama tetamu tak nak makan sebab kedua pergi mana-mana rumah totally almost same  type kuih raya yang ada sebab ketiga kalau ada pun sekadar buat model je kat atas coffee table tu .haha 


jangan tak percaya aku dan family still buat pelita daripada buloh..harr..ayah aku cakap.."biar anak-anak tahu cara buat pelita buloh..nanti ada cerita nak diceritakan kat anak-anak kepada adik-adik aku dan aku"..

Apa cerita sambutan syawal korang? Apa pun sambutlah lebaran ini dengan hari yang ceria dan pupuk sifat bermaaf-maafan agar hati kita menjadi tenang tanpa memikirkan masalah..moga lebaran ini menjadi  lebaran yang paling manis dalam hidup kita..insha-Allah J

terima kasih kerana sudi baca J

p/s..Dikesempatan ini juga aku nak ucapkan terima kasih kepada cik Akak diatas pemberian kad raya.


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net