August 18, 2013

Aku Bukannya Kedekot

Assalamualaikum

Setelah lama bercuti..rasanya tinggal beberapa minggu saja lagi untuk kembali kehidupan sebagai pelajar..sekarang nie pun otak dah tepu, tangan dan keras sebeb dah lama tak melukis dan mewarna.

Sepanjang aku berada dalam bidang rekabentuk industri aku mempelajari banyak perkara di luar kotak pemikiran aku..kekadang aku melukis atas sebab belajar..minat tu ada, inginkan kepuasan dan yang penting nak dalami ilmu..sebab bukan senang orang nak berikan ilmu kalau bukan aku sendiri yang mencarinya.

Tak banyak rasanya hasil kerja aku yang aku publishkan terutamanya  bagi design product, furniture sebab aku tak nak orang ciplak atau tiru design aku..hallow,..aku bukannya kedekot hokey!  Itu koleksi peribadi..simpanan untuk mohon pekerjaan kelak kekek =)


Ini hasil seni aku yang paling gigih aku buat…masa aku melukis lukisan ini kat bilik, kat asrama semasa aku di politeknik Ibrahim Sultan atau dulu masa kau belajar dipanggil poliJB. Aku tampal kertas ini yang keras dan besar ini kat dinding..lukisan nie saiz A2 besar ooo..masa aku ambil nak siapkan lukisan nie lebih kurang sebulan uolls..nak buat hari-hari memang tak sempat la..banyak lagi lukisan lain yang harus disiapkan. Tangan dan muka aku masa tu penuh dengan contengan arang.


Kedua-dua lukisan ini aku mula buat semasa aku di semesta 1 tempat aku belajar sekarang..ini kira subjek pengenalan..aku harus melukis menggunakan pelbagai media..dah seperti pelajar grafik kan..sedangkan aku belajar design industri ..cam tak der kena mengena lalala ..tapi itulah hakikatnya..okey kalau korang pencinta  alam cuba teka apa yang aku lukis?..^^


Nak lukis yang ini bukan kemain lagi ambil masa lama..sebabnya aku tak pandai menggunkan water colour..itu pun aku campur dengan colour pencil bagi menampak effect..err,..effect la sangat..seperti yang aku cakap tadi aku ambil industrial design bukan graphic design so ini memang lari dari bidang haku ku.


Tengok tu 3 kali ganda besar lukisan tu..aku rajin kan diri aku bingkaikan hasil kerja..buat kenang-kenangan kelak. Sebab setiap gambar ada cerita disebaliknya. Aku pasti sesiapa sekali pun yang berkarya tak kiralah apa-apa jenis karya pasti mahukan hak milik atau patent....penat ooii perah otak dan tenaga untuk menghasilkan karya yang baik. Tapi hasilnya berbaloi hanya Allah yang tahu =)

Terimakasih kerana sudi baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net