July 21, 2013

Sifat Si Anak Sulung

Assalamualaikum 

New post Ahad aku menjadikan permulaan di awal minggu..sebab kat sini dah mula bekerja hokey!..rumah menjadi sunyi sepi..bila dah masing-masing kembali kepada kekudukan asal..tapi bukan itu aku nak bicarakan..cuma aku nak kongsikan pengalaman bergelar anak sulung..korang yang bergelar anak sulung nie mesti fahamkan status bergelar anak sulung.

well menjadi anak sulung nie ada kelebihan dan kekuranganya..banyak yang boleh dikupas bila bercakap mengenai status anak sulung. korang tahu tak sifat sebagai anak sulung..



Berdikari..anak sulung nie mampunyai sifat berdikari..tahu kenapa?..sebab aku taknak lah adik-adik aku tengok aku nie sebagai seorang yang pemalas yang amat..haha..senang cerita nak tunjuk contoh yang baik-baik kepada adik-adik..

Hukum/ perintah..kalau dulu asyik aku je disuruhnya buat itu ini..harrr..tapi sekarang giliran aku pula yang kenekan hukum/ perintah kat adik-adik aku..haha..seronok.." adik-adik tolong abang kemaskan rumah nanti kawan abang nak datang.."bla..bla..

Keras kepala..kekadang sebagai anak sulung aku nie agak keras kepala..susah sikit nak terima nasihat dari adik-adik..sebab aku dah besar sangat dah kot..tapi aku tak maki hamun balik adik aku pun kalu diberi nasihat..cuma sekadar masuk telinga kanan keluar telinga kiri...miahaha..

Pemaaf..manjadi anak sulung perlulah bersifat pemaaf..tambah-tambah lagi kepada ahli keluarga..setakat aku menjadi anak sulung nie..aku cuba memaafkan kesilapan serta kesalahan tingkah laku adik-adik aku terhadap aku..dia orang tengah membasar..sekajap panas baran..sekejap hujan gerimis..sekejap lagi naik minyak..macam-macam perangai yang hado...

Tanggungjawab...besar weh..tanggungjawab yang perlu digalas sebagai anak sulung nie..selalunya ank sulung akan mendapat perkerjaan awal..dan disitu tanggungjawab bermula dengan membantu mak ayah korang dengan menyara adik-adik bersekolah..bayar apa-apa bil...plus jasa orang tua tak terhitung kalau nak dibandingkan dengan bayar bil tu..

Teringin nak ada abang/kakak...haish..sedih tol jadi anak sulung..kekurangan pada anak sulung nie dia tak der abang atau kakak..aku pun teringan gak nak ada kakak atau abang..nanti oleh lah dia jentik-jentik telinga aku kalau aku degil..bahahah...walau pun tak der  kakak/abang aku takder lah sampai terbawa-bawa nak kakak angkat atau abang angkat..geli lah..tak suka..haha..

"Kurang manjadi"..sesetengah anak sulung nie dia kurang menjadi..maksud aku dia agak lemah sedikit kalau nak dibandingkan dengan adik beradik..apabila dia yang pertama dalam keluarga..banyak benda dia tak berapa nak menjadi..mungkain tak der contoh dalam keluarga kot..macam si adik pula apabila dia tengok kelmahan pada si abang atau kakanya..dia cuba memperbaiki untuk dirinya..tapi aku sebagai anak sulung aku perlu berusaha lebih..untuk bagi semangat dan membuka ruang kepada adik-adik aku mengikuti langkah aku..hehe..poyo

Hati..orang kata..hati anak sulung mudah tersentuh..mungkin usia semakin meningkat, perangai pun semakin matang..tanggunjawab semakin berat..serta macam-macan lah yang menjadi perbuatan makan hati..haha

Anak emak...ok..aku memang anak mak..serta anak bapak juga hokey...tak dilebih-lebihkan..sama rata je..tapi lebih sedikit kepada mak kekek..sebab mak hatinya lembut..pandai ambil hati..dan macam-macam lagilah yang..tapi aku rasa adik aku yang bongsu tu paling mengedik-gedik..semua dinak nya..syuh..syuh..

Tidak pandai pujuk memujuk..well memang betol pun..aku tak pandai nak pujuk-memujuk..tak kuasa aku nak kasi ayat-ayat manis bagi dia senyum atau terima aku dengan ikhlas..bila aku dah minta maaf..lepas sudah dosa aku...kerek pulak nak maafkan orang..kosong-kosong ..lalalal

Cerewet..setakat nie aku tak secerewet adik-adik aku..sempoi je..aku bedal apa yang patut..nak merungut-rungut nak ini..tak cukup ini..dah kenapa kau...aku okey lagi lah bak-bak nie..layan je..

Bergaya...well yang ini perlu aku sokong 100% ye..bukan aku je kekawan aku yang status anak sulung pun bergaya sakan lagi...pakaian nak brand-brang je..kalau kenderaan tu nak kena macho je..tayor nak kena wap selalu kasi kacak hokey..dalam kereta nak kena ada wangi-wangian gitu..romantik tol anak sulung nie..

setakat ini saje aku kongsikan pengalaman aku sebagai anak sulung..korang yang bergelar anak sulung tentu banyak cerita yang boleh dikongsikan..Maaf kalau ada yang tak betul atau terasa..cuma perkongsian untuk bacaan bersama...:)



terima kasih baca entri ini^^


Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net