July 24, 2013

kekuatan Doa

Assalamualaikum b.t.w

Pejam celik pejam celik rupanya kita dah berada dipertengahan bulan Ramadhan Kareem. Syukur Alhamdulliah moga kita diberikan kekuatan untuk meneruskan saki baki wajib sebelum kita melangkah ke bulan syawal ..oh Yeahh!..bayu Melayu tahun ini aku beli je..masa bulan 5,6 lepas ingat nak upah orang jahitkan..pikir-pikir balik pakai yang ready -made dah...murah hokey kalau nak dibandigkan dengan beli kain tambah upah jahit equal double trouble payment..pakai baju melayu tu nanti olah jadi macam Arron Aziz..okey tak?..wakaka

Well, sebenarnya aku nak kongsikan mengenai keberkatan kita berada dibulan mulia nie..alangkah banyaknya amalan yang boleh kita buat dan mendapat keberkatan oleh-Nya..nak minta permudahkan urusan, murahkan rezki, percepatkan jodoh, nak anak dan bermacam-macam permintaan.

Tahu tak kita mengenai kekuatan doa yang mampu menzahirkan keinginan dan kehendak manusia.

“Dan Tuhanmu berfirman; berdoalah kepadaku, nescaya akankuperkenankan (makbulkan) kepadamu.”
Al-Ghafir : 60

Sebagai contoh..sebelum dan sketika aku menuntut di Politeknik Ibrahim Sultan dulu politeknik Johor Bahru dua tahun lepas aku selalu berdoa, “Ya Allah kau permudahkan lah urusan aku dan murahkan lah rezki aku serta berikanlah kekuatan kepada aku untuk mencapai cita-cita aku” amin.

masa itu aku ditakdirkan dengan tidak dapat diberi pinjaman belajar, aku sebenarnya baru je lari dari sebuah universiti awam sebeb tak tahan dengan subjek account dan match..jadinya pinjaman aku dibekukan. Dan setelah aku masuk politeknik tu room mate aku bagi borang biasiswa dari Yayasan Kuok..memandangkan aku tak pernah dengar sebelum ini..aku buat la sikit research..rupanya owner Gula prai  dan lain-lain produk serta merupakan orang kaya number satu kat Malaysia.

Aku pun mencuba nasib la, mana tahu rezki aku..setelah berhari-hari berbalas surat menyurat..kau call aku, aku call kau..Alhamdulliah aku terpilih untuk mendapatkan biasiswa dari Yayasan Kuok. Syukur yang amat walaupun itu dari pemberian orang bukan islam..dan bila aku dah nak habis belajar aku dengar Yayasan Kuok nak naik kan biasiswa.

Begitulah kekuatan doa yang mampu diperoleh dengan  bersungguh-sungguh tanpa jemu sebab Allah suka hambanya besujud dan meminta kepada-Nya. Apatah lagi Doa kita di bulan Ramadhan kareem yang penuh dengan barkah. Cuma apabila telah kita perolah apa yang kita kehendaki janglah pula kita lupa pada yang telah memurunkan rezki kita.





Post a Comment

Artikal terkini dari Babab.net